Tips jimat untuk pelajar IPT

Apabila harga barang semakin mahal, ramai orang yang terkesan termasuklah daripada golongan pelajar IPT. Kebanyakkan pelajar IPT menggunakan pinjaman PTPTN dimana anda perlu untuk membayarnya semula ataupun yang tidak menggunakan PTPTN tetapi mendapat tajaan Ibu bapa secara tak langsung dua golongan ini mesti berjimat.



Tips jimat untuk pelajar IPT

1. Elakkan beli minuman di cafeteria.

Setiap cawan minuman berharga RM 1. Jika kita beli setiap hari 2 kali iaitu makan tengahari dan makan malam bererti kita akan keluarkan RM 2. Ya memang nampak murah tetapi jika anda menggunakan mesin penapis air coway yang disediakan oleh pihak IPT, anda mampu berjimat sebanyak RM 60 sebulan.

RM 60 nilai yang banyak untuk buat assignment da sebagainya.



2. Bandingkan harga barangan sebelum membeli

Perbandingan barangan mungkin boleh berlaku dengan memilih barangan yang sama tetapi berbeza jenama. Jika anda hendakkan jenama tersebut, mungkin boleh membuat perbandingan diantara kedai-kedai yang terdapat dikasawan anda.

3. Berhati-hati ketika membeli ketika adanya 'Promosi' atau 'Jualan murah'

Ketika adanya Promosi dan jualan murah, mungkin kita secara tidak sengaja membeli barangan yang tidak diperlukan dengan alasan ianya harga murah.

Ambil peluang untuk membeli barangan kebiasaan atau keperluan harian secukupnya atau lebih sedikit untuk lebih penjimatan perbelanjaan. Pastikan barangan seperti makanan diperiksa tarikh luput terlebih dahulu sebelum membeli dengan kuantiti yang banyak.



4. Sentiasa peka dengan pemberian percuma.

Sebagai contoh ketika dibulan Ramadhan, banyak Masjid membuat majlis berbuka puasa dengan menghidangkan makanan percuma untuk tetamu yang hadir.

 Saya sendiri mengamalkan berbuka di masjid dan anda boleh berjimat sebanyak RM 5 sehari dan dikira jumlahn untuk sebulan, anda akan jimat RM 150.

Untuk masa selain bulan Ramadhan, seperti di Masjid dikasawan saya ada memberikan makanan percuma (Nasi Berlauk) pada hari jumaat sebelum solat jumaat. Selain dapat pahala datang awal ke Masjid, anda juga dapat jimatkan wang.



5. Membeli barangan terpakai

Membeli barangan terpakai yang paling mudah ialah baju bundle tetapi apa yang saya nak maksudkan disini ialah membeli barang keperluan belajar yang terpakai daripada pelajar semester atas daripada kita. Ambil contoh, membeli buku-buku terpakai daripada senior dengan harga yang lebih murah daripada harga asal dan selepas semester tersebut tamat, jualkan buku tersebut kepada junior pula.

Anda bukan sahaja menjimatkan wang tetapi secara tak sengaja anda telah menyelamatkan alam sekitar dengan teknik guna semula dan kitar semula barangan.



6. Basuh pakaian anda menggunakan tangan

Kasawasan saya, kedai dobi layan diri memerlukan lebih kurang RM 10 untuk membasuh baju dan mengeringkan baju. Kalau mesin basuh di Kolej pula memerlukan RM 2.50 .


Ulasan

  1. zaman sekarang byk pilihan..zaman dahulu mana la ade lagi bundle bundle ni..masih underground

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain