Yamaha FZ150i - Most Customizable bike in Malaysia Award

Assalamualaikum geng2 rider

Yamaha FZ150i antara motorsikal yang terbaik di Malaysia.... kenapa? Mari teuskan membaca :)




Yamaha FZ150i - Most Customizable bike in Malaysia Award


Sejarah Yamaha FZ150i

Yamaha FZ150i antara streetbike yang laris dipasaran sejak keluarannya yang pertama iaitu pada tahun 2007. Yamaha FZ150i ini merupakan peganti kepada Yamaha RXZ yang sekian lama mendominasi kategori streetbike sebelum itu.

Yamaha FZ150i generasi pertama
Walaupun FZ dikeluarkan dipasaran sebagai peganti RXZ, namun perbezaannya terlalu ketara dari segi performance. Rata-rata peminat kelajuan merungut FZ tidak laju seperti RXZ. Yes... Yamaha FZ150i dicipta bukan kerana untuk kelajuan tetapi untuk penjimatan bahan api dan mesra alam.

Berbanding dengan RXZ yang cuma 135cc iaitu lebih kecil tetapi ia mencemarkan alam sekitar kerana menggunakan sistem engine 2 lejang dan juga menggunakan bahan api yang agak banyak. Yamaha memperkenalkan sistem Fuel Injection pada model FZ150i (2007) bertujuan lebih mesra alam dengan penjimatan bahan api. Dan hasilnya pengguna Yamaha FZ150i dapat 1 isian penuh tanki minyak boleh mencecah 600 km dengan gaya tunggangan santai. Jimat terox guys...

Walau bagaimanapun, Yamaha FZ150i telah menerima pelbagai accessories aftermarket dari pelbagai sudut kelajuan mahupun sudut aesthetic dan kecantikan.

Sebelum pergi lebih lanjut. Saya akan memperkenalkan generasi Yamaha FZ150i

Generasi 1


Generasi 2

Generasi 3

Saya pecahkan beberapa Kategori Modifikasi untuk Yamaha FZ150i :


1. Street Bike / Street Fighter 

Modifikasi untuk kategori street bike atau street Fighter ini masih mengekalkan identiti Yamaha FZ150i iaitu Style Naked Bike... Mari kita lihat seperti dibawah :


Simple Naked touring bike by Abdullah Ishak

Street Fighter by Hamizan Farhan
by Muhd Asyman
Conversion M-slaz by Andi Farezky


2. Classic Bike / Cafe Racer

Kategori ini tidak ramai kerana bukan rider meminati classic design. Most of rider minat lagi future design, sharp and edgy. But thumbs up juga kepada yang modified kepada classic style.

Cafe Racer by Poket Sepet
FZ Boober kiriman Hazwan Hisham MH
by Nik Ridhauddin


3. Convertion to Kawasaki Z series (Naked Bike)


Disebabkan Kawasaki Z series masih sama dalam kategori Naked bike, simply tukar HeadLamp boleh jadi seperti z250.

Conversion Z250 by lintar_adhitya
Conversion Z250 by Mohamad Asri
Conversion like Z800 by Ethan Hans


4. Sport Bike

Dalam sportbike kategori paling mudah ialah convert kepada kembar FZ iaitu R15. Design Full Faring dengan DNA Yamaha R1 dan R6 memang sangat mantap. Untuk orang biasa akan cakap "Wow... SuperBike" hehehe.. Walaupun hakikatnya superbike untuk level 1000cc engine.

Yamaha R15 by Shahan Ismail

Yamaha R15 v2 by Muhammad Syawal

Conversion R25

Yamaha R15 v3 by Wellmax Foo

Thumbs up kepada semua rider-rider Yamaha FZ150i yang menjadikan motorsikal ini paling customizable bike in Malaysia. Dan saya nak share honorable mention dibawah ini kerana yang support saya untuk menulis entry kali ini... thanks guys :




































































 Kepada owner FZ yang photo dia tak masuk dalam blog saya, saya minta maaf sangat sebab terlalu banyak nak letak semua sekali. Dan juga terima kasih support blog nubis-nubis ini.

 Stay safe on the road guys :)

Ulasan

Catat Ulasan

Artikel Lain