4 Kesan Aftermarket Exhaust (7 gambar)

Assalamualaikum guys

Entry kali ini adalah sambungan daripada entry yang lepas :
Modenas Pulsar Rs200 - After Market Exhaust

Jadi setelah 3 minggu pakai After market exhaust.... 3 minggu pun rasanya lebih kurang 1,600 km mileage sebab hari-hari jalan 100 km belum cite weekend ride lagi.. hehehe... Apa pun saya nak beri sedikit pandangan dan pengalaman menggunakan After Market Exhaust ini.


Kesan-kesan aftermarket exhaust :


1. Dapat kurangkan berat motor anda.


Exhaust standard banyak component seperti catalytic converter dan silencer. Jadi...... dengan menukar full system aftermarket, anda dapat mengurangkan berat motorsikal anda... Motor lebih ringan, motor akan pergi lebih laju..uuuuuu~

Motor Pulsar ada Catalytic converter dan Muffler.
Dapat tukar 2 item boleh kurangkan 2-3 kg 
Tukar kepada Aftermarket exhaust yang lebih simple dan ringan.

2. Dapat memanipulasikan back-pressure exhaust berbanding muffler asal.


Maksud memanipulasikan back-pressure ialah kita dapat mengubah back-pressure exhaust mengikut cita rasa kita... Misalnya..


i- Muffler racing tanpa db killer atau powerbomb - anda akan dapat peningkatan exhaust flow (kurang back-pressure) dan peningkatan intake angin ke kebuk pembakaran. Ia akan menghasilkan 'POWER'..... vrooommm berdesup pickup

Tetapi cara ini memang akan dapat pickup yang tinggi pada low-mid rpm, apabila high rpm anda akan lost power. Lost power disebabkan back-pressure dah kurang berbanding asal... Biasanya untuk motor carburetor kita akan setting minyak lebih, untuk motor-motor injection kena ECU TUNE... So... kena tambah kos lain lagi~

Cara lain, anda kena pilih muffler yang tidak terlalu 'lawas' (free flow) yang menyebabkan hilang back-pressure.

Muffler seperti ini memang terlalu lawas.
Better pakai dengan powerbomb


ii- Muffler racing dengan db killer atau powerbomb - anda akan dapat tingkatkan juga exhaust flow tapi tidak sebanyak option seperti diatas kerana db killer dan powerbomb berfungsi sebangai halangan/rintangan untuk hasilkan back-pressure....

Cara ini anda masih dapat pickup dan juga topspeed yang tinggi tanpa tune apa-apa... Walaupun nampak mudah, sebenarnya susah jugak sebab nak kena test dulu kombinasi muffler+db killer @ powerbomb yang sesuai untuk dapatkan back-pressure hampir kepada asal.


Credit to Bengkel Aizad Mobile Service, Gombak


3. Bunyi yang mantap.


Vrooom...Vroommm... berdesup pergi... itulah hasrat utama rider-rider tukar aftermarket exhaust... hehehe... Saya sendiri pun tukar exhaust kerana untuk dapatkan bunyi yang mantap, garang... Baru la ada gaya sportbike...

Bunyi exhaust juga mampu menambahkan sedikit keselamatan di jalan raya. Motorsikal dah la kecik je kalau senyap memang kenderaan lain tak perasan kehadiran kita. Memang function la sebab saya kerja di KL. Redah traffic sibuk. Kita mencelah dengan yakin bila kenderaan depan tahu kehadiran kita...



4. Engine akan lebih panas daripada standard (tanpa setting yang betul)


Kesan lain dariapada peningkatan air intake menyebabkan 'lebih' pembakaran berlaku untuk 'lebih' power. Peningkatan demi peningkatan ini menyebabkan haba yang terhasil juga meningkat dan boleh membahayakan engine motorsikal anda.

Kesan jangka masa panjang jika engine terlebih haba menyebabkan komponent engine boleh rosak seperti valve, piston dll.. tetapi ia juga bergantung kepada jenis motorsikal anda. Ia mungkin okey untuk sesetengah engine mempunyai komponent yang tahan, tapi sejauh mana kita boleh tahu engine motor kita tahan ke tidak?

Some people kata okey je dah 2-3 tahun pakai aftermarket exhaust, takde rosak apa-apa. some people motorsikal standard pun valve-piston problem... Actually semuanya bergantung pada 'luck' motorsikal yang anda beli... Brand sehebat Yamaha pun still few ada problem, walaupun yang lain-lain owner cakap motorsikal mereka tahan lenjan hari-hari.

Credit to ASY Garage yang share ilmu effect aftermarket exhaust

Pandangan saya


Saya pakai pun tak lama.... 1 minggu pertama (600 km) saya pakai Muffler racing + db killer. So effect dia pickup macam drop... kadang rasa macam motor kapcai.. hahaha... tetapi topspeed dapat 162 kmh dan still bnyk power pada high rpm... punca yang saya syak back-pressure terlalu tinggi daripada db killer dan exhaust pun jenis dual outlet tapi lubang kecil.. dan fuel consumption sebanyak 30km/l tidak sejimat std

So... minggu ke 2-3 (1,000 km) saya keluarkan db killer. Effectnya sangat menarik... bunyi padu memadu.. syok kowt.. pickup low-mid rpm memang power tetapi ada sedikit lost pada gear 6 high rpm... susah nak dapat 162 kmh... selalu dapat 155-158 kmh (rata).. fuel consumption 33-35 km/l  seperti standard je tak jauh beza...

Tapi sebabkan saya risau long term effect (engine panas), so saya kembali kepada standard semua... huhuhu... tiada dah bunyi garang, sekarang senyap je~

Sudah pasang exhaust standard

*Update sikit... tambah vlog... hehehe.. baru nak berjinak-jinak jadi Youtubers


Ulasan

  1. hahaha. biasa la tu. nanti back to standard balik. yang betul2 kaki lenjan ok la tukar exzos. klau nak tukar saje2, ikut member, modal pun ngam2 . baik elakkan . nak tukar exzos, buat sekali tune setting enjin .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bossku... kne tune skli klu buat exhaust

      Padam
  2. Klau exhausted standard tpi tukar ECU attermarket,, Ada peningkatan kelajuan tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada... cumanya tak banyak peningkatan la... Macam pulsar klu just tukar ECU sahaja naik 1 hp je... klu buat aftermarket exhaust maybe naik 2-4 hp...

      Padam
  3. Bos, sy baru pakai rs200 ni. Any tips utk newbie? Top 130-135 dah merah rpm ��

    BalasPadam
  4. Bos klau yg exzos open cutting std mcm mna? Size manifold dia sama mcm std..

    BalasPadam
  5. bosskur sya memakai y15 ekzoz austin racing AR. bunyi telalu kuat dan padu.sdh tkr paiping dri 28-32.ada kah akan ad mslh pada motr sya akn datng?

    BalasPadam
  6. Apa maksud tune setting enjin ? Saya kurang faham

    BalasPadam
  7. Bang... sy pakai z800.. asal bunyi bass ekzoh.. sy tukar yg sc project copy ori. Bunyi mmg perang.. tpi dia punye lubang 3 inci lubang muffler. Perlu ke sy setting enjin dgn slip on dan ada kesan ape2 x pada enjin. Perlu ke sy tukar muffler pd lubang lebih kecil???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Z800 ada sistem valve pd intake.valve tu yg jd base wlu slip on mufler kuat.rpm rendah base kuat bila high rpm baru valve tu buka habis.elok jgn kacau sistem tu.takut mslh pd enjin

      Padam
  8. biasanya klau tukar exzos aftermarket kna dyno/ tune balik ecu tu

    BalasPadam
  9. boleh ke klu y15 sebelum ni kita pakai ekzos open mcm nlk pas tu dah bosang dah ekzos tu kita nak pakai ekzos uma size 32mm jugak...tapi x dyno wat sementara ni sbb pkp....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pakai kawasaki versys 650..kalau sy potong exzos ori..perlukah sy setting semula engine moto sy tu.. Bos

      Padam
  10. Boss.. Boleh rekemen x exzos yg ssuai utk yamaha mt15 standard? Dan exzos utk yg dh tukar ecu..? Sy nk yg performan yg trbaik.. Please

    BalasPadam
  11. Bang . Kalau saya just tukar link pipe dengan muffler kene dyno ke?

    BalasPadam
  12. Sy pkai ekzos aftermarket.... Bila idle dlm masa 5 minit temperature akan naik lebih cikit dari separuh.... Adakah itu side effect pkai ekzos aftermarket nie?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain