Kenali Musuh kita : Iblis

Iblis adalah satu makhluk Allah yang berasal daripada golongan Jin. Allah telah mencipta bangsa Jin  di muka bumi beribu-ribu tahun sebelum Allah menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam A.S. Mari kita selami sejarah asal usul Iblis ini

Kenali Musuh kita : Iblis


Assalamualaikum... bersempana habisnya bulan Ramadhan yang dikatakan Syaitan-syaitan dirantai oleh Allah S.W.T seperti dalam hadis :

" Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pula dirantai. " (Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa'iy, Malik dll)

Dan apabila berkhirnya bulan Ramadhan, maka syaitan pun berkeliaran kembali untuk menghasut manusia untuk melakukan maksiat dan kejahatan.

Siapakah Iblis?


Iblis adalah satu makhluk Allah yang berasal daripada golongan Jin. Allah telah mencipta bangsa Jin sebagai khalifah di muka bumi beribu-ribu tahun sebelum Allah menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam A.S.

Iblis ketika sebelum penciptaan manusia iaitu Nabi Adam, Nama sebenarnya adalah Azazil. Azazil merupkan Jin yang paling beriman pada ketika itu. Azazil adalah makhluk Allah yang sangat Taat dengan perintah Allah. Siang dan Malamnya dipenuhi dengan Ibadah kepada Allah S.W.T

 Disebabkan ketaatan kepada Allah s.w.t, Allah mengangkat ke langit untuk bersama-sama dengan Malaikat beribadah kepadaNya. Lama-kelamaan Allah mengangkat Azazil menjadi ketua kepada seluruh Malaikat.

Pada ketika itu, Azazil merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling hebat dan paling tinggi darjatnya. 


Penciptaan Manusia yang Pertama


Allah mencipta Nabi Adam (hanya badan tanpa roh) dengan mengambil beberapa jenis tanah ditempat yang berlainan dimuka bumi. Azazil pada ketika itu melihat penciptaan Adam daripada tanah yang di ambil daripada beberapa tempat dimuka bumi.

" Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepad para Malaikat " Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata " Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerosakan padanya dan pertumpahan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Allah berfirman " Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (Surah Al-Baqarah : 30)

Ulama membincangkan bahawa sebelum penciptaan manusia, ada makhluk lain yang menjadi khalifat dimuka bumi dan mereka melakukan kerosakan dan pertumpahan darah.

Azazil merasakan dirinya adalah yang terbaik. Dia membandingkan dirinya dengan Malaikat yang tidak mempunyai nafsu dan kehendak, sudah tentu Malaikat sentiasa patuh kepada Allah s.w.t. Dan dia membandingan dirinya dengan bangsa jin, dia adalah yang terbaik dari kalangan Jin.

Maka, Iblis merasakan dirinya adalah yang terbaik diantara yang terbaik selama beribu-ribu tahun hidup. sehinggakan Allah menciptakan ciptaan baru iaitu Manusia (Adam).

Ketika penciptaan Adam, Iblis melihat Adam (sebelum ditiupkan roh) dari segenap sudut. Dia merasakan bahawa mungkin Adam akan menjadi makhluk yang terbaik menggantikkannya. Ketika inilah Iblis membuat dosa pertamanya iaitu Hasad (Dengki/Jeles). Tetapi Iblis tidak mengatakan apa-apa hanyalah didalam hatinya.

Iblis ingkar dengan perintah Allah s.w.t


Sehingga Allah meniupkan roh kedalam jasad Nabi Adam A.S dan Allah berfirman :

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat : "Sujudlah kamu kepada Adam, " maka sujudlah seluruh malaikat kecuali Iblis ; ia engan dan takabur dan adalah termasuk golongan oran -orang yang kafir." (Surah Al - Baqarah : 34)

Ulama membincangan bahawa Allah s.w.t tidak menyuruh malaikat untuk sujud seperti sujud menyembah tetapi sekadar tunduk hormat akan ciptaan baruNya. Allah meletakkan kemuliaan penciptaan Manusia melebihi Malaikat.

Allah betanya "Apa yang menyebabkan kamu untuk tidak sujud kepada Adam?" dan Iblis menjawab "Aku lebih baik dariapdanya, Aku diciptakan daripada Api dan dia diciptakan daripada tanah"

Maka Allah murka dengan Iblis dan mengusirnya daripada bersama golongan Malaikat.

Ulasan

Artikel Lain