Prestasi sebuah komputer

Assalamualaikum...
Mengetahui prestasi sebuah komputer adalah amat penting untuk anda mengetahui kemampuan sesebuah komputer beroperasi. Disini saya akan menerangkan prestasi komputer mengikut spesifikasi yang biasa diberikan di dalam katalog kedai komputer.

RM 2838


RM 2254
RM 1284

Prestasi sesebuah komputer diukur melalui komponen-komponen di dalamnya

1) Central Processing Unit (CPU)

Kelajuan CPU diukur dengan frequency contohnya  Intel® Core™ i7-3612QM Processor 2.1GHz 6MB L3 cache dan  Intel® Core™ i3-3110M (2.4GHz, 3MB L3 Cache).  Semakin tinggi bacaan frequency semakin laju CPU itu memproses data. Lagi satu perkara ialah tentang Memory Cache. Memory Cache ini merujuk kepada jumlah kapasiti yang CPU mampu proses dalam satu ketika. Cuba kita lihat contoh CPU yang saya berikan tadi, mengikut bacaan frequency Intel Core i3 adalah lebih tinggi daripada i7 tetapi kenapa prestasi i7 jauh lebih baik berbanding i3. Ia kerana memory cache i7 lebih tinggi. Operasinya CPU ini boleh diumpamakan dengan kereta api. Bayangkan ada dua keretapi i3 dan i7... Keratapi i3 lebih laju tetapi gerabaknya tidak sepanjang i7. Keretapi i7 dapat membawa 2 kali lebih penumpang daripada i3 sedangkan keretapi i3 perlu berulang 2 kali untuk membawa jumlah muatan yang sama dengan keretapi i7. Saya harap ia tidak memeningkan anda.

Link CPU ----> Intel , AMD

2) Random Access Memory (RAM)

RAM ini adalah sejenis ingatan sementara semasa komputer beroperasi dan ia berfungsi bergandingan dengan CPU. Memory ini membolehkan aplikasi di-runinng-kan. RAM sebenarnya tidak menunjukkan kelajuan sesebuah komputer tetapi ia menunjukkan kebolehan komputer untuk running banyak aplikasi dalam satu masa. Semakin tinggi RAM semakin banyak Aplikasi dapat running di dalam komputer.



3) Graphical Processing Unit (GPU)

GPU sangat memainkan peranan semasa bermain permainan video. Kualiti dan kejelasan video game terletak pada kebolehan sesebuah GPU. Ia juga seperti CPU, kelajuannya diukur dengan frequency. Semakin tinggi frequency semakin laju GPU tersebut beroperasi. GPU juga mempunyai memory sendiri. Biasanya Kelancaran sesuatu game berdasarkan frequency GPU dan Kejelasan video game berdasarkan memory GPU.   

Link GPU ----> ATI Radean , Nvidia

4) Storage (Hard Disc Drive @ Solid State Drive)
Hard Disc Drive (HDD) adalah ingatan kekal yang digunakan untuk menyimpan data-data komputer menggunakan putaran Disc dan Laser. Manakala Solid State Drive (SSD) ialah komponen yang sama fungsi dengan HDD tetapi menggunakan litar electronic untuk menyimpan data sama seperti pendrive. Prestasi SSD adalah lebih baik kerana ia lebih laju, lebih senyap, kurang menghasilkan haba dan kurang menggunakan tenaga electrik berbanding HDD. Tetapi ada juga HDD yang berprestasi tinggi iaitu SATA HDD. Kelajuan HDD bergantung kelajuan pusingan Disc yang diukur dengan rpm. Semakin tinggi bacaan rpm semakin laju HDD beroperasi.


Tips untuk memilih komputer hari ini =

1) CPU minimum 2.0GHz 1 MB cache (Windows 7 dan Windows 8).
2) RAM minimum 2GB untuk Windows 7 dan Windows 8 versi 32 bit
     dan minimum 4GB untuk Windows 7 dan 8 versi 64 bit.
3) GPU minimum 500MHz dan memory 351MB.
4) 500 GB HDD @ 256 GB SSD.

Ulasan

Catat Ulasan

Artikel Lain