Berbaloikah beli Yamaha 135LC di Zaman Yamaha Y15ZR ?

Assalamualaikum guys...
Seperti kita tahu sekarang adalah zaman Yamaha Y15ZR menjadi king of moped di jalanan. Adakah berbaloi untuk kita membeli Yamaha 135LC pada waktu ini? Saya akan huraikan sedikit sebanyak kelebihan memilih Yamaha 135LC...



Kelebihan Yamah 135LC :

1. Auto-clutch Transmission (Transmisi tanpa clutch tangan)

Yamaha 135LC masih menjadi 'king' di dalam segmennya sendiri iaitu moped berkapasiti engine besar tanpa clutch tangan. Saingan paling terdekat adalah Modenas GT128 (130cc). Rata-rata motorsikal berengine 150cc keatas pasti ada clutch tangan (kecuali skuter).

So... masih menjadi pilihan yang terbaik untuk rider yang tidak mahu guna clutch tangan. Andaikan sebelah tangan nak pegang barang/item/anak masih mudah kerana motorsikal boleh dikendalikan dengan sebelah tangan tanpa sebarang masalah.



2. Harganya lebih murah

Yamaha 135LC berharga RM 6,768 (belum harga atas jalan) berbandingan dengan harga Yamaha Y15ZR RM 9,168.00 (belum harga atas jalan).

Perbezaan harga sebanyak RM 2,400.00 berbaloi juga beli Yamaha 135LC lebih murah. Jurang kuasa engine tidaklah jauh 135LC (12hp) vs Y15ZR (15hp).

3. Design

Yamaha 135LC walaupun design agak out-dated kerana face-lift hanya buat minor changes sahaja. tetapi berbanding dengan pesaingannya. Berbanding Honda Wave Dash 125 atau Honda Future atau Modenas GT128, saya masih prefer design Yamaha 135LC yang lebih sporty.

Yamaha 135LC v4

Honda Future FI
Honda Wave Dash 125

Modenas GT128

4. Maintenance lebih murah

 Maintenance lebih murah sedikit berbanding Y15ZR kerana engine yang lebih kecil, saiz tayar yang lebih kecil dan spare part juga lebih murah berbanding Y15ZR.

So tak payah cite lebih pun korang dah tahu~ :D

5. Lebih mudah dan murah untuk modifikasi

Yamaha 135LC sudah lama bertapak di Malaysia, maka barang aftermarket tersangatlah banyak dengan pelbagai jenama. Dengan menggunakan CDI yang agak old school tetapi lebih murah nak ditukar dengan CDI racing (RM 300+) berbanding dengan Y15ZR yang menggunakan ECU, kos modifikasi lebih mahal. ECU sahaja sudah mencecah RM 1,000 belum ditambah dengan kos dyno tune.

Untuk tukar exhaust racing, Yamaha 135LC hanya perlu setting pada carburator. Tidak sesusah Y15ZR yang perlu tukar ECU dan dyno tune untuk setting terbaik.

So... untuk modifikasi masih murah berbanding Y15ZR dan boleh beri saingan hebat kepada moped 150cc yang lain.

Boleh baca episod modifikasi Yamaha 135LC yang sebelum ini.

Gallery Modifikasi :-








Ulasan

  1. Tapi pada saya dari beli kedua jenis motor ni, baik beli SYM185i yang nyata moped terbesar dan kuat dalam kelas kapchai, walaupun saingan terdekatnya suzuki belang 150 dan yamaha 125z. Ini kerana motor SYM185 tak perlu diubahsuai lagi, kerana harga yang murah, dan segala "keinginan" anak muda telah sedia ada. Cuma tunggang sahaja dengan cermat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saingan 125z ??? Hahahaha , lawak lah kau ni, kau ingat 125z moto cap ayam ke

      Padam
    2. Orang sembang 4 stroke tiba2 2 stroke sampai. Ape lah. Dah lah mencemarkan, minyak kuat.
      Sekadar laju saja buat apa.

      Padam
    3. haha cuba buat kiraan
      185 -125 tu brp
      zaman 125 da lama leyap la...ko je duk minpi 125 125 wkwkwk

      Padam
    4. 125zr mmg bukan saingan sym 185..sy sendiri pernah memiliki 125zr dan pernah menunggang 125zr untuk perjalanan yang jauh..memang langsung tidak berbaloi jika ingin menunggang jarak jauh..di lebuhraya sym185 sememangnya mudah untuk tapau 125zr pada kelajuan yang tinggi..dan untuk pengetahuan semua top speed 125zr standard kilang/standard bodoh cuma 140km/j sahaja..itupun meter ringan sama dengan lc135 v1..korang boleh cuba beli moto 125zr ni dan rasa sendiri best atau tak best..bagi saya untuk zaman berteknologi canggih sekarang sy prefer 4stroke dari 2 stroke..moto 4stroke sekarang dah tak macam zaman dulu dah..semua dah laju2 dan jimat petrol

      Padam
  2. ya btl tu. sy sndiri sda miliki vf3i ni ..

    BalasPadam
  3. Cuma beza saiz block shja.. saya skg pakai lc block saiz 70mm, bye2 jauh 150,125,185fi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bye-bye jauh pada kau...tapi kalau pecah block 70mm tu motor standard 150,125,185fi tu pulak yang bye-bye dekat kau...block 70mm bukan untuk kegunaan harian, sesuai untuk main drag...maintenance tinggi...kena kerap check minyak enjin...motor standard 150,125,185fi tu dah habis pusing satu Malaysia, motor kau kat bengkel sebab block pecah...

      Kesimpulannya, kau memang sembang deras...

      Padam
    2. Jangan sembang laju, selit sama praktikaliti lebih. Laju2 nak p mana?

      Padam
    3. Jgn bnyak kencing dlm seluar banyak bunyi bnyak hb hancing

      Padam
  4. Saya ada lc v1 cluch tangan dan ada y15zr tpi nak jual dah y15 tu keciwa sikit ngan enjinnya ambil baru tpi skrg enjin dah bising2

    BalasPadam
  5. Hahahaha vf3i yg terbaru ni lagi best hahaha

    BalasPadam
  6. Bagi aku lc terbaik sbb tak pakai class tangan...bile dah berumur skrg ni memang lg selese pkai moto yg tak der class tangan ni....sebab sye dah ade rxz buat ape nak beli moto yg ade class tangan lg.......lc enjinnyer yg smooth......maintainance yg murah.....minyak jimat.....design yg cantik berbanding dgn jename lain memg buat aku jatuh cinta.......

    BalasPadam
  7. Nak beli moto lc, modified kaw2, 500km sejam bole pergi, mantap🤤🤤🤤

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain