Demak Skyline 200 pilihan hati?

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ini saya kerja di area KL. Motosikal menjadi satu keperluan saya untuk bergerak dari Puncak Alam ke KL. Drive kereta sangat tidak ekonomi, kerana kos minyak, tol, masa dan maintainance tinggi. Maka sudah sampai masa untuk saya beralih kepada motosikal semula~







Sebelum ini saya pakai Yamaha 135LC v1. huhuhu... barai lama dah. Senang cakap dah tidak reliable lagi untuk pakai. Setiap kali rosak akan menelan belanja sehingga RM 1K. So... saya nak berubah selera kepada Street Bike pula.

Demak Skyline 200 pilihan hati?



1st time dengar Demak Skyline ney memang tak pandang pun. Brand 'Demak' tak lah hebat mana. Tetapi selepas jumpa Demak Skyline 200 terus jatuh hati. Lawa der motorsikal ney.

Setakat ini ade 3 variasi Skyline :

Demak Skyline 200 v1 - (RM 5880) ,Exhaust D tech 
Demak Skyline 200 v2 - (RM 5880) ,Exhaust pendek *bunyi padu
Demak Skyline GT250 - (RM 8780) ,Engine 250cc 

Sekarang ini harganya terlalu menarik untuk dibeli. Design Lawa, harga yang murah... what more you want? hehehe... mesti anda tertanya-tanya topspeed kan?

Topspeed motor ini agak mengecewakan untuk engine bercapacity 200cc kerana engine ini adalah engine basic... Masih gunakan system carburator, Penyejuk Udara... kuasa yang diahasilkan juga rendah iaitu 14.5 hp dan 15 Nm tork. Topspeed gps dalam 130 kmh dan bacaan meter 150 kmh.

Mostly pembeli motosikal ini hanya tertarik pada Design dan mengenepikan Topspeed. 

Mari kita lihat designya secara dekat..


Dari design headlamp ia seakan-akan motosikal Kawasaki Z800 *seakan tapi bukan sama. Kemasan yang menari. Signal lamp pada coverset so nampak blend in design. Brek disc dengan dual piston calipers (Y15ZR pun single piston). Memang menarik.


Design Tail lamp pula seakan-akan Ducati Panigale seperti gambar dibawah. Sangat nice.


Design keseluruhan memang cantik. Bahagian Engine nampak penuh walaupun engine kecil 200cc/250cc sahaja. Design seat pembonceng selari dengan handle bar nampak balance dan symmetrical design. Design split seat penunggang dan pembonceng nampak premium.


Perbandingan design dengan motosikal sekelasnya dipasaran.

Modenas Pulsar NS200


Yamaha FZ150i

SYM T2

Seterusnya berkenaan penggunaan jangka masa panjang... Ramai pengguna Demak Skyline 200 berpuas hati dengan kualiti motosikal ini cuma ada beberapa masalah seperti rantai cepat kendur, meter masuk air. Masalah gearbox pecah tiada dalam variasi skyline tetapi kes ini ada pada Demak DZM 200.. (kembar skyline).

Berkenaan sparepart? ye motor ini rare dipasaran... so sparepart mostly susah dapat di bengkel-bengkel biasa tetapi Demak ini kilangnya di Malaysia. Tiada masalah untuk dapatkan spare part cuma kena order dulu la dari kilang.

Akhir kata...

Sebenarnya minat dihati nak Modenas Dominar 400 (RM 15k), tapi apa kan daya duit tiada bro.... kita niat nak jimat2 pakai motosikal so kenalah ambil yang murah asal boleh bawa pergi kerja KL. Bukan nak merempit laju-laju tetapi sekadar selesa la dari moto kapcai...

Dah boring nak beli kapcai lagi. Yamaha 135LC pun RM 7k... so... macam tak berbaloi pula nak beli kapcai yang slow (12hp) dan fuel tank kecil.

sebarang perkongsian boleh komen dibawah :)

hopefully owner Demak Skyline boleh bagi sedikit review atau kisah pengalaman dengan Demak Skyline 200

Ulasan

  1. Aku mmg pakai demak ni..Ok dan sgt berpuas hati bro.. really recommended

    BalasPadam
  2. Ok dh klu nk lju2 up cc n brand mto sy dh guna 2 jenis brand demak dzm n skyline tu pun 200cc je

    BalasPadam
  3. Saya Tengah Cari spare part untuk enjin bahagia clucth bosh Mana nak Cari ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah da nk cri spare part saya still pakai lagi demak skyline ade pun limited tggu masa spare part da x de sadai je la nak cri search je kat shopee

      Padam
    2. susah da nk cri spare part saya still pakai lagi demak skyline ade pun limited tggu masa spare part da x de sadai je la nak cri search je kat shopee

      Padam
    3. susah da nk cri spare part saya still pakai lagi demak skyline ade pun limited tggu masa spare part da x de sadai je la nak cri search je kat shopee

      Padam
    4. susah da nk cri spare part saya still pakai lagi demak skyline ade pun limited tggu masa spare part da x de sadai je la nak cri search je kat shopee

      Padam
  4. Yaa broo.. Tpi sya pakai dtm 200..ingin untuk d lowered kn hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain