Top 3 Motosikal StreetBike Bajet



Assalamualaikum rider-rider sekalian.

Sekarang ini, saya baru sahaja berpindah di area bandar (sebelum ini duduk kampung) kerana dapat tawaran kerja disana. Alhamdulillah.

Ye saya ada kereta sebagai pengangkutan utama sebelum ini tetapi disebabkan kerja di bandar, kesesakan lalu lintas melambatkan perjalanan pergi dan pulang kerja. Tambahan pula kos yang tinggi disebabkan sesak lalu lintas (minyak parok) dan juga kos Tol Lebuh Raya.

Rata-rata rakan sekerja menggunakan motosikal ke tempat kerja dan saya juga menunggang motosikal selepas mengira kos minyak, tol dan lain-lain.


Top 3 Motosikal 'StreetBike' Budget 


Saya nak kongsikan beberapa pandangan dan kajian saya tentang motorsikal 'StreetBike' terbaik dari segi harganya dan performance mereka.


1. Modenas Pulsar NS200


Modenas Pulsar NS200 atau dikenali sebagai Bajaj Pulsar NS200 adalah motor streetbike yang telah lama digunakan di India sebelum dibawa masuk ke Malaysia. Dengan Kualiti yang baik berdasarkan komen rata-rata pengguna di India dan juga di Malaysia, sebab itu saya meletakkan di tangga pertama.



Engine SOHC bersesaran 200cc dengan kuasa sebanyak 24.5 hp / kuasa kilas sebanyak 18.6 N.m dengan teknologi triple spark menjadikan motor sini agak laju untuk memecut dan memotong kenderaan lain di jalan bandar dan juga jimat minyak kerana bahan api terbakar sempurna dengan teknologi triple spark tersebut.



Design yang sangat mantap dan harga yang agak murah RM 9,222 menjadikan motosikal ini terbaik dipasaran.

2. Yamaha FZ150i


Terkenal dengan jenamanya 'Yamaha' merupakan motosikal yang berkualiti dan tahan lama (kurang kerosakan). Cuma agak kecewa kerana model ini sudah lama dipasaran luar dan di Indonesia sudah melancarkan peganti FZ150i dengan MSlaz.



Berbicara tentang Engine hanya bersesaran 150cc dengan kuasa sebanyak 16 Hp / kuasa kilas sebanyak 14.5 N.m bersesuaian dengan penunggangan bandar dan penjimatan minyak yang bagus. Tetapi bagi kaki pengubahsuai motosikal ini terdapat boleh pergi lebih jauh. Dari segi kelajuan? Tukar ECU sahaja memberikan prestasi yang memuaskan. Dari segi body boleh di convert kepada R15 yang nampak lebih sporty (jadi Sportbike).



Harga RM 9,156 dengan kualiti brand Yamaha dan ruang modifikasi yang besar menjadikan motor ini paling popular di Malaysia.


3. Demak Skyline GT250 / 200


Demak merupakan salah satu syarikat motosikal Malaysia (yeay). Rata-rata mengatakan motosikal Demak berkualiti baik. Saya sendiri membeli motosikial Demak EvoZr dan setakat ini saya akui ia adalah product motorsikal yang baik dengan harga yang murah. Cuma dari segi prestasi kelajuan motorsikal Demak agak kurang.



Untuk Demak Skyline terdapat 2 variasi iaitu Skyline 200 dan Skyline GT250. Untuk engine  (skyline 200) bersesaran 193cc dengan kuasa cuma 14.7 hp / kuasa kilas 14 Nm adalah agak lemah didalam kelasnya (kalah dengan FZ kowt). Engine 250cc pula memberikan kuasa sebanyak 16 Hp / kuasa kilas 17Nm.



Cerita bab design pula.... Ye saya jatuh hati melihat design Demak Skyline (Dua-dua sama design). Sekali tengok motorsikal ini macam motorsikal kawasaki pun ada. Body yang besar nampak gagah perkasa dengan lampu tail lamp ala-ala ducati. Sangat sesuai untuk orang yang bajet rendah tapi nak bergaya. Pilih warna hijau memang macam kawasaki. Merecek tengok.

Ye agak kecewa dengan kuasa engine tetapi dengan harga yang agak murah Skyline 200 - RM 5980 dan Skyline GT250 - RM 9,920. Honestly beli yang Skyline 200 pun dah okey.


Akhir kata pemilihan motorsikal hakikatnya mengikut cita rasa pengguna. Mahu harga murah tetapi selesa dan agak laju di Lebuh Raya? atau Mahu yang kelajuan dan sanggup membayar harga yang tinggi sedikit?

Untuk kelajuan dengan range harga bawah RM 10k saya akan beli Modenas NS200. Engine yang power dan jimat minyak sangat bagus dengan nilai harganya. Untuk penggunaan santai dan bergaya tetapi juga agak selesa serta murah harga dan prestasi lebih laju dari moto moped/kapcai saya akan beli Demak Skyline 200. (GT250 macam tak berbaloi better beli NS200). Untuk modified kelajuan dan aesthetic (kecantikan) belilah FZ150i, macam2 boleh bikin spare part perlbagai untuk kelajuan dan juga boleh make up racing strip (Movistar) yang mantap.

Juga tidak dinafikan ada banyak lagi motor yang sesuai untuk kegunaan bandar. Motor jenis moped / kapcai kita akan bincangkan di entri akan datang. Ride Save Guys :)

Ulasan

Artikel Lain