Kapcai vs Sportbike -Episode 1-

Assalamualaikum guys

Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat motorsikal jenis Moped/Kapcai telah mengalami perubahan engine yang semakin besar sehingga mampu bersaing dengan Sportbike.

Sebelum pergi lebih lanjut mari kira kenali apakah maksud motorsikal jenis Moped dan Sportbike ini.



Moped bike

Menurut wikipedia, Moped merupakan sejenis motorsikal kecil yang mempunyai pedal basikal. biasanya lebih laju daripada basikal biasa.

Honda Hobbit
Asal usul motorsikal moped ini hanyalah 'upgrade' daripada basikal biasa dengan tambahan engine untuk bergerak lebih pantas.

Sebenarnya motorsikal kapcai yang kita gunakan digelar sebagai Underbone motorcycle yang biasanya menggunakan struktur kerangka tube dan ditutup dengan plastic (coverset). Kita boleh lihat rajah dibawah :

Moped : structure frame dari tengah ke arah fork lebih kebawah sebab itu digelar 'Underbone'. 
Sportbike : structure Diamond frame yang lebih kukuh untuk tunggangan dynamic.

Sport Bike

Sportbike ialah motorsikal yang mengoptimumkan pada kelajuan, pecutan, brek dan selekoh (cornering). Biasanya kurang selesa untuk perjalanan jauh dan penggunaan bahan api yang banyak untuk prestasi maksimum.

Yahama YZF R15 / YZF R125
Yamaha YZF R25 versi litar

Yamaha YZF R6

Yamaha YZF R1


Dari sekecil-kecil Engine 125cc (pasaran eropah) sehinggalah 1000cc, sportbike meng-optimum-kan pada prestasi seperti dilitar lumba. Dengan laungan 'SEMANGAT KESUKANAN !!!'.

Fungsi

Perbezaan yang ketara antara dua jenis motorsikal ini (Moped vs Sportbike) ialah fungsi jentera tersebut.

Motorsikal Moped memfokuskan pada penggunaan orang awam sebagai kenderaan harian seperti pengangkutan didalam bandar, kenderaan penghantaran (courier), kenderaan untuk pergi ke pasar (sebab ada bakul).

Moto kapcai yang mudah dikendali dan kos rendah sesuai sebagai kenderaan penghantaran

Ridering santai2 bersama Bossku. 

Berbanding dengan Motorsikal Sportbike yang memfokuskan pada maksimum prestasi dan kelajuan sama ada di laluan yang lurus ataupun di selekoh. Asasnya sportbike adalah motorsikal perlumbaan yang telah di-down grade sesuai untuk penggunaan jalan raya contohnya exhaust system telah diubah untuk lebih senyap (silencer) dan mesra alam (catalyzer), Tayar juga diubah daripada soft/super soft compound (grip) kepada medium/hard compound untuk lebih mileage di atas jalan raya.

Lebih Aggressive semasa cornering 
Design Ber-Fairing dan Wind-Shield untuk pantas memecut di jalan lurus 
Walaupun 'Fly' sangat effiective kurangkan air-drag tetapi ianya bukan cara yang tunggangan selamat.
Jangan buat guys !!!! 




Bersambung.........

Ulasan

Artikel Lain