3 Tips untuk berjaya dalam medan dakwah

Pernahkah anda menegur kesilapan sahabat tetapi akhirnya mereka membenci anda? Kita cuba  membantu mereka untuk berubah kepada yang baik tetapi dengan cara yang salah, kita menyebabkan mereka lebih jauh dibelenggu kesilapan. Mari kita lihat Tips untuk berjaya dalam medan dakwah.



Tips untuk berjaya dalam medan dakwah


Apa itu dakwah dan tuntutanya sudah saya cerita pada artikel lepas. Boleh click disini untuk lebih lanjut. Kali ini saya ingin kongsikan tips untuk berjaya dalam menyampaikan dakwah.



1. Keperibadian pendakwah sebagai model dakwah

Sebelum berdakwah kita mestilah pastikan kita mempunyai ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin disampaikan. Bukan bermakna kena pakar dalam semua perkara seperti ustaz atau mufti.. Maka hendaklah menutut ilmu daripada orang yang lebih arif seperti Ulamak dan Ustaz atau pun sedikit kajian daripada pembacaan buku ilmiah atau laman sesawang yang dipercayai.

Seterusnya, hendaklah berakhlak dalam menyampaikan dakwah. Bererti hendaklah kita meyampaikan dengan penuh hati-hati sesuai dengan individu tersebut. Jika individu tersebut jenis yang lembut hatinya, maka tegurlah dengan cara yang lembut agar tidak mengguris hatinya.

Didalam proses ini, kita mestilah bersabar dengan individu yang kita sampaikan. Untuk mencapai kepada perubahan dan penerimaan dakwah, individu tersebut kena melawan nafsu dirinya dan juga bisikan syaiton maka hendaklah kita menjadi pemudah cara dalam membantunya. Cara yang memaksa dan terburu-bur menyebabkan mereka membenci kita seterusnya menjauh daripada kita.

Bersifat benar dalam menyampaikan adalah elemen penting didalam dakwah. Untuk menyampaikan kebaikan mestilah dengan kebenaran. Jika terdapat tipu helah, kita semakin sukar untuk berdakwah kerana mereka sudah tidak mempercayaai kita lagi.



2. Kefahaman yang mendalam tentang isi dakwah yang hendak disampaikan.

Membuat kajian dan pembacaan tentang isi dakwah yang ingin disampaikan agar mencapai kefahaman yang baik. Persiapan yang lengkap dalam pengisian dakwah memyebabkan individu yang menerima dakwah lebih faham dan memudahkan penerimaan.

Jika ada perkara yang tidak pasti atau tidak tahu, segeralah bertanyakan pada guru atau mencari jawapannya didalam pembacaan bahan ilmiah. Tunjukkan kesungguhan bahawa walaupun kita tidak tahu, tetapi masih berusaha untuk menyampaikannya dengan baik.



3. Kefahaman yang mendalam tentang selok-belok sasaran dakwah seperti psikologi mereka, kebudayaan, kepercayaan, keadaan sosial dan kemampuan berkomunikasi mereka.

Sebelum menyampaikan dakwah pada sasaran kita, hendaklah kita memerhati dan mengkaji latar belakang individu tersebut. Mesti mengetahui secara asas tentang persekitaran mereka agar kita tidak terburu-buru menyalahkan sasaran kita atas kesilapan dan kelemahan mereka.

Persekitaran dan latar belakang memberi pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kita ambil contoh individu yang tidak menutup aurat. Disebabkan latar belakang keluarga yang tidak mementingkan agama, ibu bapa yang sama juga tidak sempurna tutup aurat mereka bahkan tidak mendidik anak-anak dalam beragama dan juga persekitaran mereka seperti kawan-kawan yang juga tidak menutup aurat menjadi pengaruh besar untuk dia juga tidak menutup aurat. Hal ini kita tidak boleh menyalahkan mereka secara melulu sebaliknya kita menjadi pemudah cara untuk mereka berubah kearah lebih baik.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca..

sebarang perkongsian boleh komen dibawah :)

Ulasan

Artikel Lain