Diary |
Planner |
Bagaimana diari membuat anda berjaya? Seperti yang saya nyatakan diperenggan di atas, planner atau buku perancangan adalah salah satu daripada diari. Sesuatu perkara akan menjadi baik apabila anda membuat perancangan yang baik. Tetapi kadang-kadang anda terlupa dengan perancangan anda. Oleh itu, perancangan masa hadapan perlu direkodkan agar perkara yang anda lakukan kelak tidak bercanggah dengan apa yang telah kita rancangkan pada awalnya dan kehidupan anda akan jadi lebih teratur.
Catatan Harian |
Diari yang merekodkan perkara yang sudah berlaku juga menyumbang kepada kejayaan. Diari ini berfungsi seperti laboratory report atau laporan makmal anda. Kehidupan seharian pula boleh dijadikan sebagai experiment anda. Anda harus merekodkan kejayaan anda dan kegagalan anda di dalam diari bagi membolehkan anda mengkaji semula punca dan sebab anda berjaya atau gagal. Jika anda mendapat tahu punca kegagalan itu, jangan lakukannya dan anda harus mencari jalan lain untuk mencapai matlamat anda. Anda harus mencatatkan setiap kemajuan dalam kehidupan anda di dalam diari. Jika tiada, lakukan sesuatu agar anda mencapai kemajuan walaupun hanya sedikit. Sedikit sebanyak secara tidak langsung diari anda yang hanya berfungsi sebagai catatan harian anda, mampu menjadi peransang kejayaan anda.
Diari umpama hard disc backup memori manusia |
Jika sekarang saya tanya kepada anda, Ceritakan kepada saya setiap perkara yang berlaku sepuluh tahun lepas? Jika tidak, diarilah yang akan menberi jawapan kepada soalan ini. Bagaimana pula jika tiada diari? Sudah tentu anda tidak ingat tentang perkara yang sudah anda lalui. Diari juga umpama backup restore memori anda. Diari akan menyimpan memori-memori indah dan penting bagi anda. Mungkin anda berkata ia tidak perlu kerana anda masih mengingatinya tetapi bagaimana jika sesuatu kemalangan tejadi kepada anda seperti hilang ingatan? Adakah anda mahu memori penting anda hilang begitu sahaja? Jika tidak, diarilah altenatifnya.
Bagaimana cara untuk membuat diari yang baik?
Diari yang baik adalah diari yang mengikut keperluan anda. Jika anda merupakan seorang pekerja yang profesional dan mempunyai masa senggang yang terhad, anda tidak perlulah untuk mengarang terlalu panjang catatan harian anda. Cukup sekadar menyatakan perkara yang telah berlaku dan kemajuan yang anda telah lakukan serta cara anda untuk memperbaiki kegagalan pada hari yang akan datang. Jika anda seorang yang kreatif dan sukakan seni, buatlah dan hiasi diari anda seperti yang anda mahukan. Diari tidak perlu terikat dengan apa-apa, yang penting adalah rekod catatan harian yang mampu memperbaiki kehidupan masa depan anda menjadi lebih baik. Jadikan penulisan diari sebagai satu keperluan hidup anda dan bukan bebanan kepada anda.
Memori indah adalah harta yang paling berharga |
heh, formal gler post kau~ ;D
BalasPadamstyle kn.... haha... =P
BalasPadam