3 Aksesori Asas untuk jadikan Motorsikal anda 'Touring mode'



Assalamualaikum guys...

Anda gemar untuk travel dengan motorsikal pada jarak yang jauh?

Selalu mengikuti Konvoi-konvoi kelab motorsikal anda?


Saya disini ingin berkongsi beberapa aksesori asas untuk jadikan motorsikal anda sesuai untuk touring @ konvoi yang jauh. Saya cuba senaraikan aksesori yang sesuai untuk semua jenis motorskal daripada jenis kapcai/moped hinggalah kepada sportbike.

3 Aksesori asas yang menjadikan Motorsikal sesuai untuk touring ialah :


1. Storage yang besar untuk barang-barang anda


Antara perkara yang membezakan motor daily ride dengan untuk touring ialah storage. Kita nak bawa pakaian, makanan, sedikit tools dan lain-lain yang berkaitan mengikut keperluan Travel anda. 

Untuk kapcai sebenarnya tiada masalah besar sebab secara asasnya beg boleh letak dalam bakul depan. hehehe... simple je kan.. 

Untuk motor-motor spesis tank didepan dan tiada bakul :-

a). Gunakan Tali @ Net untuk ikat beg pada seat belakang. 

Ini adalah trick paling simple dan murah tetapi mungkin sukar untuk akses barang-barang jika diperlukan (bergantung pada cara ikat).

Paling simple beli tali atau net untuk ikat beg anda pada seat belakang
b). Pasang Tail bag @ Side bag @ Tank bag

Tail Bag @ Side bag boleh beli secara online atau di kedai aksesori motorsikal. Tapi.... Saya recomend-kan untuk beli online la.. Side beg ini kosnya RM 100 berbanding di kedai RM 150 - 200 padahal brand yang sama. 

Kekurangan untuk side bag atau tail beg ini ialah pada tahap 'sekuritinya'. Andai dikunci sekalipun, bahan bag ini diperbuat daripada kain dan plastic lebut yang mudah dirosakkan.
Side Beg lebih kemas dan mudah untuk akses barang

Tail beg credit to fb : Muhammad Azim Z

c). Pasang Storage box


Storage box ini ada yang berkenan, ada yang tak berkenan macam saya... Hehehe... Tetapi kelebihannya storage ini boleh jadi lebih besar dari side beg sbb bergantung kepada saiz box dan juga dari segi keselamatan barang anda lebih terjamin. 

Kekurangan yang saya tak suka ialah ianya lebih mahal untuk pasang dan jika ditanggalkan box, masih ada frame melekat pada motor... bagi saya... ia sudah mengganggu aesthetic asal motor lagi2 jenis sportbike. 

Single storage box credit to fb : Zary Maoc
Side box storage credit to fb : ZulFikri Abd Rani

2. Pasangkan Throttle assist


Throttle assist ini barang yang simple tetapi sangat membantu untuk selesa semasa tunggangan jarak jauh. Dia akan membantu kita untuk lebih relax semasa pulas throttle, tangan tidak cepat lenguh dan kebas setelah pulas berjam-jam lamanya semasa perjalanan. 

Boleh didapati dengan harga RM 30 kebawah mengikut kualiti dan brand.






3. Pasang lampu tambahan (Ride Malam)

Untuk rider yang akan menempuhi perjalanan pada waktu malam, pasang lampu tambahan amat membantu terutamanya jika melalui jalan-jalan kampung. Jalan Kampung gelap dan biasanya tiada lampu... Dan yang paling bahaya jika ada binatang melintas... 

Pernah jadi pada diri sendiri.. tiba-tiba ada family babi melintas... Bahaya woo kalau tak nampak, mau accident.. 

Credit to fb : Aizad Mobile Service

Credit to fb : Aizad Mobile Service

Itu sahaja setakat article kali ini... InshaAllah ada penambahan akan disambung pada article akan datang.... Sekian~


Ulasan

  1. 'Throttle assist' pada pendapat saya, bahaya untuk digunakan. Takut bila motor tiba2 lost control,takut nanti inadvertantly terpulas throttle sebab dia ada flap yg terkeluar untuk letak tangan kita atau x dapat close throttle secepat mungkin. Akan memburukkan lagi keadaan apabila kita perlukan quick response untuk recover.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain