Honda CBR 150R vs Yamaha YZF R15

Assalamualaikum..
Semalam saya pegi kedai motor sebab nak pasang rearbox kt motor LC saya. Tak lama lagi saya dah nak sambung belajar kt Uitm Sri Iskandar. So, get ready la prepare semua benda.. Rearbox jenama 'Coocase' S29 (29L) tiruan dan basenye pasang yg monorack je... Harga siap pasang semua RM 150.. Huhuhu :'( sebenarnya saya nak FZ tapi macam xdapat je. Nak beli sendiri mungkin tahun depan la kowt.



Semasa tunggu rearbox tu pasang saya ternampak Honda CBR 250R di kedai tu. Harga RM 25,000 .. Uuu.. Tak mampu den nak beli. Mahal sangat tu. Lepas tu, saya search kt internet dan terjumpa Honda CBR 150R. Harga RM 9,635 not bad. So, saya bertekad nak compairkan motor Honda CBR 150R ney dengan Yamaha YZF R15.

Honda CBR 150R (kiri) Yamaha YZF R15 (kanan)
Design Honda CBR 150R berasakan daripada motor Honda CBR 250R dan Yamaha YZF R15 berasaskan daripada Yamaha YZF R1. Well, dua-dua motor ney mempunyai spesifikasi yang hampir serupa dan saya akan senaraikannya serba sedikit tentangnya.

Enjin
Honda CBR 150R = 4 lejang dengan Liquid cooler 149.4cc
Yamaha YZF R15 = 4 lejang dengan Liquid cooler 149.8cc (Yamaha FZ150i)

Horsepower
Honda CBR 150R = 12.5 kW
Yamaha YZF R15 = 11.1 kW (Yamaha FZ150i)

Fuel tank
Honda CBR 150R = 10L
Yamaha YZF R15 = 12L (Yamaha FZ150i)

Fuel consumption
Honda CBR 150R = 44.9 kmpL
Yamaha YZF R15 = 45.2 kmpL

Topspeed (accurate GPS meter)
Honda CBR 150R = 135 kmph
Yamaha YZF R15 = 123 kmph (Yamaha FZ150i)

So, konklusinya Honda CBR 150R lebih pantas daripada Yamaha YZR R15 dan harganya pun lebih murah iaitu RM 9,635. Di Malaysia, Yamaha YZF R15 tiada dijual dipasaran, yang ada hanya Yamaha FZ150i (R15 versi naked bike). So, nak convert menjadi Yamaha YZF R15 kosnya ialah RM 9,788 (RM 8,288 + RM 1,500 cover set).

Jadi.. Anda rasa Honda CBR 150R lebih baik? 
sebagai researcher bike, saya rasa Yamaha YZF R15 lebih baik. Ini kerana ia lebih jimat minyak kerana Yamaha menggunakan enjin dengan sistem fuel injection untuk Yamaha YZF R15 dan Yamaha FZ150i. Kebanyakkan article dan video review yang saya tengok mengatakan bahawa Yamaha YZF R15 lebih baik handlingnya. Tayarnya lebih grip dan ia memberi kelebihan ketika di selekoh.

Yang manakah berbaloi untuk dibeli? 
Hm... ikut anda lah nak beli yang mana pun. Dua-dua motor ney sangat berbaloi untuk dibeli kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri.






Drag race Honda CBR 150R vs Yamaha YZF R15



Hm... hehehe.. sebenarnya Honda CBR 150R yang ada kt Malaysia cuma model lama je. Yang kt atas ney tak ada dalam pasaran Malaysia. Walau bagaimana pun spesifikasi enjin sama sahaja. Mungkin ada sedikit perbezaan la pada performancenya.


Ulasan

  1. Salam..CBR150 masuk malaysia ke? setahu saya... hanya satu batch je ad then stop production.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg baru xkowt... haha.. tpi spec dye lebih kurang sme je..

      Padam
    2. Knape model versi repsol nmpak mcm cbr rabbit. Sebijik

      Padam
  2. Salam..kat mana kau jumpa cbr150 harga 9k?first ke second hand?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tengok kt kedai motor di nilai honda cbr 150 cash RM9800..

      Padam
  3. Salam..kat mana kau jumpa cbr150 harga 9k?first ke second hand?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga baru la bkn second hand tpi tu yg model lama... Aq dah tengok depan mata.. Hm.. model lama xlawa..

      Padam
  4. Kat mana boleh dapatkan cover set yzf R15 , inform aku jap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ade bro,, coverset R15 dgn lampu skali,, warna biru ,, baru sampai,, e mel saya no tepon,, nanti cy contact,, salimyunos@gmail.com,, tq

      Padam
  5. brader, dr fz tukar cover set r15 motor kene sitar x??

    BalasPadam
  6. jmp ktne first hand cbr tu?ad lgi ke skg?haha

    BalasPadam
  7. fz 150 bley masok r15 ker??lau bley cam berminat jer.. bape coverset dy erk

    BalasPadam
  8. Fz150i boleh upgrade ke r15 ? Berapa kos ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah tanya.. dalam rm 2000 jugak la..

      Padam
  9. Terasa mcm nak tolak belang angkat cbr150 je

    BalasPadam
  10. Cbr150r old 2004-2010 sgt best performance
    Standard motor boleh tapau semua jenis 4stroke 150cc . Kawasaki 150rr lain kategori .
    Belang , lc150 , fxr150 suzuki , fzi150 standard semua duduk belakang .
    Tp nak carik sparepart cbr150r old nie payah .
    Mahal nauzubillah kalau ade pun .
    Minyak itam kene jaga . Lepas setahun dah tak layak pakai minyak standard cbr150r iaitu JASO 10-30W . Lagi satu minyak 10-30 nie pun susah jugak nak jumpa sebab minyak nie kegunaannya untuk start motor dalam cuaca sejuk , digunakan diluar negara yg beriklim sejuk . Lagi satu cbr150r takde kickstarter , jadi penggunaan JASO 10-30W diluar negara mmg perlu -- kat malaysia ? Tak payah
    Sebab dah payah so kene la jaga sket dengan full sintetik . Petrol 97 cun .

    Sekali kalau tak jaga , nak overhaul memang mintak nyawa la .
    Overhaul plus tukar bearing gear mau jejak rm1800
    Fairing -- kalau bernasib baik bole lagi jumpa kat sparepart2 legend dikawasan masing2 , honda dealer sparepart pun takde .

    Performance sgt menarik dengan set rantai stock 15-42 , city ride pun sedap , ada pickup .
    Main jalan jauh 15-40 paling syok , pickup ada lajak ada . Standard top 145km/j
    Cbr150r old build up power pada 7k hingga 8k rpm .
    Perlukan 3 saat utk dapat 100km/j .
    Tp lepas overhaul , masuk rpm 7500 hingga 8k body vibrate . Kebas tangan kalau ride jejauh . Setting rantai 15-40 , pada kelajuan 120km/j ( sedang sedang elok ) , rpm sekitar 8000 , vibrate tak brenti . Nak taknak perah lagi sikit , rpm 9k dah oke .
    Minyak save . Tp fzi150 paling champion bab save minyak , cuma honda ultimo pun bole sayurkan walaupun fzi150 tengah top speed , 6th gear , siap kacung . Serius highway E22 jadik saksinya . Isk2 . Speed mcm lembu fzi standard . Cub pun tabley makan . Ape daaaaa .
    Belang sebab SOCH . Teknologi nie cbr dah guna utk cbr125r yang diproduksi untuk pasaran UK dan Euro .
    Cbr150r 2004 adalah keluaran sama seperti cbr125r beza pada enjin dan fairing design ( sikit je pun lain nye ) .
    Yang latest2 cbr150r body dah lain . Tank da gemok sket . So mana2 rider yang zaman Rxz bertukar kepada cbr150r 2004 mmg tak suka .
    Sebab ? Rxz body halus , cbr150r 2004 gemok sket , cbr150r latest makin gemok . Susah nak menyelit time balik kerja .

    Panjang pulak ye komen aku nie .

    BalasPadam
  11. Lupa pulak nak komen r15 .
    Owner2 yamaha ofkos cakap yamaha the best .
    Tp mmg betul , yamaha engine kuat sikit . ( sikit je pun )
    Beza kat mana ? Beza kat jalan tak rata .
    Cbr150r kalau langgar lubang , bendul , garisan kuning , bonggol , reflector tengah2 jalan ( yg nie mcm hanat ) atau ape jua sekalipun bole lost power . Rpm turun lambat naik balik .
    Tp r15 tak mcm tu . Yamaha power kat jalan tak rata nie . Lc135 pun mcm tu .
    Enjin kuat , rpm tak drop so bole maintain speed .
    Boleh build up power walaupun jalan tak rata .
    Cuma r15 pun duduk belakang kalau jalan rata . Top speed tulis 150km/j meter r15 , meter cbr150r old 145km/j tetap r15 duduk belakang cucuk angin .nak potong takde power .
    Jumpa jalan berbatu2 , berlubang , r15 lah champion . Power maintain . Cbr150r dok change gear tak sudah . Kejap2 lost power , kene jalan banyak garisan kuning tu mmg kene tapau la dengan r15 .

    Apa apa pun eksperimen yang dijalankan bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa , sekadar suka2 . Sebab takde yang mengajar , kite belajar lah sendiri , kemudian kita share2 je .

    Sekian wa billahi taufik wal hidayah . Assalammualaikum warrahmatullahi wa barakatuh

    BalasPadam
  12. Salam, saya pakai jugak motor cbr 150 ni. So far performance memang ok tapi sparepart memang payah nak cari. Tapi kalau pasal power, standard modi pun boleh dapat 150-160kmh. Kalau ada modal masuk cdi racing, 170 tu senang2 je dan meter dia sama macam kereta. Kalau lawan 2stroke? Rxz ngan 125 tu boleh sangat tapau, tapi kalau setakat standard memang kena tinggal ngan kips rr. Minyak dari KL ke Terengganu Rm 30+- ron 97.
    Sekian itu saja (^,^)

    BalasPadam
  13. Lupa nak tambah lagi satu, bila start 8k rpm memang dia vibrate. Tapi terus rev lagi sampai 11k dan anda akan merasa pickup ala2 vtec. Enjin dia sedap sebab rpm tinggi dan cepat naik. Hehe.

    BalasPadam
  14. Salam. Nk tnye mne bole dpt cover set honda cbr 150r ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain