Training Hard ;D

Assalamualaikum

17 Mac 2013 nanti bakal diadakan 'The Malakof 17km & 7km Penang run 2013' dan saya bakal menyertainya ;D ...

Bila difikirkan secara logiknye... Haha... Saya akan kalah dan tak dapat apa-apa keuntungan menyertai event ney tetapi entah kenapa hatiku kuat ingin menyertai event ney.... Tak tau la sebab apa tapi rasa macam excited + gementar... Haha~

Untuk menyertai event 17km ney (Saya sertai yang 17KM... baru mencabar~), Saya telah lakukan banyak perkara seperti latihan berterusan dan pemakanan...

Latihan Berterusan
Latihan berterusan..? Haha~ Takde la training hari-hari... (penat kowt)
Tapi kalau diikutkan memang tak boleh training hari-hari sebab badan kita memerlukan fasa 'recovery' selepas hard training... Well, kita lihat hasilnya selepas training 1 bulan =

Ranking Nike+ untuk Feb 2013... No. 4 ... haha~ Not bad =)


Ini pencapaian terbaik selepas sebulan training...
Result training kt atas ney menunjukkan :
Putrata Kelajuan (Average Pace) = 5 minit 10 saat per kilometer
Keseluruhan = 1 jam 2 minit ----> 12 km

Perbandingan juara larian malakof 2012 (Kenya) :
Purata Kelajuan = 3 minit 10 saat per kilometer
Keseluruhan = 53 minit --------> 17 km

*ok saya sangat lemah~

Bila cakap pasal lemah teringat pula pasal senak perut... Senak perut adalah satu kesakitan yang amat sensara bagi seseorang pelari... Dulu saya ingat ia tiada jalan penyelesaian tetapi hakikatnya ada... Punca Senak Perut semasa berlari disebabkan perut anda bergocang semasa berlari... Ia disebabkan anda makan sebelum lari dan juga perut anda tidak fit (lembut dn mudah bergoncang).... So, untuk mengelakkan senak perut ney senang je... Anda hendaklah tidak makan 30 minit sebelum memulakan larian.. Selain itu, anda hendaklah selalu menbuat senaman perut agak perut anda fit seperti 'Sit up'..



Sit up~ *sorry xjumpe gambar yg tutup aurat..

Pemakanan
Ok macam biase la kn... Pelari memerlukan tenaga yang banyak oleh itu pengambilan carbohydrate yang mencukupi amat penting... Begitu juga dengan pentingnya pengambilan Sodium Chloride (Garam) mencukupi untuk mengelakkan kekejangan otot.. Untuk fasa latihan ini saya mengamalkan pengambilan sumber protein selepas 1 jam melakukan latihan... Pengambilan protein 1 jam selepas latihan memberi kesan kepada pembinaan otot yang baik...

Saya juga mengamalkan makan Power Bar... Tapi kalau anda tak mampu tak payah beli... Mahal~



Apa-apa pun... Saya akan berjuang habis-habisan...!! Good Luck to me... ;D





Ulasan

Artikel Lain