Mutabaah Amal : Rutin seorang Da'i

Assalamualaikum

Apa itu Mutabaah Amal?

Mutabaah dari segi bahasa bererti mengikut atau mengawasi. Manakala Amal bererti perbuatan yang biasanya berkala. Dari segi istilah Mutabaah Amal bererti mengikuti satu senarai amalan soleh yang akan meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.



Mutabaah Amal merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam diri kita untuk meningkatkan kefahaman dalam Islam dan mendekatkan lagi diri pada Allah s.w.t. Walau sesibuk mana pun kehidupan seharian kita, disiplinkan diri untuk istiqamah (berterusan) dengan Mutabaah Amal kita.

Jika anda mengikuti Usrah (click disini untuk lebih lanjut) dan tahu akan kepentingannya (click disini untuk lebih lanjut), kebiasaannya ahli-ahli usrah akan mendapat senarai Mutabaah Amal daripada Naqib dan Naqibah.

Sebagai seorang Da'i (Pendakwah), melaksanakan Mutabaah Amal amat penting selain mendekatkan diri kepada Allah, kita juga menjadi contoh tauladan yang baik buat Mad'u (Orang yang didakwah) kita.

Seperti Firman Allah s.w.t didalam surah Ali Imran ayat 104 : “Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung”.

Ayat ini menyeru kita sebagai Da'i untuk melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Dengan melaksanakan Mutabaah Amal secara istiqamah, kita seterusnya dapat mengajak Mad'u kita untuk bersama melakukannya.

So, Apa yang ada dalam Mutabaah Amal?

Dalam Mutabaah Amal terdapat amalan-amalan wajib dan sunat seperti ;

1. Solat Berjemaah 5 kali sehari semalam.
2. Solat Sunat Rawatib iaitu Qobliyah (sebelum solat fardu) dan Ba'diyah (selepas solat fardu).
3. Bacaan Al-Quran *mengikut kemampuan untuk berterusan...
4. Berpuasa sunat seperti hari isnin dan khamis.
5. Solat sunat seperti Dhuha, Hajat, Taubat, Istikharah dan lain-lain.
6. Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
7. Bacaan surah hafazan
8. Bersedekah *nilai ikut kemampuan seperti RM 5 setiap hari jumaat.
9. Bacaan buku ilmu agama seperti ilmu fiqh, sirah dan lain-lain.

dan banyak lagi selagi mana ianya ibadah dan amalan soleh. Semoga beristiqamah dengan Mutabaah Amal yang anda lakukan dan pastikan niat ikhlas hanya kerana Allah s.w.t.

Sekian dari saya... 

Ulasan

Artikel Lain