Assalamualaikum
Dalam kesibukkan kehidupan harian, kita sebagai umat Islam seharusnya mencari sedikit ruang dan peluang untuk menimba ilmu agama Islam. Tak kiralah sibuk dengan kerjaya atau assignment dan tutorial yang banyak, kita kena seimbangkan ilmu dunia kita dengan ilmu akhirat terutamanya mereka yang tidak mengambil jurusan atau subject agama Islam.
Sebenarnya iainya sangat mudah tetapi anda perlu berdisiplin untuk istiqamah dalam pembacaan
Buku ilmiah. Contohnya menetapkan hanya 10 minit sehari untuk pembacaan buku ilmiah.
Jadi apa sebenarnya maksud Buku ilmiah? Adakah semua buku adalah buku ilmiah?
Buku ilmiah bermaksud suatu karya atau tulisan yang diperolehi sesuai dengan sifat keilmuannya hasil daripada pengamatan, penelitian serta kajian dalam bidang tertentu dan dikarang oleh para ilmuan yang pakar tentang bidang tersebut.
Jadi tak semua buku adalah buku ilmiah. contohnya buku novel kebiasaan dipasaran. Kebanyakkan novel ini tidak bersifat ilmiah dimana isi kandungannya adalah berdasarkan imaginasi seorang penulisnya. Saya tidak menghukum semua novel adalah bukan ilmiah, ada novel yang bersifat ilmiah contohnya sirah-sirah orang ternama seperti sirah Rasulullah dan para sahabat, sirah para ulama dan orang-orang soleh.
Walau bagaimanapun kena juga berhati-hati memilih buku ilmiah. Pastikan penulisnya merupakan orang yang pakar tentang ilmu tersebut dan terbukti kebenaran dan kesahihan ilmu yang dikarangnya. Kerana ada buku dipasaran nampak seperti buku ilmiah tetapi ianya mempunyai ilmu yang sesat atau pun membawa agenda lain selain daripada islam.
Ciri-ciri Buku ilmiah :
1. Struktur isi kandungan
Buku ilmiah kebiasaannya terdiri daripada pendahuluan, isi kandungan, dan rumusan. Isi kandungan yang terdiri daripada Topik/Bab utama dan diikuti dengan sub-topik. Bahagian rumusan sebagai kesimpulan daripada topik pembahasaan.
2. Penggunaan Bahasa
Bahasa yang digunkan dalam buku ilmiah adalah bahasa baku yang terpilih daripada kata atau istilah serta kalimah yang effectif dengan struktur yang baku. Kebiasaannya ia digunakan dalam menulis pengisisan dan huraian setiap topik. Manakala untuk contoh atau dialog mungkin menggunakan bahasa pasar untuk menggambarkan situasi sebenar masyarakat sekeliling.
3. Personaliti penulis
'Penulis yang baik akan menghasilkan buku yang baik'. Penulis ibarat Murabbi atau guru kepada pembaca, oleh itu memilih penulis adalah penting sebelum memilih buku karangannya. Kenal pasti latar belakang penulis dan aqidah pegangannya.
4. Kesahihan ilmu
Tujuan pembacaan ialah untuk mendapatkan ilmu. Haruslah kita mengenal pasti kesahihan ilmu daripada Buku tersebut sebelum mengaplikasikannya didalam kehidupan. Terutamanya buku ilmiah berkenaan Islam, pastikan rujukan utamanya berdasarkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Kenal pasti juga rujukan lain seperti kitab-kitab karangan orang terdahulu yang sudah pasti kesahihan ilmunya.
kesimpulan
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a yang bermaksud “Barangsiapa yang mempelajari ilmu satu bahagian sahaja, ia mengambil manfaat dari ilmu tersebut untuk kepentingan dunia dan akhirat, itu lebih baik baginya daripada berusia 7000 tahun, berpuasa siang harinya dan solat pada malamnya (Sunnah) itu diterima tanpa ditolak.”
Besar manfaatnya jika ilmu penuh dijiwa. Selain daripada mendapat pahala yang besar, ilmu yang kita pelajari dapat diajarkan pula kepada orang lain. Sekian....

Ulasan
Catat Ulasan