Dominar 250 : Cruiser starter bike?

Assalamualaikum

Khabar daripada India mengatakan bahawa Bajaj Dominar 250 sedang diuji di atas Highway sana. Dominar 250 adalah jentera downgrade daripada Dominar 400 yang masih membawa design yang hampir sama.

Dominar 250 mungkin akan dikuasakan engine 250 yang berasal daripada Duke 250. Anggaran kuasa pada 27-30 hp dan 23 Nm tork.

Perkara yang menarik pada Dominar 250 ialah ia mendapat Upside down (USD) fork hadapan dan 2 channel ABS yang tidak dapat pada model Pulsar. Ini menjadikan Dominar 250 sebuah pakej yang baik untuk dimiliki.

Design keseluruhan hampir sama dengan abangnya Modenas Dominar 400 tetapi dengan sedikit perbezaan seperti swing arm yang lebih kecil dan ringan dan dual muffler exhaust system yang lebih sporty. Diharapakan Dominar 250 mendapat pengurangan berat badan jentera yang akan menjadikan handling lebih lincah semasa di selekoh-selekoh.

Dual Muffer tu nampak hensem.

Cruiser starter bike?

Saya boleh cakap ia adalah pilihan yang bijak untuk cruiser starter bike. Engine yang telah diturunkan kepada kapasiti 250cc menjadikan mudah untuk dimiliki oleh rider yang masih berlesen B2.

Harga Dominar 400 dipasaran lebih kurang RM 14,600 dan saya menganggarkan Dominar 250 berkemungkinan berharga sekitar RM 12,000.

Cumanya belum pasti Modenas akan membawa masuk model ini atau tidak~


Ulasan

  1. According to Stanford Medical, It is indeed the SINGLE reason this country's women live 10 years more and weigh 19 KG lighter than we do.

    (By the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret exercise and absolutely EVERYTHING related to "HOW" they eat.)

    BTW, I said "HOW", and not "WHAT"...

    TAP on this link to uncover if this quick questionnaire can help you find out your real weight loss possibility

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain