Sayangi Sekolah Anda

Ini Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (Intersaber) dan ini sekolah aku. Dari jauh nampak macam cantik tetapi hakikatnya... Huh, tak nak cerita pasal tu sebab aku tulis post ini bukan nak kutuk sekolah tetapi nak cerita sikit pasal yang baik tentang sekolah.







Sekolah? Kadang-kadang ada di antara kita semua yang berkata bahawa bersekolah adalah bosan... "boring~"
Cuba kita fikir balik. Tanpa sekolah kita tak akan dapat kerja best macam doktor dan jurutera sebaliknya kita akan berkerja sebagai buruh kasar. Tak ke boring jadi buruh kasar?





Ada pula yang mengatakan sekolah seronok tetapi belajar yang bosan. Kalau kita tak belajar, tak bosan ke jadi tak pandai? Awalnya memang bosan bila belajar tetapi akhirnya anda akan rasa gembira bila pencapaian anda dihargai dan dipuji.





Ada orang lain pula tak kisah pasal sekolah tetapi yang penting adalah kawan. Asal ada kawan dah cukup buat dia happy di sekolah. Yela, sekarang memang seronok... Hidup happy jer walaupun pelajaran teruk di sekolah.  Cuba kita fikir untuk masa hadapan...
Suatu hari nanti anda dan kawan-kawan anda bertemu semula..


A : Assalamuaikum B... Lama tak jumpa.
B : Waalaikumsalam.. Alhamdulillah kita dapat jumpa lagi. Ko sekarang macam
      mana?
A : Aku macam ney lah...
B : Maksud aku.. Ko kerja apa sekarang?
A : Hm... Ala... Aku biase-biase jer.. Driver Teksi. Ko pula?
B : Owh.. Aku just doktor biase jer.. tak jadi doktor pakar pon..
A : Tahniah, okay la tu jadi doktor (aku malu bro.. Driver Teksi jer)

Haha.. Confident betol budak ney..

Cuba fikir balik dialog pendek tadi. Kalau anda berjaya, anda takkan malu dengan rakan anda seperti orang B. Walaupun dia hanya 'doktor biasa' tetapi dia tidak malu dibandingkan dengan driver teksi tadi.... So, berusahalah untuk berjaya. (alamak lari dari tajuk)...







Akhir kata, sayangilah sekolah anda kerana sekolah membantu anda untuk menuju kejayaan.

Ulasan

  1. cehhh.smgt nk msuk sekolah ke bang? hak3

    BalasPadam
  2. Salam...leh cite pasal keburukan sekolah tak? sebagai pengislahan akan datang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Artikel Lain