Tips jimatkan petrol kereta anda

Harga petrol hari ini tidak menentu. Minggu ini murah tetapi minggu hadapan sudah mahai semula. Oleh itu saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menjimatkan penggunaan petrol kereta anda.

 Tips jimatkan petrol kereta anda


1. Sebelum memulakan perjalan, periksa tekanan angin tayar kereta anda. Pastikan pam tekanan angin mengikut kesesuaian jenis kereta anda seperti yang terdapat pada pintu kereta anda. Kurang tekanan angin menyebabkan kereta anda menggunkan lebih petrol kerana terdapat lebih rintangan pada tayar yang kurang angin. (seperti basikal yang kurang angin pada tayarnya, pasti sungguh berat untuk mengayuhnya dan menggunakan banyak tenaga)

Pastikan tekanan angin sama pada semua tayar pada kereta anda. Perbezaan tekanan udara pada setiap tayar kereta anda merbahayakan pemanduan kerana kereta anda tidak seimbang.



2. Kurangkan penggunaan penghawa dingin kereta anda. Pada cuaca yang panas, sejurus masuk kedalam kereta anda pasti anda berasa bahang udara didalam kereta. Buka tingkap untuk membuang udara panas dan membenarkan udara sejuk masuk. Setelah beberapa minit (udara didalam kereta anda menjadi sejuk sedikit), barulah hidupkan penghawa dingin kereta anda.



3. Kurangkan rintangan udara semasa kereta anda bergerak. Tutup rapat cermin tingkap kereta anda apabila mencapai kelajuan 60 kmj keatas.

4. Pastikan kenderaan anda tidak membawa beban yang tidak diperlukan. Kurangkan berat kereta anda dengan menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam rumah/bangunan. Kereta anda akan menggunakan lebih petrol jika terdapat lebih beban yang ditanggungnya.

5. Menekan pedal minyak dengan kadar sederhana. Tekan pedal minyak terlalu kuat menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Sebaiknya lakukan pemanduan dibawah 4000 rpm engine ketika pecutan untuk penjimatan kereta. Pada kelajuan santai, pandulah dibawah 3000 rpm (bergantung pada jenis kenderaan) iaitu pada kelajuan 80 - 100 kmj mengikut aerodynamic kereta anda.

Jika kenderaan anda jenis mpv atau mini van, kurangkan kelajuan semasa memandu boleh menjimatkan petrol (70 - 90 kmj). Kepada kereta jenis sedan yang lebih baik aerodynamic, kelajuan 100 kmj masih menjimatkan petrol.



6. Jaga jarak kenderaan anda dengan kenderaan hadapan. Dengan menjaga jarak kenderaan anda dengan kenderaan hadapan dapat menjimatkan minyak dengan kurang penggunaan brek. Penggunaan brek terlalu banyak menyebabkan momentum kenderaan anda berkurang dengan pantas dan menyebabkan kereta anda perlukan lebih petrol untuk memecut ke kelajuan asal.

7. Aplikasikan tarikan graviti bumi dan momentum kenderaan anda untuk penjimatkan petrol semasa memandu dikawasan bukit. semasa turun bukit kurangkan tekan pedal minyak kereta anda untuk jimatkan petrol dan menekan kembali pedal dengan kadar sederhana semasa mendaki bukit.



8. Memandu pada kelajuan kosisten dan sederhana untuk lebih penjimatan petrol. Pada kelajuan sederhana, anda tidak perlu tekan brek ketika diselekoh biasa dan tekan brek jika perlu.

9. Untuk kereta gear manual, pastikan penukaran gear rendah pantas ke gear tinggi. Penggunaan gear rendah terlalu lama menyebakan engine menggunakan lebih petrol kerana engine berputar pada kadang yang tinggi (6 - 8 000 rpm).

Menukar gear tinggi apabila mencapai 4 000 rpm. Elakkan menukar gear pada rpm tinggi seperti 6 000 ke 7 000 rpm engine kereta anda.



10. Rancang perjalanan anda sebelum memandu, keadaan traffik yang terlalu sesak menyebabkan penggunaan petrol yang tinggi.

Pilih jalan yang lebih pendek dan dekat adalah satu tips jimatkan petrol kereta anda.



sebarang perkongsian boleh kome dibawah :)


*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.

Ulasan

Artikel Lain