Modenas Pulsar - Up Topspeed

Assalamualaikum

Setelah beberapa lama pakai Modenas Pulsar RS200 , sedikit kurang berpuas hati dengan topspeed beliau. Power engine masih ada pada top end, cuma cut off awal sangat.





Niat takde lah sampai nak bersaing dengan abang besar (Dominar 400). Power engine pun dah berbeza. RS200 cuma ada 24.5 hp dan Dominar 400 ada 35 hp.

Target nak top end to boleh lajak sikit, taknak cepat sangat 'terr... terrr... ter...' cut off pada 11,000 rpm engine. Huh

So... saya ambil keputusan untuk tukar saiz sprocket,

14T - 41T - standard wintu windah

kepada :

15T - 41T - Topspeed Unlock~


Simple sahaja, cuma up 1 gigi untu sprocket depan.
Boleh click disini untuk Topspeed standard Modenas Pulsar RS200 

Dan hasilnya sangat puas hati untuk saya (single rider, 60kg).. Weehee... dapat 160 kmh dan masih belum cut off... Hahaha... untuk rider baru nak up macam saya, scary bawak laju2 ney... huhuhu.. tapi sebab nak test punya pasal.





Advantage tukar sprocket ratio:
1. Dapat unlock topspeed baru bergantung kepada wind load dan berat rider.
2. Engine lebih santai. Walaupun tengah speeding 130 kmh, engine rev cuma 9k rpm berbanding 9.7k rpm sebelum ini.

Diadvantage :
1. Tork / Pickup anda akan berkurang. Tapi boleh solve dengan drop gear jela... hehehe
2. Tak sesuai untuk double rider. (bergantung kepada sprocket ratio yang anda pilih) kalau cuma ubah belakang jadi 40T masih okey. Ubah up 1T sprocket depan bersamaan dengan 3T turun sprocket belakang. so, pandai2 buat pilihan ratio sesuai dengan keperluan anda.


Nak service ke, modi sikit2 (exhaust, slider) boleh datang ke Bengkel Aizad Mobile

Modenas Pulsar Rs200
Modenas Pulsar NS200
Modenas Dominar 400

Ulasan

Artikel Lain