Lindungi Komputer anda dengan antivirus

Assalamualaikum...
Entri kali ini pasal antivirus. Ramai pengguna komputer hari ini tidak mengendahkan perisian antivirus untuk komputernya. Virus pada hari ini sangat hebat. Ia menyerang pengguna daripada mana-mana sambungan luaran seperti internet dan USB. Kadang-kadang ia menyerang tanpa kita sedari. Mungkin jawapan anda yang diluar sana adalah sangat mudah. " Ala nanti rosak hantar je la kat kedai... " . Sikap ini adalah sangat tidak baik kerana anda berhadapan dengan virus yang tidak dikenalpasti kesannya.

 Ada sesetengah virus yang tidak memusnahkan file tetapi ia menghilangkan file anda contohnya 'Recycler'... Walaupun ia sangat mudah diatas bagi budak IT macam saya, tetapi ia akan menyusahkan anda yang diluar sana untuk mendapatkan file semula. Itu baru 'Recycler' belum lagi 'Worm'. Mengikut kajian saya yang setakat ini, 'Worm' ialah sejenis malware (malicious software) yang boleh tersebar sendiri melalui penyambungan seperti internet networking. Sejarah saya yang lalu berhadapan dengan worm ini tidaklah merbahaya kerana sesetengah worm tidak mengubah system file sedia ada. Tetapi sebenarnya ada worm yang mampu mengubah system file yang dipanggil 'Payload'. 'Payload' ini menyebabkan kerosakan system file yang sangat teruk.

Oleh itu, anda mestilah memiliki perisian antivirus di Komputer anda. Adalah lebih baik mencegah daripada merawat. Bayangkan jika komputer anda diserang virus, anda terpaksa meluangkan masa dan wang untuk hantar komputer ke kedai untuk membaikinya. Biasanya di kedai, mereka akan meng-format semula komputer anda yang telah diserang virus. Jadi segala data-data penting dan peribadi anda akan lenyap.


Mungkin anda kata " Mahal la nak beli Antivirus... Tahan setahun je pon".... Bagi saya, anda tidak perlu membeli antivirus tersebut kerana saya mencadangkan anda untuk download Antivirus AVG yang percuma.

Kalau anda nak tahu saya juga salah seorang pengguna AVG AntiVirus. Saya sudah gunakannya selama 3 tahun berturut-turut. Walaupun percuma tetapi ia sangat hebat.











Special Features yang saya minat dengan AVG nie =

1) Software yang ringan dan tidak memerlukan RAM yang besar.
2) Ade 'AVG Watch Dog'... AVG running on background.
3) Fast Detection (Kalau saya connect pendrive yang ade virus, AVG terus dapat detect).
4) Website scanner (Detect website yang ade virus mase result search guna google).
5) Schedules scanner (Bley setting autoscan.. so, xyah risau nak tekan button scan lagi).
6) Priority Scan Setting (Bley adjust scanner speed supaya komputer boleh running apps lain).
7) Autoupdate...
8) Scan Report (Bley delete virus dan quarantine file yang ade virus infected).


Ney ade video AVG yang lama.... Sistemnye lebih kurang sama je dengan version baru


DOWNLOAD HERE

Lagi satu option antivirus saya cadangkan ialah Smadav



Smadav ini antivirus daripada indonesia. Orang yang introduce antivirus nie adalah technician SMK Dato' Mustaffa. Not bad. Antivirus ney boleh solve masalah virus 'Recycler'..  Tapi saya tak berapa gemar pakai antivirus ney sebab saya lagi trust AVG antivirus. Lagi pun tak berapa okey kalau pakai 2 antivirus dalam satu komputer. Antivirus akan running kat background so, komputer akan jadi berat kalau ade banyak apps running kat background. Apa-apa pun anda semua boleh cuba antivirus ney... Jangan risau ia pun percuma =)

Smadav Download Here

Ulasan

  1. Saye lgi suka pkai smadav sbb dia free, sgt pawe ksan virus dan boleh heal file yg hidden atau dirosakkan virus sndiri.. cuba la ye tuan tanah.. :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Smadav ea... Antivirus indonesia tu kn.. Owh, saya tahu jugak yang itu. Tapi dye macam... entah la... Saya guna klu terdesak je pastu uninstall blik... Mungkin saya kene promote juga antivirus ney... thanks btw

      Padam

Catat Ulasan

Artikel Lain