Assalamulaikum
Disebabakan pelancaran Kawasaki Ninja ZX-25R (2019) pada 23 Oktober yang lepas, saya ingin kongsikan motorsikal model generasi sebelum ini iaitu Kawasaki Ninja ZX-2R atau nama nama lain Kawasaki Ninja ZXR250. Mari kita kenali 'origin' Superbike 250 ini.
Kawasaki Ninja ZX-2R / ZXR250
Model Ninja ZX-2R (ZXR250) seperti gambar diatas adalah keluaran tahun 1991-1999. Walaupun model ini hanya 250cc sahaja tetapi spesifikasinya hampir setanding dengan Supersport 600cc.
Dual disc brake dengan dual piston caliper untuk brek hadapan. Fork hadapan jenis 'Up-side down' (USD Fork) yang boleh dilaras untuk bound/rebound/compression/spring rate. Dengan spesifikasi sebegini menjadikan Ninja ZX-2R ini sangat mantap dari segi 'handling' setaraf motorsikal Supersport
Engine 250cc paling berkuasa
Menggunakan engine Dual OverHead Camshaft (DOHC), 4-lejang, 4 silinder (4 valve setiap silinder) dan 16-valve bersesaran 249cc (Bore 49 x Stroke 33.1) menghasilkan kuasa kuda sebanyak 45hp pada 15,000 rpm dan tork sebanyak 24.5 Nm pada 11,500 rpm. Maximum rev 19,000 rpm (cutoff). Kuasa sehebat ini telah menjangkau KTM RC390/Duke390 (373cc) yang cuma 43hp dan hampir kepada Honda CBR500R (471cc) dengan kuasa 49hp.
Topspeed
Jadi berapa topspeed yang boleh dihasilkan dengan dengan engine yang sangat berkuasa ini? Mari saksikan :
Topspeed mencapai 200 kmh (meter) pada 16,000 rpm. Belum cutoff lagi tuuu~ (cutoff 19,000 rpm)
Laju Bhai~
Mungkin owner/rider sayang motor dia dan tak nak full throttle sampai 19,000 rpm
Kelemahan
Ada beberapa kelemahan motorsikal ini ataranya ialah engine. Dengan saiz piston/bore yang cuma 49mm hampir sama dengan Yamaha Lagenda (50mm), saiz valve yang digunakan terlalu kecil untuk 'high performance' rev sehingga 19,000 rpm. Even Yamaha Lagenda hanya 2 valve dan cutoff 8,500 rpm.
Hal ini menyebabkan valve sering 'putus' apabila engine sering di kerah untuk high rev. Engine ini memang performance terbaik dalam kelas 250cc tetapi jika maintain long distance speed akan menyebabkan kerosakkan engine. Soal endurance dan ketahan agak kurang.
Maintenance juga perlu sering dilakukan untuk 'valve clearance' setiap 15,000 - 20,000 km mileage untuk performance yang terbaik.
Akhir kata
Untuk Kawasaki Ninja ZX-25R yang baru ini diharapkan dapat disertakan engine yang lebih tahan lasak dan tidak manja seperti model ZX-2R sebelum ini.
Kawasaki telah membuktikan mereka boleh membuat motorsikal yang hebat seperti Kawasaki Ninja H2 yang berteknologi 'supercharger'. Andai teknologi 'supercharger' dibawa kepada kelas 250cc mesti menjadi sebuat lagenda baru untuk masa depan.
Engine 2-silinder, 8-valve dengan supercharger. Tork dapat pada seawal 3,000 rpm sehinggalah ke top end. Pasti lebih hebat dan tahan lasak. Secara teori dengan engine Ninja 250 (2019) sedia ada dengan kuasa 39hp boleh boost sehingga 45hp dengan supercharger. Tapi mungkin downside ialah bunyi yang dihasilkan tidak sehebat 4-silinder ala2 Superbike.
Disebabakan pelancaran Kawasaki Ninja ZX-25R (2019) pada 23 Oktober yang lepas, saya ingin kongsikan motorsikal model generasi sebelum ini iaitu Kawasaki Ninja ZX-2R atau nama nama lain Kawasaki Ninja ZXR250. Mari kita kenali 'origin' Superbike 250 ini.
Kawasaki Ninja ZX-2R / ZXR250
Model Ninja ZX-2R (ZXR250) seperti gambar diatas adalah keluaran tahun 1991-1999. Walaupun model ini hanya 250cc sahaja tetapi spesifikasinya hampir setanding dengan Supersport 600cc.
Dual disc brake dengan dual piston caliper untuk brek hadapan. Fork hadapan jenis 'Up-side down' (USD Fork) yang boleh dilaras untuk bound/rebound/compression/spring rate. Dengan spesifikasi sebegini menjadikan Ninja ZX-2R ini sangat mantap dari segi 'handling' setaraf motorsikal Supersport
Engine 250cc paling berkuasa
Menggunakan engine Dual OverHead Camshaft (DOHC), 4-lejang, 4 silinder (4 valve setiap silinder) dan 16-valve bersesaran 249cc (Bore 49 x Stroke 33.1) menghasilkan kuasa kuda sebanyak 45hp pada 15,000 rpm dan tork sebanyak 24.5 Nm pada 11,500 rpm. Maximum rev 19,000 rpm (cutoff). Kuasa sehebat ini telah menjangkau KTM RC390/Duke390 (373cc) yang cuma 43hp dan hampir kepada Honda CBR500R (471cc) dengan kuasa 49hp.
Topspeed
Jadi berapa topspeed yang boleh dihasilkan dengan dengan engine yang sangat berkuasa ini? Mari saksikan :
Topspeed mencapai 200 kmh (meter) pada 16,000 rpm. Belum cutoff lagi tuuu~ (cutoff 19,000 rpm)
Laju Bhai~
Mungkin owner/rider sayang motor dia dan tak nak full throttle sampai 19,000 rpm
Kelemahan
Ada beberapa kelemahan motorsikal ini ataranya ialah engine. Dengan saiz piston/bore yang cuma 49mm hampir sama dengan Yamaha Lagenda (50mm), saiz valve yang digunakan terlalu kecil untuk 'high performance' rev sehingga 19,000 rpm. Even Yamaha Lagenda hanya 2 valve dan cutoff 8,500 rpm.
Hal ini menyebabkan valve sering 'putus' apabila engine sering di kerah untuk high rev. Engine ini memang performance terbaik dalam kelas 250cc tetapi jika maintain long distance speed akan menyebabkan kerosakkan engine. Soal endurance dan ketahan agak kurang.
Maintenance juga perlu sering dilakukan untuk 'valve clearance' setiap 15,000 - 20,000 km mileage untuk performance yang terbaik.
Akhir kata
Untuk Kawasaki Ninja ZX-25R yang baru ini diharapkan dapat disertakan engine yang lebih tahan lasak dan tidak manja seperti model ZX-2R sebelum ini.
Kawasaki telah membuktikan mereka boleh membuat motorsikal yang hebat seperti Kawasaki Ninja H2 yang berteknologi 'supercharger'. Andai teknologi 'supercharger' dibawa kepada kelas 250cc mesti menjadi sebuat lagenda baru untuk masa depan.
Teknologi Supercharger Ninja H2 |
Ulasan
Catat Ulasan