Modenas Pulsar RS200 - Journey up to 35,000 km mileage (Episode 3)

Assalamualaikum

Setelah saya menggunakan Modenas Pulsar RS200 selama 1 tahun 6 bulan dan lebih 35,000 km mileage, saya ingin kongsikan pengalaman susah dan senang dengan Jentera ini. Ini adalah sambungan daripada episode 1 (Click disini) dan episode 2 (Click disini) yang lepas.


1. Porting Throttle Body, Intake dan Exhaust (30,000 km)

Porting ini besarkan 3 saluran iaitu throttle body,  intake head dan exhaust head. Porting throttle body untuk besarkan laluan angin masuk untuk dicampurkan bersama bahan api daripada injector. Porting exhaust head juga untuk besarkan laluan asap exhaust keluar daripada engine.

Porting dengan brader Waen
Porting intake head agak berbeza kerana bukan sahaja untuk besarkan laluan Air-Fuel mixture tetapi juga untuk membuat campuran Air-Fuel lebih baik. Terdapat lekuk pada intake untuk membuat air-fuel turbulence sebelum masuk ke kebuk pembakaran. Ini menjadikan pembakaran lebih baik, dan meningkatkan power engine. (Teori)

R&D porting ini telah diuji diatas mesin Dyno dengan peningkatan daripada 24 hp sebelum porting kepada 27-28 hp selepas membuat porting. 14% peningkatan kuasa kuda (horse power) dengan hanya buat porting.

2. Tukar tayar belakang ke saiz asal 130/70 (31,000 km)

Sebenarnya sayang lagi tayar Corsa S123 sebab baru je pakai tetapi dah tak larat nak guna tayar besar dan berat ney. Kalah dengan Ysuku je kat Highway sebab acceleration lambat~


So, saya cuba try test Corsa R93 Platinum 130/70 (saiz standard kilang). Tayar ini jenis medium-soft compound, medium compound ditengah dan soft compound ditepi menjadikan sesuai untuk hypersport touring. Lebih kilometer untuk jalan lurus dan masih mantap ketika selekoh mengasah lutut.

Perbandingan performance rating tayar.
Well, Tayar R93 taklah sehebat mana berbandingan R99, R26 dan R46 tetapi sesuai untuk rider yang nak value to money. Performance ade, Mileage Jauh, Cornering mantap dan harga mampu milik berbanding brand lain.

3. Topspeed cecah 172 kmh (32,000 km)

Alhamdulillah kesan dari tukar tayar saiz asal yang lebih ringan dan peningkatan kuasa daripada porting, saya sekali lagi membuat Topspeed test dengan GPS.


Waktu ini sebenarnya tak sesuai nak buat topspeed test kerana banyak kenderaan lain di atas highway. Ini pun percubaan kali ke 3.

4. Topspeed cecah 174 kmh -cutoff- (35,000 km)

Setelah sekian lama tak speeding sebab jarang naik motor waktu hujan. Kali ini test dengan rider lain on the way to Senawang.


Video diatas ini real time dari BHP Sg. Besi ke Exist Tol Senawang. Nak yang short video boleh tengok video 3 min dibawah :


Akan datang?

Saya target selepas ini nak pakai after market exhaust semula dengan piping 38mm (1.5 inch). Itu pun bergantung pada budget saya kerana currently suspension mono-shock belakang sudah bocor... Huhuhuhu... Insha'Allah saya akan kongsikan dalan article akan datang.

Sekian.

Ulasan

  1. lepas tukar exzos aritu speed sy drop 148 dah cut off..sbb ape ye? dan apa ptt sy buat?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain