Modenas Pulsar RS200 - Journey up to 35,000 km mileage (Episode 2)

Assalamualaikum

Setelah saya menggunakan Modenas Pulsar RS200 selama 1 tahun 6 bulan dan lebih 35,000 km mileage, saya ingin kongsikan pengalaman susah dan senang dengan Jentera ini. Ini adalah sambungan daripada episode 1 (Click disini) yang lepas.


1. Major Service (20,000 km)

Genab mencecah 20,000 km mileage Pulsar RS200 mesti buat major service seperti (berdasarkan buku manual penguna) :
1. Change Air filters
2. Flush liquid coolant
3. Engine Oil
4. Engine Oil Filters
5. Spark Plug
6. Check/Change Sprocket and Chain set (saya dah tukar semasa 18,000 km)



Service di Bengkel Aizad Mobile Service, Gombak

Selepas major service ini memang terasa performance macam baru keluar kilang. Engine rasa betul-betul ringan mungkin sebab air filter dan spark plug baru.

2. Topspeed mencecah 170 kmh (21,000 km)

Alhamdulillah berkesempatan untuk buat video Topspeed 170 kmh dengan Camera baru (Eken H9R). Memang berpuas hati sebangai pengguna Pulsar RS200 mampu bersaing dengan motor-motor 250cc yang lebih berkuasa.



Boleh click disini untuk recipe Topspeed 170kmh~

3. Fork bocor (26,000 km)

Semasa ride saya perasan bahawa handling agak sedikit pelik daripada kebiasaan. Bila saya check telah didapati fork sebelah kiri telah bocor sedikit (getah sealant reput).

Alhamdulillah bukan la masalah yang kritikal, saya masih guna untuk pergi kerja selama seminggu sebelum dihantar ke Service Centre, Subang. Terpaksa tunggu seminggu sebab Que booking dan ini pun pada hari bekerja (minta cuti half-day)

Repair Fork di SC, Subang
Repair fork di Service Centre mengambil masa lebih kurang 2 jam. Selepas itu, Handling motor saya kembali mantap seperti dulu~ Alhamdulillah.

4. Fuel Consumption (27,000 km)

Saya cuba buat test fuel consumption setelah lama guna jentera ini dengan tambahan pula sprocket ratio yang berat. Alhamdulillah full tank petrol (11L excluding reserve 2L) boleh mencapai 355 km bersamaan dengan 32.2 km/l dengan kelajuan 120-140 kmh.


Masih boleh dikatakan jimat petrol walaupun setiap hari membawa dalam kelajuan tinggi.

5. Tukar tayar belakang (29,000 km)

Tayar belakang MRF standard kilang sudah sampai waktu untuk ditukar. Kira nice juga mileage 29,000 km baru habis bunga tayar, cumanya tayar MRF std kilang tidak berapa grip terutamanya ketika jalan basah. Ketika kering, grip boleh dapat jika tayar ini dah warm-up dulu.

Corsa S123
Saya memilih Corsa S123 (hard compound) kerana harganya mampu milik dan performance yang lebih baik daripada Tayar MRF. Ketika ini satu kesilapan yang saya buat, saya pilih tayar saiz 150/60. Serious menyesal sebab berat sangat. Torque drop, Topspeed drop, Agility drop disebabkan rotational inertia daripada tayar belakang yang berat



Mungkin sesetengah orang nak tayar besar nampak hensem sikit, acah-acah big bike. Tapi untuk saya yang mengutamakan performance, memang menyesal la~ huhuhu... nak dapat 160 kmh pun lambat sebab slow acceleration paling tinggi pun cecah 168 kmh (satu kali je pernah).

Bersambung episode seterusnya (Click disini)..... 

Ulasan

  1. Your Affiliate Money Printing Machine is ready -

    And making profit with it is as simple as 1 . 2 . 3!

    Follow the steps below to make money...

    STEP 1. Input into the system which affiliate products the system will promote
    STEP 2. Add some PUSH BUTTON traffic (this LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. Watch the system explode your list and upsell your affiliate products all by itself!

    Do you want to start making money?

    Click here to start running the system

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain