Apa itu Islam Liberal?

Seperti yang kita dengar di dada akhbar dan berita mengenai Islam Liberal yang semakin berkembang dan menonjolkan diri di media-media. Jadi apakah sebenarnya Islam Liberal? Mari kita ikuti entri ini..




Apa itu Islam Liberal?


Kita mulakan dengan definisi Liberal itu sendiri. Liberalisma adalah falsafah politik atau pandangan dunia yang berasakan idea kebebasandan kesamaan (Wikipedia).

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal bermaksud sebagai 1. condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaun bangsawan), (fahaman) bebas. 2. Bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Jadi konsep Islam Liberal ini berasaskan kepada kebebasan 'hak asasi manusia'. Menunjukkkan bahawa manusia itu berhak memilih cara kehidupannya. Misalnya bebas memilih jantina walaupun hakikatnya di seorang lelaki tetapi fahaman Islam Liberal ini membolehkan mereka bebas memilih untuk menjadi wanita. Mereka sangat memperjuangkan hak asasi manusia.


Menurut Dr. Khalid Basalamah dari Indonesia, Islam Liberal ini bukan menggunakan logik akal dan memperjuangkan hak asasi manusia (kebebasan). Islam Liberal ini adalah fahaman sesat yang bersumberkan daripada yang salah. Ia berasal daripada Gereja di Canada. Disana terdapat sebuah campus/institusi yang belajar berkenaan fahaman Islam Liberal. Disana pensyarah mereka adalah golongan bukan islam tetapi hebat berilmu agama islam seperti menghafal Al-Quran dan Hadis-hadis.

Apabila golongan bukan islam ini handal dalam ilmu agama Islam, mereka sengaja mencari kesalahan-kesalahan didalam Al-Quran dan dibahaskan sesuka hati demi menyesatkan umat Islam. Dikatanya disana mereka sediakan biasiswa untuk belajar islam liberal. Apabila pelajar-pelajar mereka tamat belajar, masing-masing akan pulang ke tanah air lalu mempraktikkan ilmu islam liberal yang mereka pelajari daripada sana.



Menurut Ustaz Azhar Idrus pula, Islam Liberal bermaksud Orang yang mengamalkan Islam menurut Al-Quran dan Hadis tetapi masih melakukan perkara yang diterima oleh masyarakat walaupun dilarang dalam Islam. Maka Islam ini sesat lagi menyesatkan.


Wallahua'lam.. sebarang perkongsian boleh komen dibawah.


*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.

Ulasan

Artikel Lain