Rasa bersalah

   Hm... Post kali nie cuma tetang rintihan hatiku.. Actually dah lama tak ada perasaan macam ney... Rasa bersalah yang amat sangat.. Aku selalu mengimpikan sesuatu yang baik untuk diriku tetapi aku sendiri tidak menjadi sesuatu yang baik seperti yang diimpikan.... Aku bersyukur kerana aku masih dikelilingi orang-orang yang baik disekelilingku. Cuma aku rasa bersalah kerana disebabkan aku, orang lain terpengaruh dengan benda yang tak baik...

   Sebenarnya aku dah banyak kali berfikir tentang hal ney, cuma ia umpama angan-angan je... Tiada usaha untuk berubah... Bila fikir-fikir balik baru aku faham kenapa manusia yang jahat sentiasa jahat walaupun mereka sudah dinasihati dan mereka ada rasa hendak berubah... Ini kerana perbuatan itu telah menjadi tabiat.. Tabiat manusia memang sukar diubah walaupun dengan empunya diri.

  Kadang-kadang aku rasa aku takde la jahat sangat macam orang lain tetapi aku masih tidak cukup baik untuk menjadi pemimpin kelak.... Perasaan inilah telah menghantui diriku sejak akhir-akhir ini. Aku selalu merasakan diri ini sudah cukup matang tetapi hakikatnya tidak... Masih banyak lagi cabaran dan dugaan aku belum lalui.... Dugaan dan Cabaran hidup inilah yang menjadikan aku lebih matang dan dewasa...

  Kadang-kadang aku rase macam tak lama kat dunia ney... Tapi aku selalu berdoa untuk dipanjangkan umur agak aku dapat merasai cabaran, dugaan dan tanggungjawab yang seterusnya... Walaupun aku tahu kehidupan di dunia ini cuma sementara saja tetapi aku teringi untuk lalui kehidupan yang lengkap.. Maksud aku ialah merasai kehidupan pada kesemua peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.... Aku tahu ia bukan mudah... Kalau ia mudah, ia bukan kehidupan di dunia...

  Perjalanan hidupku masih lagi jauh... Aku disini... waktu ini hanya mampu merancang.. Mampu merancang bedasarkan apa yang ada... Apa yang berlaku selalunya berlainan dari apa yang dirancang tetapi aku bersyukur kerana apa yang ditakdirkan itu adalah lebih baik daripada apa yang dirancangkan sendiri.... Syukur Alhamdulillah... =')

  Mungkin ini adalah satu permulaan untukku berubah menjadi lebih baik.. Syukurlah kerana Allah telah memasukkan perasaan bersalah ini di dalam hatiku... Insyaallah aku akan berubah kepada yang lebih baik...

  " Jika inginkan sesuatu yang baik, kita mestilah seiring dengan apa yang diinginkan.. "

I hope 'the beautiful eyes'  is mine someday for everyday...  Amin ; )

Ulasan

Artikel Lain