Tips Persiapan sebelum Konvoi motosikal

Assalamualaikum..

Sebagai penunggang motosikal yang sertai kelab-kelab permotoran, pasti aktiviti konvoi menjadi agenda utama. Disini saya akan memberikan sedikit tips persiapan sebelum menyertai konvoi motosikal.

Persiapan Motosikal sebelum Konvoi :


1. Pastikan Roadtax anda belum tamat tempoh pada tarikh konvoi.

Anda akan melalui perjalanan yang jauh. Sebarang kemungkinan akan berlaku seperti road block oleh Polis dan JPJ. Tetapi yang paling penting sebenarnya ialah untuk cover insurance. Yela kan, mana nak tahu titibe kemalangan dan roadtax mati serta insurance tiada, susah untuk kita berurusan nanti.

2. Check Engine oil motosikal anda. 



Jika kurang, sila tambah. Jika sudah sampai mileage untuk tukar, tukarlah dengan segera. Perjalan yang jauh memerlukan kondisi engine yang terbaik. Konvoi itu sendiri umpama Endurance test untuk jentera kesayangan anda. Pastikan kondisi Engine adalah Tip Top.

3. Check Headlamp, Tailamp dan signal lamp.



Untuk konvoi yang bakal melalui perjalanan waktu malam. Perkara ini amat diutamakan untuk keselamatan anda. Jika konvoi hanya waktu siang, sekadar check signal lamp sudah memadai.

4. Uji Brek motosikal anda.



Bagi Jentera yang sudah berusia, kemungkinan brek pad sudah haus tanpa kita sedari. Dan juga jangan lupa check brek fluid juga untuk sistem brek disc. Brek yang TipTop mampu menyelamatkan anda di saat2 kecemasan nanti.

5. Periksa Bunga Tayar motosikal.



Pastikan tayar anda dalam keadaan baik, mampu memberikan cengkaman yang baik agar tidak tergelincir ketika di selekoh atau semasa breking. Saya mensarakan untuk gunakan product cecair anti bocor yang dimasukkan kedalam tayar. Apabila terlanggar paku, cecair tersebut terus mengisi lubang udara dan menghentikan kebocoran.


Persiapan 'Rider' sebelum Konvoi :


1. Pastikan Pakaian yang sesuai untuk Konvoi.



Sediakan awal-awal seperti pakaian sesuai, jaket hujan, sarung tangan dan kasut yang sesuai. Kalau lebih advance lagi boleh la beli jaket moto yang siap protection pad siku dan lutut.

2. Sediakan ubat-ubatan yang diperlukan.



Walaupun anda sihat ketika itu, sediakan ubat selsema atau demam sudah memadai. Persediaan untuk perjalanan jauh kerana kita tidak tahu cuaca disana seperti mana. Meredah hujan semasa konvoi menyebabkan anda terdedahkan dengan deman dan selsema.

3. Pastikan Basic Tools ada dibawa bersama.



Kerosakan jentera anda mungkin tidak dijangka semasa Konvoi. Membawa basic tools akan memudahkan anda untuk membaiki kerosakan ringan jentera anda.

4. Rehat secukupnya sehari sebelum Konvoi.




Rehat dan tidur amat penting sebelum Konvoi. Melalui perjalanan yang jauh memerlukan kekuatan dan kosentrasi anda yang lebih. Tanpa rehat yang cukup menyebabkan anda terdedah dengan kemalangan kerana penat dan mengantuk.

Ulasan

Artikel Lain