Kisah Penciptaan Nabi Adam

Nabi Adam A.S merupakan manusia pertama yang ciptakan Allah s.w.t dan bukaannya manusia seperti Teori Darwin yang mengatakan manusia itu berevolusi daripada beruk/mawas. Teori Darwin mengatakan hidupan dibumi ini berevolusi daripada makhluk satu sel kepada makhluk yang berakal seperti manusia. Sebagai umat Islam kita percaya bahawa Allah menciptakan manusia bukan daripada haiwan lain seperti beruk/mawas dan sebagainya. Mari kita ikuti sirah penciptaan Nabi Adam A.S



Sirah Penciptaan Nabi Adam


Assalamualaikum. suka disini untuk saya menceritakan sirah penciptaan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam A.S berikutan dengan entri yang lepas berkenaan Iblis. Kisah pencipataan manusia ini berkaitan besar dengan kemungkaran Iblis terhadap perintah Allah s.w.t. 

Penciptaan Nabi Adam adalah satu ujian daripada Allah s.w.t kepada Azazil (Iblis) yang pada ketika itu Iblis merupakan makhluk Allah yang tinggi darjatnya. Allah mengangkat Azazil daripada kalangan Jin kerana keimanannya kepada Allah s.w.t. Allah mengangkaynya bersama-sama beribadah bersama Malaikat. 

Allah berkata kepada Malaikat " Aku hendak menciptakan suatu ciptaan yang diperbuat daripada tanah ". Dan Malaikat tahu Allah menjadikan mereka daripada cahaya dan Allah menciptakan Jin daripada Api. 

seperti dalam firman Allah s.w.t :


" Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepad para Malaikat " Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata " Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan pertumpahan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Allah berfirman " Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" 
(Surah Al-Baqarah : 30)


 Dan Malaikat tahu apa yang berlaku pada bangsa Jin, Jin melakukan kerosakan dimuka bumi dan pertumpahan darah. Allah menyuruh malaikat untuk turun kebumi dan berlawan dengan Jin sehingga semua Jin terpaksa berpindah di sebuah pulau. 



Allah mengambil tanah daripada tempat yang berbeza dibumi dan dicampurkan semua. Seperti kita tahu tanah ada pelbagai warna mengikut tempat seperti pasir putih kekuningan, tanah bukit yang kemerahan, tanah lumpur yang berwarnah gelap dan lain-lain jenis tanah dimuka bumi. 

Sebab itulah manusia mempunyai pelbagai warna kulit. Ada yang putih kekuningan, putih kemerahan, ada yang sedikit perang, ada yang gelap dan lain-lain. 


Selepas Allah mencampurkan kesemua jenis tanah yang diambil dibumi dengan air, Allah membentuk tubuh badan Adam dan dibiarkan seketika tanpa roh (tanpa nyawa).

Bagaimanakah tubuh badan Nabi Adam?


Setengah Ulama mentafsirkan saiz tubuh Adam setinggi 60 kaki (feet) lebih kurang 18 meter. Dan didalam Hadis mengatakan, "Adam diciptakan dengan rupa yang sebenar" bermaksud Adam diciptakan sudah mencapai tahap kematangan iaitu dewasa. Seperti kita tahu manusia akan membesar dari bayi hinggalah satu tahap kita berhenti membesar. Ya tahap kita berhenti membesarlah Adam diciptakan bermula hari pertamanya.

Adam tidak diciptakan seperti kita, kita lahir daripada rahim ibu bersaiz bayi. Allah menjadikan Adam seperti rupa sebenarnya. 



Pada ketika ciptaan Adam, Iblis tertanya-tanya apakah kelebihan ciptaan/makhluk baru yang Allah cipta ini. Sedikit demi sedikit perasaan cemburu, dengki mula muncul didalam hati Iblis. Iblis memerhati tubuh Adam. Melihat setiap inci sebuah tubuh berwarna perang (coklat) yang tidak bernyawa. Iblis ketuk-ketuk (tapping, knocking) badan Adam dan juga dia menendang tubuh Adam.

Disebabkan Iblis diciptakan daripada api yang mempunyai jisim yang kurang ketumpatan (less dense)  daripada tanah, Iblis mampu untuk menembusi tubuh Adam. Iblis melihat seluruh isi tubuh Adam. Dan dalam Hadis mengatakan Iblis melihat isi tubuh Adam ini kosong, tiada yang hebat. Iblis merasakan ciptaan baru ini iaitu manusia adalah makhluk yang lemah. 

Pada masa yang sama, setiap kali melihat tubuh Adam ketika Allah tinggalkannya tidak bernyawa, Iblis bersana takut. Seperti kita melihat tubuh manusia yang tidak bernyawa, kita pasti ada sedikit takut tetapi Iblis melawan semula rasa ketakutanya terhadap tubuh Adam. 

Iblis mengatakan "Tiada yang hebat tentang Adam, Apa kelebihan dia? dan Aku adalah makhluk kesukaan Allah s.w.t". Dengan Angkuhnya Iblis mengatakan sebegitu untuk membuat rasa gerun terhadap tubuh Adam dan membuatkanya rasa terus dengki, ego dan bangga diri.

Roh ditiupkan kedalam tubuh Adam


Allah tiupkan roh ke dalam tubuh badan Adam bermula daripada kepala. Dan dari kepala turun kebawah tubuh. maka terjadilah organ-organ manusia bermula Otak dll. Tanah bertukar menjadi daging dan darah.

Diriwayatkan bahawa, Allah memberikan semua pengetahuan kepada Adam. Bermakna Adam sudah berilmu ketika dia bernyawa. Adam tidak sperti kita yang dilahirnya tidak tahu apa-apa kemudian perlahan-lahan belajar. 

Apabila hampir separuh badannya ditiupkan roh, mata Adam pun terbuka. Dan benda pertama yang dilihatnya ialah buahan ditaman syurga. Dan dia cuba menggapainya dengan tangan tetapi tidak sampai dan dia masih tidak boleh bergerak kerana kakinya masih belum benyawa. Maknanya roh masih belum masuk ke kakinya. Dalam Al-Quran mengatakan 'manusia sentiasa terburu-buru'.

Ketika Allah s.w.t menyuruh seluruh malaikat untuk bersujud, hanya Iblis yang tidak bersujud tanda hormat kepada Adam. Dan Allah bertanya kepada Iblis 'Apa yang menyebabkan kamu, Iblis tidak sujud kepada ciptaanKu yang dicipta dengan tanganku sendiri?'. Iblis menjawap dengan egonya 'Kau menciptakanku daripada Api. Dia diciptakan daripada Tanah, Aku lebih baik daripadanya'.

Allah berikan Iblis peluang. 'Aku ciptakan Dia (Adam) dan Aku perintahkanmu untuk bersujud pada dia (Adam)'. Iblis menjawab 'Aku lebih baik daripadanya, Kau ciptakan dia daripada tanah dan aku daripada api, bagaimana aku harus sujud padanya, dia patut sujud padaku, siapa dia?'

'Dengan kekuasaanMu dan kekuatanMu, Aku akan hasut mereka kejalan kemungkaran.' kata Iblis. 'Wahai tuhanku, berikan aku nyawa/kehidupan sehingga hari kebangkitan (Hari Akhirat)' kata Iblis. Allah berfirman ' Kami akan berikan kamu masa bukan sepertinya yang kami minta, bukan sehingga hari akhirat... kamu nak mengelak kematian? Tidak... Kami akan beri masa sehingga hari kiamat.. Apabila masa tiada, kamu akan mati ketika itu'. 'Tapi tunggu..... hambaku yang taat, kau tiada kuasa untuk menghasut padanya..' Iblis berkata 'Aku akan menghasut kejalan kesesatan kecuali hambamy yang taat.'




*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.

Ulasan

Artikel Lain