Cuti-cuti Malaysia (Pangkor)

Assalamualaikum

Walaupun sudah lama berlalu, saya tetap nak buat post ney.... Percutian yang best dan puas... haha~
Objektif kami ke Pulau Pangkor ialah "MERAPATKAN HUBUNGAN SESAMA RAKAN DISAMPING MEGHILANGKAN TEKANAN PERASAAN... :)" -Iqbal Faliq-

Haha.... Ok la.. Objektif tercapai...

Member2 yang pegi = Zahin, Azam, Naqib, Amar, Iskandar, Hakim, Iqbal dan saya ;D
Pengangkutan

Saya, Iskandar, Azam dan Iqbal menaiki motor manakala Amar, Naqib, Hakim dan Zahin bergerak dengan bas... Kami bawa motor masuk pulau... So, senang nak jalan-jalan kat pulau tu dan tak perlu sewa van.

Honda Wave Dash, Honda Wave Dash, Honda Future dan Yamaha 135LC... Ok, saya punye paling power ;D
Aktiviti

Well.. Di sana kami buat aktiviti simple je...
- Snorkelling
- Mandi Laut
- Shopping *Malam
- Pusing-pusing pulau *Malam#Motor#Jalan Bukit#Mencabar
- Buat campfire *konon nak buat BBQ.. hehe~
- Kayak
- Kelas Berenang *Naqib#Saya#Xreti berenang.. haha~

Aktiviti paling mencabar bagi saya la kn ialah pusing-pusing pulau... haha... Jalan berbukit dan selekoh... Dengan bawak orang kat belakang (Hakim).. Serious saya cuak... *Trauma accident kt selekoh haritu...
haha... Actually saya puas... Dengan Lesen L je sudah boleh sampai Pulau Pangkor pastu pusing-pusing pulau bagai... Best kowt..


Lastly
Sory la... haha... Saya tak larat nak ceritakan semuanya... Tapi sebagai akhir kata saya nak cakap bahawa pecutian ney sangat best walaupun cuma pecutian bajet je... Kitorang xde duit nak naik flight bagai... Kira ok la ney... Kali ney jugak saya buat rekod baru untuk diri sendiri... haha.. Saya berjaya bawak motor Yamaha 135LC dengan kelajuan 135 km/j.... Not bad la walaupun selalu dengan mat rempit sembang LC bley sampai 140 km/j.... =)


Ulasan

Artikel Lain