Supermoped Malaysia

Assalamualaikum

Kapcai bersesaran besar (super moped) semakin mendominasi Highway tempatan. Berat jentera yang ringan dan memiliki engine yang berkuasa menjadikan Super moped pantas di litar-litar jalanan seperti Karak tetapi mampu digunakan sebagai kenderaan harian atau ke pasar. Mari kita lihat kapcai/super moped yang berada dipasaran.

1. Yamaha Y15ZR

Yamaha, Brand yang paling 'Top' di Malaysia dan Brand yang menghasilkan motor-motor yang hensem dipasaran. Walaupun Yamaha Y15ZR bukanlah kapcai/moped yang pertama di Malaysia yang mempunyai 150cc engine tetapi motor ini telah menjadi trend setter untuk kapcai kelas 150cc menjadi satu permintaan yang tinggi.

Yamaha Y15ZR v1

Yamaha Y15ZR v1 Movistar Edition
Yamaha Y15ZR telah mendapat versi facelift pada Jun 2019 yang lalu, masih mengekalkan design yang asal dengan pernambahan lampu utama LED dan juga paparan meter jenis LCD digital penuh. Tak dilupakan juga Y15ZR versi facelift mendapat edisi terhad design Ultraman yang hanya ada 100 unit yang dikeluarkan dan juga edisi DOXOU (fashion).

Ini menjadikan Y15ZR semakin diminati oleh majoriti penunggang motosikal. Kuasa yang dihasilkan ialah 15.1 hp dan 13.8 Nm tork. Untuk spesifikasi motosikal lebih detail boleh click disini.
Yamaha Y15ZR v2
Yamaha Y15ZR v2 Ultraman Edition (100 unit)

Yamaha Y15ZR v2 DOXOU Edition


2. Honda RS150R

Honda di Indonesia telah lama menghasilkan jentera Kapcai/Moped bersesaran 150cc iaitu Honda Sonic 150R. Tetapi design sebegini kurang diminat oleh kebanyakkan pengguna sehinggakan Suzuki Belang 150R kurang mendapat sambutan.

Honda Sonic 150R (pasaran Indonesia, 2016)

Honda membawa masauk model Honda RS150R sesuai dengan trend semasa yang menginginkan kapcai/moped bersesaran 150cc yang power dan hensem. Berbanding dengan Yamaha, Honda telah memberikan engine DOHC (Dual Overhead Camshaft) yang lebih baik berbanding SOHC (single Ovehead Camshaft) pada Y15ZR. Dan juga diberikan 6 kelajuan (gear) berbanding Y15ZR cuma 5 kelajuan.

Honda RS150R Malaysia hanya mendapat versi facelift yang hanya menukar corak grafik pada coverset. Kuasa yang dihasilkan sebanyak 15.4 hp dan 13.6Nm tork. Untuk lebih lanjut tentang spesifikasi Honda RS150R (Click disini)

Honda RS150R



Pada tahun 2020 ini, honda akan melancarkan model Honda Winner X (gambar dibawah) yang baru untuk Indonesia dan Vietnam. Kita masih tidak pasti adakah Malaysia akan mendapat Honda RS150R facelift seperti winner X dipasaran Indonesia.

Untuk lebih lanjut tentang Honda Winner X (Click disini)

Honda Winner X


3. Benelli RFS150

Benelli adalah brand daripada Italy yang kebanyakkannya menghasilkan motorsikal berkuasa tinggi tetapi zaman kehangatan supermoped ini, mereka telah menghasilkan Benelli RFS 150. Dengan dikuasakan engine 149.8 cc dengan 15.5 hp dan 13 Nm tork. Untuk spesifikasi lebih lanjut sila click disini.

Benelli RFS150i


Kelainan yang Benelli beri pada RFS150 ini adalah suspensi fork terbalik (USD fork) yang biasanya digunakan untuk motorsikal sukan (sport). Teknologi engine pula mengunakan 3 spark plug untuk memaksimakan kuasa dan cekap tenaga (fuel efficient).


Benelli RFS150i Limited Edition
Akan datang?

Dengar berita bahawa Benelli sedang membangunkan engine baharu untuk supermoped. Engine yang dibangunkan adalah 200cc/250cc 2 silinder. Saya masih tidak pasti sama ada 200cc atau 250cc... Andai engine 250cc, Benelli boleh membuat talaan semula berasaskan engine model Benelli TNT25 sedia ada untuk disesuaikan untuk model moped.

Kemungkinan kuasa yang dihasilkan 26-32 hp yang sudah tentu mengalahkan pesaing-pesaingnya.




4. SYM VF3i

SYM atau Sanyang Motor adalah jenama daripada Taiwan. Pada awalnya khabar angin mengatakan SYM akan membawa masuk sebuah supermoped ber-engine 175cc tetapi telah membuat kejutan kepada dunia dengan melancarkan SYM VF3i yang bersesaran 185cc.

Ini menjadikan SYM VF3i supermoped yang memiliki engine yang terbesar dan paling berkuasa. Dengan memiliki Engine 183cc, 1 silinder SOHC menghasilkan 17.7 hp dan 15.3 Nm tork, mudah sahaja VF3i mengalahkan model pesaing yang lain.

SYM VF3i Special Edition
Selain daripada kelebihan pada Engine, VF3i juga memiliki 6 kelajuan dan juga tangki bahan api sebanyak 7 liter yang merupakan terbesar dalam kelasnya. Kebanyakan supermoped yang lain hanya 4 liter tangki petrol sahaja.

SYM VF3i facelift (gold)
Akhir kata.

Saya masih menanti kemunculan supermoped daripada Modenas untuk sertai trend masa kini. Modenas harus mengkaji spesifikasi yang sesuai untuk bersaing dengan model-model sedia ada dipasaran untuk memenangi hati pengguna.

Harga yang mampu milik dan spesifikasi yang menarik menjadikan Benelli dan SYM mampu membuat jualan yang hebat bersaing dengan jenama kegemaran Malaysia iaitu Yamaha dan Honda.

Modenas GT150 (prototype)
Dengan kerjasama Kawasaki (click disini), saya yakin Modenas mampu menghasilkan jentera berkualiti dan design yang menarik minat generasi masa kini untuk kembalikan kegemilangan seperti model Modenas Kriss 110 ketika dulu.

Gambaran inspirasi design Kawasaki-Modenas

Ulasan

  1. Wynn Hotel & Casino | Las Vegas NV Jobs, Employment
    Wynn 김제 출장샵 Hotel & Casino 익산 출장안마 jobs 아산 출장마사지 in Las 익산 출장안마 Vegas, NV. See full company profile and qualifications. Apply to 순천 출장안마 Host/hostess,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain