Fake Ducati Panigale : Moxiao 500RR

 Assalamualaikum guys... 


Minggu ini kita dikejutkan dengan motorsikal seakan-akan Ducati Panigale daripada China. Sekali pandang memang macam Ducati motor ni.



Motor ini ialah Moxiao 500RR.

Setakat ini, Moxiao 500RR adalah motor klon yang paling cantik saya pernah tengok. Secara fizikal hampir 100% sama kecuali engine. Bernadikan dengan Engine 500cc, 2 silinder sebaris dengan kuasa sebanyak 48hp (8,500rpm) dan tork 43Nm (7,000rpm).

Melihat pada Engine yang dihasilkan ini memang kalah jauh sekali dibandingkan dengan Ducati Panigale iaitu pada Kuasa dan Bunyi. Tetapi melihat pada kuasa yang dihasilkan, Saya menjangkakan 200kmh dalam tangan. So, tak la malu dengan Ysuku~ Ehehehe....




Dari segi design bagi saya memang tersangat sempurna dalam meniru. boleh bandingkan seperti rajah dibawah. (Atas Maxiao 500RR dan Bawah Ducati Panigale 959)



Harga jualan juga amat menarik iaitu RM 22,000. Cuma hati kering kalau nak beli dan pakai moto klon ini.

Pandangan saya berkenaan memiliki motor klon ialah pertama, sudah pastinya feel dan quality tak sama dengan original. Anda hanya memiliki motor klon ini hanya untuk 'Rupa' dan 'Fungsi' sahaja. 

Kedua, hati kena kering kalau memiliki motor klon ini kerana maruah anda mungkin tercalar dengan sindiran orang keliling. Orang pasti berkata macam-macam kepada anda tetapi saya tidak menghalang anda untuk memilikinya kerana 'Duit masing-masing bro' dan 'Ini je yang mampu'.

Ketiga, kebiasaanya jenama yang buat jentera 'fake' ini bukan lah sebuah pengeluar popular. Jadi, anda akan ada masalah untuk 'Service' dan 'Maintainance' dikemudian hari kerana tiada pusat service khusus untuk jentera anda. Malahan juga, Nilai motorsikal anda akan menurun dengan mendadak (Harga jualan semula menurun) yang akan menyukarkan anda untuk menjual jentera anda akan datang.

Keempat, saya sebenarnya lebih prefer motorsikal berjenama yang di'convert' untuk menjadi seperti motor lain contohnya Naza Blade convert menjadi Ducati, Yamaha FZ150 menjadi R15. Projek motor sebegini lebih baik kerana 'base' motor kita adalah motor yang berkualiti yang mudah untuk dapatkan alat ganti cumanya di 'make-up' untuk memenuhi cita rasa kita.

Nyatakan pandangan anda komen dibawah :

#FakeDucatiPanigale #Maxiao500RR

Ulasan

Artikel Lain