Yamaha Y15ZR : Supermoped paling slow

Assalamualaikum

Siapa yang tak kenal dengan Yamaha Y15ZR? Sudah tentu mereka yang duduk di dalam Gua. hahahaha~ Yamaha Y15ZR adalah antara supermoped yang terlaris pada zaman ini. Walau bagaimanapun Yamaha Y15ZR merupakan supermoped yang paling 'slow' dalam spesifikasi standard.

Kita tak cerita kalau dah modified ye. Modified letak tepi sebab EX5 pun boleh laju mcm sbk kalau modified~



Kenapa Y15ZR paling lembab?

Supermoped pertama di Malaysia?

Tidak, Yamaha Y15ZR bukan supermoped pertama di Malaysia. Supermoped pertama di Malaysia ialah Suzuki Belang 150R (gambar dibawah). Dibawa masuk pada tahun 2009 dan ketika itu Motorsikal 2stroke seperti Yamaha 125ZR dan Modenas Dinamik 120 sedang hangat dipasaran disebabkan kelajuan. Engine 147cc dengan kuasa sebanyak 16 hp dan 12.76 Nm tork menjadikan Suzuki Belang supermoped (4T) pertama Malaysia.

Suzuki Belang 150R
Rahsia kuasa Suzuki Belang 16 hp disebabkan oleh spesifikasi engine yang menggunakan saiz Bore yang besar dan stroke yang pendek (62 mm x 48.8 mm) dan menggunakan sistem Dual Overhead Camshaft (DOHC). Sehingga kini engine Suzuki Belang masih lagi paling power dalam kategory kelas 150cc.

Engine Y15ZR paling lemah?

Kita bandingkan dengan engine supermoped yang berada dipasaran Malaysia seperti dibawah :

Suzuki Belang 150R (62mm x 48.8mm) = 16 hp
Yamaha Y15ZR (57mm x 58.7mm) = 15.1 hp
Honda RS150R (57.3mm x 57.8mm) = 15.4 hp
Benelli RFS150i (57mm x 58.7mm) = 15.5 hp

SYM VF3i 183cc (63.5mm x 57.8mm) = 18 hp

Saya ketepikan dahulu SYM VF3i kerana engine berkapasiti yang berbeza (183cc) yang tak boleh dibandingkan dengan kelas 150cc. Kelihatan Yamaha Y15ZR menghasilkan kuasa yang paling rendah diantara Supermoped jenama lain di Malaysia.

Ini disebabkan Engine Y15ZR hanya menggunakan sistem Single Overhead Camshaft (SOHC) berbanding dengan supermoped lain yang menggunakan DOHC seperti Honda dan Suzuki. Benelli sebenarnya menggunakan sistem SOHC juga tetapi terdapat teknologi 3-spark yang meng-optimumkan pembakaran bahan api.

*sebab itu Ysuku kena modi dulu baru laju~ standard tak power~

Hati-hati la ye geng Ysuku Modified~


Gearbox paling sedikit kelajuan

Yamaha Y15ZR juga berbekalkan kotak gear dengan 5-kelajuan sahaja berbanding dengan semua supermoped yang lain mendapat 6-kelajuan. Penting ke kotak gear banyak kelajuan? Ye, penting untuk dapatkan pecutan @ pick-up yang lebih pantas disebabkan engine lebih cepat untuk ke high rev (Bergantung juga pada gear ratio).

Kenapa yamaha beri hanya 5-kelajuan? Ysuku hanyalah motorsikal santai-santai untuk sampai ke destinasinya. Anda tak perlu kerap untuk menukar gear untuk mendapatkan tork seperti diselekoh ataupun memotong kenderaan lain.

Brek depan hanya single piston caliper?


Untuk brek depan juga agak mengecewakan bagi saya kerana hanya dapat single piston brek caliper. Tak perlu nak bandingkan dengan jenama lain, kerana model lain Yamaha mendapat brek yang lebih baik seperti Yamaha FZ150i dan Yamaha 135LC Extreme Spirit yang memilik Brek hadapan Dual piston caliper.

Model 135LC Extreme Spirit v1 pun dapat Dual piston Caliper~
Brek bagus effect kelajuan ke? Brek yang lebih baik membantu untuk 'late' braking semasa diselekoh. Motor tak perlu untuk perlahan terlalu awal dan juga memberikan keselamatan yang lebih baik untuk mengelakkan perlanggaran.

Pandangan Saya

Yamaha sebenarnya 'sengaja' untuk menjadikan model Ysuku paling lemah dalam barisan kelas engine berkapasiti kecil. Saya ambil contoh seperti Yamaha FZ150i yang sudah pun memiliki 16 hp tetapi bila digunakan pada model moped, ia di-tune down kepada 15.1 hp sahaja.

Teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang masih tak diberikan pada model moped Ysuku. Model-model terkini seperti YZF R15, MT-15 (pasaran luar), Nmax dan NVX sudah mendapat teknologi VVA. Kuasa yang dihasilkan setinggi 19 hp (R15).



Mungkin sebab Yamaha tidak memberikan lagi engine 155cc VVA kerana Yamaha ingin kekalkan engine kapasiti dibawah 150cc untuk kelayakan berlumba di Cubprix kelas CP150. Itu pun dah kena 'Tapau' dengan Honda RS150R yang ada sistem DOHC~ heh


Diharapakan Yamaha dapat berikan 'kuasa' lebih untuk jentera Ysuku yang laku keras ini. Tipu la kalau takde bajet RnD. Yang pakai Ysuku jangan terasa hati ye. Yang untung nanti pengguna juga. Komen-komen saya ini untuk Yamaha buka mata dan jangan kedekut Teknologi.

Itu saja daripada saya.
Sekian~

Ulasan

  1. jangan modified lebih2 japgi ada yang memerhati bawa keluar surat ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah dah cukup dgn guna minyak hitam yg sesuai kalau guna untuk daily use

      Padam
    2. tak kenan jenis modified byk2,pastu motor keluar asap hitam,bunyi pulak bising.

      Padam
    3. aku modified motor y15 aku tp rasa mcm mkin sensitif pulak enjinnya..

      Padam
    4. saya pagi2 start moto malu gila nak gi kerja sbb enjin kuat sangat..dengar sekampung..isteri bsing ckp aku modified tp tak pun..

      Padam
    5. @davidaru kenapa bunyi bising ya?125 ke.klu aku pun mrh.

      Padam
    6. @deniel sensitif mcm mana tu bro? bunyi ke kasar ke

      Padam
    7. @danish gegar enjin klau laju sikit then cpat sngt overheat

      Padam
    8. pakai shell adv tgok bro sbb aku guna dh 3 minggu gegar enjin dgn noise takda keluar dh.

      Padam
  2. dalaman enjin prob bau asap pon pelik

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mcm overheat enjin ja. aku naik genting hritu tkda mslh panas ka apa sbb sblum ni naik ada 2 kli stop gak. nsib mmber suggest pkai shell adv long ride tu. minyk hitm yg ok mmg mengurangkan geseran di antara permukaan logam di dalam enjin, jd kurang geseran, kurang lah haba.

      Padam
    2. mmg lhas untuk long ride ja ka?

      Padam
    3. okay gak untuk city ride sbb klau redah jem kan moto akn gerak perlahan. so kat situ dia melindungi enjin daripada kepanasan serta kehausan sbb dia ada daya ketahanan haba.

      Padam

Catat Ulasan

Artikel Lain