Antara sebab tak berbaloi beli Yamaha 135LC

 Assalamualaikum guys..
Entry lepas saya ada menghuraikan 'Berbaloikah beli Yamaha 135LC ?' (click link disini) dan kali ini saya akan kemukakan antara sebab tidak berbaloi untuk beli Yamaha 135LC pada zaman ini.

Antara sebab tak berbaloi beli Yamaha 135LC ialah :

1. Technology out-dated 

Sistem engine masih pakai carburator dan CDI sangat out-dated pada zaman ini. Ye memang tak dinafikan mudah untuk diselenggara tetapi ianya tak fair berbanding model bawahan seperti Yamaha Lagenda 115zr sudah menggunakan sistem Fuel Injection. Even brand lain seperti Honda Ex5 FI, Honda Future FI, Honda wave dash FI.... So sad untuk motor yang harga RM 6-7 ribu tapi masih guna teknologi kuno. :(

Carburator Yamaha 135LC

Even moto yang lebih murah dah ada Fuel Injection

Yamaha boleh bagi FI pada Lagenda

Penggunaan teknologi sistem Fuel Injection akan menyebabkan engine lebih efficient atau kata lain lebih jimat minyak. Walaupun saiz tanki minyak kecil (4 L), dengan penjimatan minyak yang bagus dapat meningkatkan jarak perjalanan. Dan kita sudah berada di zaman yang terlalu banyak pencemaran, jadi kita mesti pilih kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle, EEV). 

2. Facelift yang tak banyak beza

Bila kita lihat dan beza dengan model v1 dahulu dan v2 banyak mengalami perubahan dan juga spesifikasi motorsikal. Boleh rujuk entry sini. Tetapi selepas model v2 dan seterusnya hanya ada perubahan yang sangat sedikit. 






Hahaha.. ada juga yang tak suka dengan perubahan signal capang. Actually signal capang tu requirement zaman sekarang ini. UN R53 mula dilaksanakan pada tahun 2012.


Boleh lihat jadual seperti diatas, Direction indicator lamp mesti terasing daripada lampu utama (UN R53). Berbanding C & U 1959, tak perlu untuk asingkan signal sebab itu motorsikal lama tak perlu untuk asingkan signal dengan lampu utama.

So, bab signal capang tu tak boleh kondem pun~ tak suka sila modi...

3. Sudah tiada versi Extreme Spirit

Versi Extreme Spirit yang memiliki 5-speed clutch tangan, brake disc belakang dan saiz rim lebih lebar sudah tidak dikeluarkan lagi, dan versi standard tidak diupgrade. At least bagi brake disc belakang menggantikan brake drum.

Extreme spirit adalah versi premium untuk 135LC. Boleh lihat seperti gambar diatas perbezaan Extreme Spirit (kanan) dengan Super Sport (kiri). 
1. Dual piston brake caliper brake disc untuk depan
2. 5-speed dengan clutch tangan
3. Single piston caliper brake disc untuk belakang
4. Tayar belakang lebih lebar, saiz 100/70

Yamaha 135LC memang dianak tirikan oleh Hong Leong Yamaha kerana model Y15ZR diberi keutamaan~

Konklusi

Lebih baik kumpul duit sikit untuk beli Moped 150cc yang lain walaupun lebih mahal tapi lebih lebih berbaloi. Kalau anda sanggup menunggu, boleh la tunggu kemunculan Yamaha 135LC versi Fuel Injection. 
Yamaha Spark 135i (Thailand)
Even di Thailand model v1 dah ada versi Fuel Injection (Spark 135i), cuma Hong Leong Yamaha sahaja kedekut nak upgrade untuk pasaran Malaysia. So untuk masa sekarang tak berbaloi nak beli Yamaha 135LC yang masih menggunakan spesifikasi kuno :(

So... ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju dengan pendapat aku~ hahaha... cumanya harap2 Hong Leong Yamaha buat facelift versi Fuel Injection + VVA ke kan... hahaha... padu LC ade VVA boleh saing2 Ysuku...

Ulasan

  1. kenapa Malaysia selalu ketinggalan berbanding dgn Thai & Indon dalam bab kereta dan motosikal ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan sebab tertinggal terutama motor keluaran yamaha..tapi mereka bijak dalam pemasaran..citarasa rakyat malaysia..ramai tidak setuju tapi tetap beli dan sokong..so disitu yamaha nak keluarkan terutama LC masih spec yang sama sebab mereka tahu rakyat malaysia tetap akan beli..so any happen dari anda sendiri..nak terus sokong atau tidak..sekdar cemuh disini tak da fungsi pun..sebab mereka tidak akan dengar..kita yang pi report itu ni pun mereka buat tak tahu ja,,ni kan isi macam ni,. buat derrkkk jer la..nasib saya tak sokong produk yamaha..sebab tahu marketing mereka macam mana..cuba anda semua boikot atau tidak membeli produk mereka..confirm more 100% mereka akan gelabah beruk laa..tapi itu lah rakyat malaysia kan..sekadar cakap saja laa..buat tidak!..hakikatnya!

      Padam
  2. Salam bro, nk tanya 2 soalan , saya ada 135lc 2nd model thn 2008,
    1. Apa jadi kiranya CDI rosak?
    2. Apa jadi, kiranya ragulator rosak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rosak ganti barulah bro sparepart ada jual bukanya tk da..

      Padam
  3. Block lc Jeni's pakai buang mcm lampin....kos pun tinggi...
    Ex5 je teerbaik... Boleh potong & guna semula berpuluh2 Kali...

    BalasPadam
  4. sebab Malaysia business minded, sengaja jual motor spec rendah dulu..nanti dah capai target (katalah 100 ribu buah jualan), barulah kasi up spec (100 ribu lagi jualan)...hahahah..so 1 model motor dapat double sale.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup yg ni aq stuju...dorg sbrnya tau jr ap yg rakyat malaysia ni nk tp sngaja dorg lewatkn idea yg dtg dri rakyat malaysia ni...kita xtau mungkin injection nti akan ade design baru...

      Padam
  5. Alahai...ingat nak ambik lc..tukar fikiran pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun teknologi out of date. Lc sekarang ni masih lagi laju, minyak agak jimat, maintenance senang DIY,spare part bersepah. Nak beli moto cari yg berkualiti, jenis ramai pakai baru betul.duit masing2. Selera lain2. Ikut lah nak beli apa pun.

      Padam
    2. Setuju dgn pendapat saudara. Poket dan minat masing²

      Padam
  6. kalau di ikut spec mmg ler lc ni ketinggalan teknologi pembakaran...tapi maintenance kos yg jadikan lc masih laku..kalau anda ade selidik dgn rakan2 yg memakai y15,rs150r ataupon ex5 fi..yg sudah di guna pakai 2,3 tahun...sensor dan wire harness sering rosak...kos modi lagi lah mandi..kesimpulannya kalau nak pakai..carikla 250cc ke atas..laju dan tahan lasak...kalau 150cc harge dlm 10k ni...carb dan cdi jugak yg mudah...anta kedai pintu papan pon boleh repair

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup aq da pkai 6 thun lc v3 std xpnah trun enjin...bnda yg asas je jga minyak itam,oil filter,air filter(kdg2),coolant(sthun skali flush dlm still ade baki)...minyak kalau bwk bwh 100 still jimat...tp skrg pn nk letgo dh sbb moto bru lpas restore eksiden...da hilang smngt hehe

      Padam
  7. Setuju, memang ketinggalan zaman kalau nak banding dengan honda.

    BalasPadam
  8. Versi v1 ada, tpi Thailand mari pnya. Tak sampai Malaysia.

    BalasPadam
  9. Sbrnya mmg nmpk design semua lbh kurang tp yg guna lc bleh tau perbezaan dia...dri segi luaran aje la...dn utk dgn peredaran zaman ni aq xpelik pn kalau bdak2 pilih ysuku...kalau kita brada kat generasi dorg ni pn kemungkinan kita akn pilih ysuku...sdgkn aq sblum bli lc ni pn aslnya nk angkat suzuki belang tp hajat xkesampaian sbb bulanan tinggi ckt...pokoknya duit masing2 kn...jenis nk jimat pkai la lc mmg jimat n nk lg jimat lagenda fi atau ex5,wave fi...kalau jenis suka design or ikut market pkai la ysuku atau rs..

    BalasPadam
  10. tp kalau pakai model 150cc dan ke atas mcm yamaha y15 atau honda rs150r atau seangkatan mc benelli rfs, sym 185 pn masalah jgk..walaupn ada fi,tayar besar,6 speed...start tendang x da...makna kalau beteri mati kena tunda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rs150r v1 ada start tendang..sy pkai skrg mmg berguna.

      Padam
  11. nak jimat minyak
    ex5 lg jimat std berbading lc std

    kalau y15 dgn rs 150
    sy pilih belang sbb belang ada eco fuel

    BalasPadam
  12. setiap motor ade kelebihan masing2....carb ke injec ke semua kena pakai petrol......kalau inject pakai air okay jugak hahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuu... Ikut laa citarasa masing2... Takyah laa cakap x releven... Kecewa nanti yang dah beli...bersyukur dengan rezeki yang diberikan

      Padam
  13. nk tnya sikit.sy nk beli moto antara LC135 atau LAGENDA115Z.ad idea ta yg mana satu lebih okay..sy ta tahu sgt tentang moto ni..boleh bgi idea dan sbb ^^terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagenda 115z ada break disc belakang dan sistem injection cuma tak da coolen dn cc lebih rendah berbanding lc135

      Padam
  14. So klu gune injection xde coolen pun xok kan?

    BalasPadam
  15. Nak tanya lah parents dulu belikan lc135 v2 clutch...skrg aq trpikir nk angkat moto idaman aq 125z/zr...klaw lc135 v2 djual rasa mcm rugi sbb tu limited edition dh xde skrg...moto lc pun bleh tahan panas lagi..tpi tringin nk pick 1 125zr...so ingt klaw gi keje bleh tukar² moto smingu 125zr 2x sbb kiat mkn minyk.. lc 4x...1 hari cuti..persoalannya berbaloi ke jual moto lc135 v2? Utk up 125z..atau simpn je lc..125 beli hrga lain

    BalasPadam
  16. lc135 v4 full tank boleh pg 200km

    BalasPadam
  17. Saya ada terfikir nak amik moto LC antara LC V7 atau LC V8 yang mana ok?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain