Assalamualaikum guys
Setelah beberapa bulan Yamaha Y16ZR dipasarkan di Malaysia, saya masih lagi merasakan Y16ZR masih kurang berada dijalanan. Tidak pasti berpunca disebabkan faktor ekonomi zaman covid-19 ataupun disebabkan perkara lain. Persoalanya, Relevenkah moto Ysuku (Y15ZR) setelah kemunculan Y16ZR dipasaran sekarang ini?
1. Engine
Yamaha Y15ZR dikuasakan dengan engine 5cc lebih kecil daripada Y16ZR. Perbandingan seperti dibawah :
Model = Y15ZR - Y16ZR
Capacity = 149.7cc - 155cc
Power = 15.4hp - 17.7hp
Tork = 13.8Nm - 14.7Nm
Gear = 5speed - 6speed
Roadtax = RM 2 - RM30
Kita boleh lihat perbezaan spesifikasi engine Y16ZR yang lebih baik. Tetapi peningkatan agak sedikit dibandingkan dengan potensi sebenar engine VVA tidak seperti motor MT15 dan R15 (19hp). Saya merasakan agak 'rugi' dengan prestasi moto Y16 ini berbanding Y15. Malahan Roadtax juga sudah berbeza walaupun hanya 5cc peningkatan.
Tambahan juga, part modifikasi engine untuk Y15ZR sudah banyak dipasaran. Sudah tentu sedikit perubahan pada Y15ZR mampu saingi model diatasnya.
2. Design
Secara keseluruhan saya merasakan design Ysuku jauh lebih baik berbanding dengan Y16ZR. Terutamanya dibahagian 'kepala' (headlamp)... Hahaha... Y16ZR, ramai yang kata bahawa design headlamp yang kurang menarik dan saya amat setuju dengan komen tersebut.
Dari mula-mula launch dahulu sehinggalah berada di atas jalan raya, saya tak boleh terima design headlamp sebegitu rupa. Agak mengecewakan untuk 'Design sebuah Yamaha'. Saya boleh nampak 'design intention' untuk kepada Y16 ini seperti X1R cuma 'headlamp' sepatutnya diletakkan dibahagian dada motor.
3. Barang Aftermarket
Disebabkan Y16ZR baru sahaja berada dipasaran Malaysia, ini menjadikan Ysuku mendapat kelebihan pada barangan aftermarket.
Contoh perbezaan Tangki petrol Y16ZR 5.4L berbanding dengan Ysuku 4.2L, tetapi barangan aftermarket untuk Ysuku terdapat tangki 6L dan 7L dipasaran. Dengan engine Ysuku yang lebih kecil dan tangki aftermarket lebih besar, jarak perjalanan Ysuku lebih jauh berbanding dengan abangnya Y16ZR.
Kesimpulan
Walaupun di article yang lepas saya mengatakan Ysuku supermoped paling slow, saya masih merasakan ia lebih berbaloi (value to money) untuk dimiliki berbanding Y16ZR. Ataupun kita tunggu Y16ZR version 2 (facelift) yang mungkin mendapat penambah baikan pada design 'head' yang lebih menarik.
Jika anda mencari sebuah motorsikal kapcai Yamaha untuk tunggangan harian? Jawapan : Yamaha Y15ZR yang lebih berbaloi dan lebih murah.
Jika anda mencari sebuah motorsikal yang berpotensi untuk laju? Jawapan : Yamaha Y15ZR mendapat pelbagai performance part yang lebih hebat berbanding Y16ZR standard.
Jika anda mencari motorsikal kapcai untuk perjalanan jauh? Jawapan : Yamaha Y15ZR mendapat part aftermarket tangki sebesar 7L dan engine kecil lebih jimat minyak untuk pergi lebih jauh.
So, Anda setuju ataupun tidak? Nyatakan komen anda dibawah....
#Yamaha #YamahaY15ZR #YamahaY16ZR #Ysuku
lawa lukisan x1r kuning tu.
BalasPadamTk setuju , dipasaran skrg dh byk brg y16 bukn seperti dlu , klw main dgn kelajuan y16 lebih laju berbanding y15 mengikut standard , klau ikut dri spek berkemungkinan y16 boleyh lg laju , dipasaran sekarang byk pengeluaran baru y16 modified punya barang , okeyhh tue shja
BalasPadamartikel ini di release pada (dicatat oleh Zeck pada Jun 15, 2021)... hehe lawak la awak ni, kalau tak setuju skalipun...
Padam