Kepentingan Usrah untuk Mahasiswa Muslim

Assalamualaikum

Pada petikan yang lepas (boleh click disisni) saya sudah menceritakan tentang apa itu Usrah. Untuk petikan kali ini saya ingin mengulas tentang kepentingan usrah untuk Mahasiswa Muslim.



Kehidupan di alam Universiti jauh berbeza berbanding di dalam persekolahan dahulu. Ketika mana kita masih tinggal bersama ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menasihati setiap tindak tanduk kita untuk menjadi seorang insan yang soleh/solehah.

Sistem pembelajaran juga berbeza berbanding dizaman persekolahan dimana anda mempunyai guru yang akan mengajar satu per satu untuk pemahaman tentang ilmu tersebut tetapi di alam Universiti anda harus matang dan berusaha sendiri untuk mencari ilmu. Bukan bergantung kepada seorang guru tetapi cuba untuk mendapatkan ilmu itu dari pelbagai sumber yang lain.

Sebegitu juga dengan ilmu agama Islam itu sendiri. Anda harus berdikari untuk mencari ilmu akhiran disamping ilmu dunia terutamanya kepada mereka yang mengambil course yang tidak mempunyai subject agama Islam.

Jika anda berkata.. "saya pergi ke ceramah-ceramah di masjid. bukankah ia sudah memadai?". Bagi saya, ia masih tidak memadai... Dengan menyertai usrah, anda akan dapat lebih daripada itu. Bukan sekadar penyampaian ilmu daripada ustaz dan murabbi tetapi dapat berkongsi ilmu serta permasalahan berkenaan peribadi, sekeliling mahupun permasalahan dunia.

Usrah itu sendiri bererti keluarga dari segi bahasa. Jadi, ia pasti berbeza berbanding hidup hanya bersama rakan-rakan sekelas sahaja. Ini kerana perbezaan antara niat dihati... Ukhwah fillah vs Ukhwah fi-assignment dll (Hubungan kerana Allah vs Hubungan kerana assignment dan lain-lain).

Usrah Santai : Sukaneka

Dengan adanya Ukhwah kerana Allah, pasti kita akan bersama-sama menasihati, menegur setiap kesilapan demi satu matlamat yang sama iaitu mencapai redha Allah. Sesungguhnya kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Berbanding dengan rakan-rakan lain, mungkin mereka takut untuk menegur kesilapan kita kerana ingin 'menjaga hati' kita.

Selain itu, dengan adanya usrah kita dapat melaksanakan gerak kerja dakwah didalam kampus. Saya tidak menafikan anda boleh berdakwah bersendirian atau bersama rakan-rakan biasa tetapi dengan adanya usrah pasti ada kelainannya. Kelaianan dimana didalam usrah itu sendiri terdapat ahli-ahli yang lebih berpengetahuan atau berkebolehan serta mempunyai kepakaran dalam perlaksanaan dakwah dalam membentuk biah solehah (persekitaran solehah). InshaAllah

Usrah itu sendiri boleh ibarat penganti keluarga ketika di alam universiti. Yang penting adalah commitment setiap ahli untuk realisasikan matlamat iaitu mencapai redha ilahi.

Saya akhiri dengan sebuah lagu nasyid oleh Edcoustic - Sebiru hari ini


Ulasan

Artikel Lain