Entri kali ini adalah kajian saya tentang price dan value untuk membeli Desktop PC untuk gaming. Dan tanpa disangka-sangka teknologi berusia 10 tahun ini lebih berkuasa daripada Laptop baru dipasaran sekarang yang berharga sekitar RM 2K.
Desktop gaming bawah RM 1K
Assalamualaikum... Entri kali ini nak menunjukkan bahawa untungnya anda untuk membeli PC terpakai berbanding Laptop dari segi prestasi perkomputeran.Saya share spesifikasi Desktop saya :
1. Intel Core 2 Quad Q6600 2.4 GHz
Intel core 2 quad ini adalah series sebelum munculnya Intel core i (Core i3, i5, i7). Walaupun ianya teknologi lama diperkenalkan pada tahun 2007 (sudah 10 tahun beza). Tetapi dia memilik 4 teras (quad core) setaraf dengan Intel core i5 versi desktop (versi laptop hanya dual core). Cuma kekurangan teknologi lama berbanding dengan Intel core i, dimana sekarang ada hyper-threading teknologi, iaitu 1 teras boleh memproses 2 task berbeza secara berselang seli.Dan Intel Core 2 Quad ini pada ketika zamannya adalah cip Intel yang prestasi tinggi (high performance)
2. Gigabyte Nvidia GTX 550Ti 1GB DDR5
Graphics card ini diperkenalkan pada tahun 2011. Maknanya ianya sudah berusia 6 tahun. Teknologi ini hanya ada 1 kekurangannya iaitu vram 1 GB yang terlalu sedikit. Jika kita bandingkan dengan harganya sekarang RM 130 (terpakai). Tak banyak nak komen kerana ianya jauh lebih murah dan lebih baik perestasinya daripada GT 1030 2GB berharga RM 368.
Tetapi untuk akan datang saya sarankan untuk membeli graphics card yang 2GB vram.. Seperti GTX 750 Ti 2GB (RM 370), GTX 660 2GB (RM 350). Tetapi disebabkan saya dalam bajet rendah saya beli GTX 550 Ti.
3. Motherboard Asus LGA 775
Motherboard asus ini tak la hebat mana beli cuma socket LGA 775 untuk Intel Core 2 Quad. Ade satu PCI E x16... So hanya boleh pakai satu Graphic card sahaja..4. Component lain
Component seperti powersupply mesti mengikut keperluan graphics card. Seperti GTX 550Ti memerlukan 6-pin connector... so, kalau tiada boleh beli converter molex to 6-pin.Hard Disc saya beli 80 GB sahaja (beli murah2 sebab target nak upgrade SSD)
Perbandingan
Saya bandingkan dengan Laptop MSi saya yang saya beli 2 tahun lepas berharga RM 3400.Spesifikasi Laptop RM 3400 :
Intel Core i7 4710HQ 2.5GHz turbo boost 3.5GHz (L3 8MB cache)
Nvidia GTX 850m 2GB DDR3
RAM 4GB DDR3 1600 MHz x 2
Spesifikasi Desktop RM 800 :
Intel Core 2 Quad Q6600 2.4GHz (L2 8MB cache) -RM 95
Nvidia GTX 550ti 1GB DDR5 -RM 130
RAM 4GB DDR3 1033 MHz x 1 -RM 90
Casing Decatron T3Z -RM 100
Motherboade LGA 775 -RM130
Power Supply -RM 95
Fan RGB (Blue) -RM 20
Hard disc drive (80GB) -RM50
Optical drive -RM 50
Install Window 7 -RM40
Benchmark game setakat ini (Dua game ini sahaja saya main maaf) |
Benchmark Lumion 6 (software 3D rendering) |
Dimana untuk beli barang-barang komputer terpakai?
Saya beli di Facebook dengan warranty 1 bulan. (setakat ini sudah 2 bulan Desktop running tiada masalah).Mohd's Online Gaming Store - (boleh request siap pasang)
IT Sentral - (Desktop set siap pasang)
Incore Trade Enterprise - (Ada juga jual Laptop terpakai)
Bits And Bytes Technology - Saya beli casing baru (Decatron T3Z) disini
sebarang pertanyaan boleh komen dibawah :)
*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.
Wah terbaik, rasa macam nak buat pc pulak
BalasPadamDah terjual desktop lamaku...
BalasPadamKalau ada lagi pun, tak pandai nak setup apa2.
Saya kagum dengan orang yang pandai bab komputer.
Pandai sikit2 sahaja... resepi tahu tapi tak tahu pasang.. kedai pasang semua
Padamspec ni sesuai ke utk PES ?
BalasPadamMinimum pakai Intel Core 2 Quad (RM 95 used).. Kalau core 2 duo (RM 20 used) tak bagus performance dia dan susah nk upgade gpu sbb nanti upgrade graphic card pun dia akan sekat pada Intel core 2 duo... Kalau bajet banyak boleh pakai Intel Core i3 (RM 150 used) i5 (RM 200+ used) i7 (RM 400+ used)...
PadamGraphics card Nvidia GTX 550Ti 1GB (RM 130) boleh play tapi bukan high setting la.. Saya cadangkan pakai Nvidia GTX 650ti 2GB (RM290) paling kurang.. vram 2GB boleh pakai maybe 3-4 tahun lagi untuk main game...
RAM 4GB (RM 90 used/ RM 145 new) dah cukup.
HDD 500GB (RM 90 used)
tq tuan.. tlg saya yg tak berapa tahu sgt pasal spec desktop..tahu main je.. haha
Padamdekat kedai memang ada jual barang2 used ni?
saya beli kt facebook (kedai online).. boleh refer article ye.. boleh click ke link fb
Padam