Modenas Pulsar RS200 - 5,000 Mileage review

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah selesai service selepas 5,000 km mileage Modenas Pulsar RS200. So far so good :) . Boleh dikatakan kos untuk service motorsikal ini agak murah didalam kategori Sportbike.


Saya beli Minyak Pelincir Original dari Bajaj DTS-i Oil 20w50 berkapasiti 1.2L berharga RM 34 dan Engine Oil Filter Original berharga RM 30. Total cost RM 64 + RM 20 (upah kedai lain).

Sumber daripada Carmudi.com mengatakan bahawa Bajaj DTS-i Oil 20w50 boleh bertahan sehingga 5,000 km mileage. Yes... sangat mudah dan jimat nak service motor curry ney :D

Tetapi bagi saya, saya akan tukar Engine oil filter ditukar setiap 5,000 km mileage dan Engine oil saya akan tukar setiap 2,500 km mileage.

Fuel consumption Test

Untuk penggunaan bahan api bagi Modenas Pulsar RS200 dan NS200 dikatakan sama sahaja. Bergantung kepada riding style, kelajuan dan berat bebanan.


Untuk saya yang hanya single rider dengan berat badan 60kg dan range kelajuan 110 - 130 kmh boleh mencapai 34 km/l. Hehehe... Saya susah nak bawak slow lagi2 ketika lapang atas highway. Traffic buzy kita slow2 mencelah... Pape pun safe rider guys.

Berbeza pula semasa saya konvoi bersama ARC Selangor yang lepas. Hehehe... Semasa konvoi, kita terpaksa follow geng2 lain. Range kelajuan cuma 90 - 110 kmh. Dengan jumlah jarak 800 km penggunaan petrol RON95 sebanyak RM 45 iaitu bersamaan 20 L petrol. So, penggunaan petrol semasa konvoi iailah 40 km/l

Long Distance ride

Alhamdulillah selamat dan selesa semasa konvoi bersama ARC Selangor yang lepas. So far so good. Ada beberapa kelebihan dan kekurangan untuk Modenas Pulsar RS200 ini :



Kelebihan :
- Fuel Tank 13 L agak besar dan sesuai untuk long distance travel. So berbeza dengan motor kapcai yang perlu kerap mengisi minyak semasa konvoi.\
- Engine 200cc dengan teknology triple spark yang sangat jimat... Range 34 - 40 km/l petrol
- Handle bar yang agak tinggi dan selesa kerana penunggang boleh duduk tegak sepanjang perjalanan jauh.
- Suspension yang selesa untuk cruising.

Kelemahan :
- Engine Bajaj ini agak kasar berbandingan engine Yamaha. So vibration agak terasa dan menyebabkan tangan kebas selepas 100 - 200 km ride.
- Engine cuma 200cc 24hp tak cukup power nak follow big bike lain2 (250cc keatas). So kita follow group2 motor below 200cc.
- Seat jenis racing yang agak keras, tidak selesa untuk long distance ride.
- Seat belakang yang kecil dan pendek dan tidak selesa untuk pembonceng belakang (RS200) untuk NS200 seat belakang panjang sedikit.

Some changes untuk Black Beetle 



Saya pasang reflective stripe untuk improve visibility semasa malam kerana motor saya warna hitam :D . Acah-acah nak design macam moto TRON (lightcycle) maybe tambah lighting stripe lagi lawa... InshaAllah future developement..


Salah beli item :( magnetic tank bag tu tak boleh pasang pada RS200 sbb cover tank adalah plastic. So kita ikat pada back seat itu pun tak secure, mcm longgar je... huhuhu... next kena beli side saddle bag bru syok...

Photo Gallery of My Black Beetle (RS200) : 


RS vs R1

Try to fit in big bike group :D
Modenas Pulsar Rs200
Modenas Pulsar NS200

Modenas Dominar 400

Ulasan

  1. Antra r15 dn rs 200..mna yg recommended the best? Cost smua okay tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maintanace r15 sama dgan motor kapcai sbb guna 1L senang crita sama dgan y15 lah kalau rs200 pakai 1.2L oil filter boleh pakai KTM duke punya, kalau harga rs200 menang sebab murah

      Padam
  2. wow..inikah rs200 yg berjaya smpi ke Yala itu hari..mantabb sheiikhhh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain