Tips ride dalam cuaca hujan

Assalamualaikum
Ride dalam hujan mungkin menjadi suatu kebiasaan kerana cuaca di Malaysia yang sering panas dan hujan sepanjang tahun. Disini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk selamat semasa meredah hujan dengan motorsikal anda.

1. Pakaian ride yang kalis air

Sentiasa membawa jaket kalis air bersama ketika menunggang motorsikal. Walaupun langkit kelihatan cerah diwaktu pagi, siapa sangka hujan diwaktu petang. Actually bab ini tak perlu mention pun sebab semua orang tahu~ hehehe...

Boleh dapatkan yang murah seperti dikedai DIY atau pun boleh juga beli yang branded seperti GIVI. Tak rugi pun beli yang berkualiti kerana boleh pakai lama dan membantu anda untuk kering dan selesa meredah hujan.

2. Kawal pulasan throttle

Semasa hujan, permukaan jalan basah dan licin. Belum dikira lagi dengan jenis tayar motorsikal anda, kalau jenis hard compound akan terasa kurang cengkaman semasa jalan basah. Oleh itu, anda mestilah pulas throttle dengan lembut. Jangan sentap throttle kerana anda bakal hilang kawalan motorsikal anda...

Mulakan perjalanan dengan pulas throttle dengan lembut dan kekalkan kelajuan yang sederhana. Jangan terlalu laju kerana akan menyukarkan anda untuk memberhentikan motor anda ketika kecemasan.

Jangan tiru aksi ini dijalan raya
3. Kawal tunggangan di selekoh

Sepertimana kita perlu mengawal kelajuan yang sederhana semasa jalan lurus, begitu juga di selekoh. Even kereta pun perlu memperlahankan kelajuan semasa selekoh (boleh berpusing jika hilang kawalan). Motorsikal tak perlulah leaning (condongkan motor) semasa membelok di selekoh yang basah. 
Even professional pun ada masalah untuk kawal jentera ketika hujan
Sebelum membelok, kurangkan kelajuan dengan tekan brek hadapan secara lembut. Elakkan atau kurangkan menggunakan brek belakang (untuk jenis brek disc) ketika selekoh kerana tayar belakang mudah terkunci (jika tiada ABS) dan menyebabkan jentera kita hilang kawalan.

4. Brek lebih awal dan lembut

Penting semasa hujan untuk menjaga jarak motorsikal anda dengan kenderaan dihadapan. Jarak terlalu dekat akan menyebabkan anda 'mungkin' tidak sempat brek lalu melanggar kenderaan hadapan atau 'mungkin' brek terlalu kuat lalu hilang kawalan dan jatuh di permukaan jalan. 

Antara sebabnya ialah :

Brek disc belakang mudah terkunci ketika basah. Ia berbeza dengan brek drum kerana brek drum terlindung didalam rim tayar dan tidak basah ketika hujan. Apabila tekan brek terlalu kuat, anda akan hilang 'grip' menyebabkan hilang kawalan.

Berbeza dengan brek disc hadapan kerana dibantu dengan suspensi pada fork hadapan. Apabila kita tekan brek, sebahagian momentum akan ditahan oleh suspensi hadapan dan mengurangkan beban yang perlu ditanggung tayar untuk memberhentikan kenderaan. Penggunaan brek depan lebih banyak membantu mengawal kenderaan berbanding penggunaan brek belakang.

Brek drum (belakang) dan brek disc (hadapan)
Kita boleh lihat reason ini pada motorsikal kapcai, dimana hadapan menggunakan brek dics dan belakang brek drum. Kombinasi brek sebegini adalah terbaik untuk untuk jentera ringan dan kos rendah.


Untuk motorsikal berkuasa tinggi, pastikan motorsikal anda ada sistem ABS. Alhamdulillah pengalaman saya dengan penggunaan sistem ABS banyak membantu semasa jalan basah ketika brek kecemasan. Jika jentera anda tiada ABS, maka anda mesti jaga jarak dengan kenderaan hadapan dan kurangkan kelajuan semasa hujan.

5. Elakkan meredah banjir atau lopak air

Jika jalan yang anda lalui terdapat banjir, elakkan untuk meredah banjir tersebut. Ini kerana kita tidak dapat melihat kawasan jalan yang berlubang yang akan menyebabkan anda terjatuh. Selain itu, arus deras air banjir juga bahaya yang bakal menghanyutkan motorsikal anda. 

Elakkan meredah banjir
Sebaiknya, berhenti seketika dikawasan yang selamat sehingga banjir mulai surut. 

6. Elakkan meredah hujan guruh/petir

Kereta ada sistem keselamatan apabila disambar petir tetapi tidak bagi motorsikal. Anda sangat berisiko untuk disambar petir yang boleh membawa maut. Oleh itu ketika hujan guruh/petir, berhentilah berteduh relax dulu sehingga petir/guruh tiada.


Safe ride guys~

Ulasan

Artikel Lain