Recipe Pulsar Rs200 Topspeed 170 kmh

Assalamualaikum guys

Seperti posting video Topspeed Pulsar Rs200 boleh mencecah 170 kmh, saya akn kongsikan beberapa recipe rahsia dalam entri kali ini.


Hehehe... sebenarnya takde apa yang special pun :D
Tapi saya share lah apa yang saya buat untuk mencapai 170 kmh...

1. Sprocket Ratio

Sprocket ratio ney la yang saya belajar sejak pakai motor kapcai lagi... Motor Yamaha 135LC saya ada buat entri recipe2 untuk tambahkan topspeed.

Standard sprocket RS200 - 14 : 41 (Topspeed 150 kmh)

Second trial sprocket ratio - 15 : 41 (Topspeed 160 kmh)

Third trial sprocket ratio - 15 : 38 (Topspeed 170+ kmh)

So macam mana nak estimated sprocket ratio effect pada topspeed dan torque?
Anda boleh gunakan sprocket calculator untuk dapatkan figure speed : torque mengikut saiz sprocket yang digunkan.

Perubahan untuk Torque dan Speed apabila tukar saiz sprocket

Then.... boleh gunakan percentage speed untuk tambahkan pada topspeed pada sprocket std.

Formula : 

150 kmh (topspeed std) + percentage% = Topspeed baru

Contoh :

150 kmh + 7.1% = 160 kmh (Sprocket 15 : 41)

150 kmh + 15.6% = 173.4 kmh (Sprocket 15 : 38)


So... saiz sprocket apa pun boleh dikira untuk estimate topspeed maximum (sampai cutoff). Walau macam mana pun anda kena lihat juga pada percentage 'torque' yang akan menjadi negative berlawanan dengan peningkatan speed.

Andai torque terlalu rendah, topspeed mungkin sukar untuk dicapai.


2. TipTop Maintenance 

Antara perkara yang penting untuk performance terbaik adalah jaga Maintenance motor anda. Currently motor saya sudah mencapai 20,000 km mileage. So.... banyaklah perkara yang perlu ditukar ganti :

1. Engine Oil
2. Engine Oil Filter
3. Air Filter
4. Liquid Coolant
5. Sprocket and Chain set

Flush coolant dan replace yang baru.

Tukar Air Filter dan cuci Air filter box.

Lepas buat service semua ney memang rasa smooth je engine. Pickup pun sedap walaupun sprocket berat.

Engine Oil pakai brand apa?

Setakat ini saya dah pakai 2 jenis Engine Oil iaitu Bajaj DTS-i Oil dan Petronas Sprinta F700 Semi Synthetic.

Bajaj Engine Oil 20w50
Bajaj DTS-i Oil ini sejenis minyak mineral yang di-recommended-kan oleh Bajaj untuk product2 motorsikal keluarannya. Hasilnya Engine Oil ini menyebabkan engine DTS-i lebih smooth dan lembut (walaupun hakikatnya kasar berbanding engine yamaha). Saya pernah pakai EO Shell (mineral type) tapi tak smooth seperti EO bajaj ney.

Petronas Sprinta F700 15w-50
Petronas Sprinta F700 ramai yang recommend EO ini dalam group2 Pulsar Malaysia di Facebook. So far memang tak dinafikan memang bagus. Ada la pro and cons..... Bagus dia memang rasa ringan pada engine. EO tidak selikat / sepekat seperti Bajaj DTS-i Oil tetapi..................... Petronas Sprinta menyebabkan engine rasa lebih kasar dari Bajaj EO.... Kasar tapi ringan macam tu la bagi pendapat saya... Then mileage pun tak jauh... lebih sikit 2,000 km mileage engine rasa kasar sangat :D tak seperti bajaj EO saya santak sampai 5,000 km mileage. Dah hujung2 tu baru rasa kasar lebih dari biase (4,000+ km)

3. Aerodynamic

Kelebihan Sportbike berbanding Nakedbike adalah Aerodynamic. Hehehehe.... ada full fairing dan wind shield sangat membantu untuk dapatkan topspeed lebih tinggi walaupun hakikatnya power masih sama dengan Nakedbike. 


Walau macam mana pun, Pulsar Rs200 masih ada 'room for improvement'. Dengan tukar handle bar bolt on kepada clip on yang lebih rendah dan wind shield sedikit tinggi (contoh : wind shield Ninja 300). Lebih mudah untuk 'tuck in' menunduk untuk mencapai higher topspeed.

Style aerodynamic yang salah (X)
4. Vehicle Weight to Power ratio

 Takde nak sembang sangat Weight to Power ratio. Nak sembang soal berat memang akan effect pada performance. Boleh refer entri sebelum ini Effect tukar exhaust system. Ade effect bila tukar exhaust system yang standard sebab system yang asal memang berat berbanding aftermarket exhaust. Rasa sangat nimble bila nak tukar arah... Nak cornering pun rasa lain... Tapi ada issue lain la kenapa saya pakai standard semula. hehehe.....

Zaman pakai aftermarket exhaust
Saya berat badan cuma 60-63 kg sahaja dan selalunya single rider. Pemilihan sprocket ratio seperti diatas kena lebih teliti sebab berkait dengan 'torque' yang akan dikorbankan untuk topspeed. Untuk saya yang agak ringan ini takde masalah untuk pakai sprocket 15 38.

Ulasan saya

Sebenarnya takde lah recipe sangat pun. Yang paling utama jaga maintenance sebaik mungkin. Saya kadang2 rasa kelakar dengan geng2 LC yang nak cari recipe bagi laju tapi rantai pun tak pernah nak spray chain lube (sebab dulu buat entri Yamaha 135LC, ramai PM tepi). Benda yang simple seperti spray chain lube, check Tyre pressure pun effect untuk performance.

Untuk sprocket ratio 15 38 ney actually  sangat berat bro. Kalau nak pakai fikir la banyak kali sebab takot tak selesa dan nak pakai ringan sikit. Boleh imagine motor anda yang ade 6 gear tpi bila pakai 15 38 rasa macam ade gear ke 7. Ye..... gear ke 6 jadi macam ke 7.... berat oo.. nak potong kenderaan lain memang kena drop gear...

Bagi saya okey je sebab gear 5 tarik sampai cutoff dapat topspeed std 150 kmh senang-senang... Masuk gear 6 baru buat Aerodynamic tunduk macam Hafizh Syahrin nak bagi up topspeed. Mostly dalam bandar saya pakai gear 5 kebawah... lagi2 bila mencelah waktu jem, gear 6 tak guna sbb torque rendah sgt.

Style 'tuck in' yang betul ( / )

Bila bab cruising.... 15 38 boleh tahan nice... 110 kmh stay pada 10k rpm... 125 kmh pada 8k rpm.. even 140 kmh pada 9k rpm belum redline lagi.... santai je....

Untuk rider-rider lain, saya recomend saiz 15 41 je... bagi saya perfect lah... topspeed dapat lajak sikit. Haritu naik Genting pun okey. Nak ride berdua pun masih okey...

Faktor luaran juga memainkan peranan seperti rintangan angin. Hehehehe.... sebab bukan semua tempat boleh dapat 170 kmh... Ade time dapat 174 kmh tapi masa tu belum beli action cam baru untuk record topspeed macam kali ini...

Akhir kata

Nak betul-betul power Torque + Topspeed, buatlah Tune ECU. Pakai Powertronic tune on dyno... Tambah Horsepower, Unlock cutoff 11k rpm kepada 12k - 13k rpm, boleh tune fuel mixture sesuai dengan exhaust system dan sprocket ratio. :)

Powertronic ECU

Hehehe... Kalau pakai ECU, maybe boleh sampai 180 kmh :D
Std pun 170 kmh~ Layan video guys.....

Ulasan

Artikel Lain