Dilema pilih motorsikal streetbike/sportbike bajet.

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah diumumkan bahawa tarikh 1 Jun 2018 akan dimansuhkan GST, saya rasa ianya adalah waktu yang paling sesuai untuk membeli motorsikal....




Sebelum bercerita lebih lanjut, saya akan senaraikan beberapa model motorsikal streetbike/sportbike bajet berserta harga (harga mungkin tidak tepat) :

1. Modenas Pulsar RS200 - RM 11,900
2. Modenas Pulsar NS200 - RM  9,800
3. Yamaha FZ150i             - RM  9,400
4. Demak Skyline GT 250 - RM 10,400
5. KTNS ZII 200               -  RM  7,500
6. Demak Skyline 200       -  RM  6,500

Modenas Pulsar RS200

Modenas Pulsar NS200


Yamaha FZ150i

Demak Skyline 200

KTNS ZII

Design

Berkenaan design, sebenarnya ianya amat subjective bagi setiap individu. Of course Sportbike dalam price range yang paling murah adalah Modenas Pulsar RS200. Memang lawa beb berbanding dengan streetbike yang lain. Kepala depan tu design ala-ala Bumblebee.. macam transformers dah. Terbaik sekali... cuma.. Design tail lamp dia sangat pelik... tak lawa..



Tapi untuk kategori streetbike, saya meletakkan Demak Skyline 200 nombor 1... yeay... boleh ikuti article ini ' Demak Skyline 200 pilihan hati? ' sebab kenapa ia menjadi pilihan hati saya.

Modenas Pulsar NS200 juga cantik dari segi design keseluruhan. Rekaan design up to date menepati cita rasa kebanyakkan orang. Ambil contoh design mudguard belakang tu memang sangat nice.



Untuk Yamaha FZ150i, minta maaf dulu kepada memilik FZ andai terasa hati. FZ ini sebenarnya design lama dan sudah sedikit out dated. Saya menanti-nanti Yamaha Mslaz 150 untuk penganti FZ ini. Dia Indonesia dah dikeluarkan sejak 2016 lagi. Malaysia masih stuck dengan model FZ150i. Sedikit komen berkenaan mudguard belakang tu terlalu panjang dan straight line. So nampak tak lawa dari belakang tapi ia bukan masalah besar kerana boleh tukar.

Sepatutnya Mslaz penganti FZ150i


Quality

Bab maintainance adalah sangat penting untuk pembeli yang akan guna motorsikal sebagai daily ride. Daily ride nak pergi kerja, weekend nak konvoi of cost nak motorsikal yang berkualiti dan tahan lasak.

Modenas Pulsar RS200 dan NS200 adalah rebadge daripada brand Bajaj yang merupakan syarikat motorsikal terbesar di india. Banyak review-review motorsikal ini yang dibuat oleh orang di India sana. Maka, Modenas Pulsar boleh di kategorikan berkualiti yang baik setaraf dengan jenama hebat yang lain seperti Yamaha dan Honda. Ada beberapa kes RS200 yang engine rosak dan bila dibuka valve sudah patah. Cumanya ia hanya sedikit kes sahaja dan boleh claim warranty selagi masih valid.

Yamaha FZ150i dikatakan mempunyai masalah pada piston ring yang menyebabkan engine akan rosak. Tetapi owner Fz  sendiri berkata ia bukan masalah besar dan boleh ditukar dibengkel kerana sparepart mudah ditemui. Boleh juga claim warranty jika masih valid.

Untuk Demak Skyline 200, rata-rata mengatakan bahawa masalah pada meter motor yang sering masuk air dan juga rantai kendur. Solusinya pasang visor pada head lamp dan rantai tu boleh potong 1 - 2 mata dan masalah itu selesai. Untuk engine pula dikatakan boleh bertahan 4-5 tahun tanpa masalah cuma ada sedikit kes dimana Demak DZM200 (kembar skyline) ada masalah gearbox pada tahun ke-4. Owner pun masih berpuas hati kerana sepanjang 4 tahun tiada masalah cuma tahun ke 4 sahaja baru rosak gearbox, kira handal la buatan tempatan ini.

Product Aftermarket


Yamaha FZ150i memenangi tempat pertama untuk product aftermarket. Hehehe... memang banyak wey. Macam-macam ada. Nak convert jadi sportbike pun boleh, cuma sarung set Yamaha R15. Bahagian Engine terasa terbuka boleh sarung fairing agar tertutup sedikit. Seat boleh tukar seat R15 yang lebih sporty. Mudguard belakang pun boleh tukar. Itu baru bab kosmetik... hehehe.. Bab performace pun banyak juga taw. Nak laju sikit boleh tukar ECU Uma racing ada, Tune Boss ada, Nak upgrade engine semua ada. Memang berbaloi pembeli yang nak pakai FZ dan bercita-cita nak upgrade nanti.

Siap ada jual kat Mudah lagi... nice kan


Untuk brand Modenas, setakat ini tidak banyak product aftermarket kerana masih bukan motosikal yang famous. Untuk akan datang mungkin product-product dari India boleh dibawa masuk.

Brand Demak dan KTNS, huhuhu.. sorry to say but memang tiada product aftermarket untuk brand tidak femes. So, sama ada custom sendiri atau pakai la standard kilang. hehehe...

Buat kemasan macam ini sudah nice

Resale Value


Resale value adalah amat penting kepada mereka yang ingin menjual semula motorsikal mereka dan nak beli motosikal yang lebih besar... nak upgrade motor nanti boleh la jual moto lama dan buat duit muka untuk beli motor baru..

Yamaha FZ150i lah yang juga menyerlah untuk RV nanti. Demand yang tinggi dan kualiti yang baik, rakyat malaysia akan berminat untuk membelinya walaupun used bike.

Modenas RS200 dan NS200 masih tidak diketahui lagi kerana motosikal ini masih baru dipasaran. Untuk Demak dan KTNS pula akan mengalami kejatuhan RV kerana permintaan yang kurang untuk jenama ini. Kesian - kesian... hehehe

Performance

Peformance atau perestasi menjadi satu bab penting kepada pencinta kelajuan. Modenas Pulsar RS200 dan NS200 memiliki 24hp dan menjadikan ianya paling laju didalam kelas budget. Topspeed dikatakan mampu untuk dapat 150 kmh *tukar sproket boleh dapat 160 kmh katanya.

Yamaha FZ150i pula memiliki 16hp dan mampu mencapai kelajuan 130 kmh *tukar sprocket boleh dapat 140 kmh katanya. Tetapi anda pencinta kelajuan jangan kecewa dulu dengan FZ sebab performance product aftermarket banyak sangat. hehehe... tukar macam2 boleh power der.. silap2 boleh saing-saing motosikal 250cc. FZ150i saya boleh katakan motosikal slow yang berpontensi besar.

Demak Skyline 200 pula memiliki 14.5 hp dan mampu memecut kelajuan 150 kmh mengikut bacaan meter motorsikal.... WOW kan... hahahha tetapi bacaan gps hanyalah 130 kmh sahaja... Topspeed sama sahaja dengan FZ150i.


Of the budget but affordable 


Honorable mention juga untuk model streetbike/sportbike up sikit dari kelas bajet but still affordable (harga mungkin tidak tepat) :

1. Naza Blade GTR 250              - RM 14,000
2. Naza N5R (250cc)                   - RM 14,000
3. Modenas Pulsar Dominar 400 - RM 16,000
4. Kawasaki Z250SL                   - RM 15,000
5. Kawasaki 250SL                     - RM 18,000
6. Kawasaki Z250                       - RM 18,000


Ulasan

Catat Ulasan

Artikel Lain