Aku, Dia adalah Best Friend..

Dia ini memang kurus~(baju putih) 
Di sini aku nak cerita sikit tentang kawan baik aku ini. Apa yang istimewanya kawan aku ini? Hurm... opss... Nanti dulu kita cerita siapa dia ney dulu... Nama dia Sheikh Mohamed Naim Bin Sheikh Azmir. Dia pelajar baru ambilan tingkatan empat di SBP Integrasi Sabak Bernam. Kelas 4 Syakirah dan mengambil aliran sains teknikal sama dengan aku. Beliau tinggal di Taman Tun Dr. Ismail. Walaupun dia ini orang bandar la katakan tetapi macam orang kampung je aku tengok... hehehe... Sory Naim~....






Apa yang dia minat adalah sangat menarik dan yang sedihnya ada yang aku tak dapat ikut. contohnya tricking. Dia suka warna hijau tak percaya tengok video ini:
Kalau dia triking selalu dan kebanyakannya akan pakai baju warna hijau. Selain tricking , dia suka edit video. Ha... yang ini aku boleh ikut. Video bawah ini video kedua untuk intro video Zealous(Nama batch kami).

Dia buat video tu dengan menggunakan software Adobe After Effect. Software ini memang sangat rumit dan sampai sekarang aku tak faham lagi cara nak gunakannya. Yang aku dapat cara nak guna software video editing. Software yang mula-mula dia ajar aku ialah Ulead Video Studio 11. Dan sekarang kami gunakan software baru iaitu Corel Video Studio ProX4. Dan ini video intro aku buat dengan Ulead Video Studio 11:

Dan yang di bawah ini pula dengan Corel Video Studio ProX4:

Selain daripada video. Dia juga ajar aku set up P.A system di sekolah. Walaupun dia merupakan pelajar baru tetapi dia lebih tahu dimana peralatan-peralatan P.A system dan sedia berkhidmat apabila ada pihak yang memerlukannya seperti majlis jamuan , ceramah , bengkel teknik menjawab dan lain-lain.

Dalam banyak perkara yang aku akan cerita ini yang paling bermakna dan paling best bagi aku. Kami merupakan satu pasukan Solar Boat sekolah yang pertama dan tidak dilupakan seorang lagi rakan sepasukan kami ialah Raida Aqilla Hanani Binti Hasan. Kami berjaya ke peringkat kebangsaan walaupun ia pertama kali. Video di bawah adalah video tentang Pertandingan Solar Boat kami:

Alhamdulillah... Walaupun kami hanya menang tempat kedua peringkat kebangsaan , ia merupakan saat yang paling manis bagi kami. Dengan kejayaan kami ke peringkat kebangsaan , kami bertiga menerima Anugerah Perak semasa Hari Anugerah Kokurikulum SBP Integrasi Sabak Bernam. Ini gambar Naim dengan piala anugerah perak:

Pasukan Solar Boat kami tidak habis begitu sahaja. Rancangan Televisyen Malaysia , RTM telah datang dan membuat rakaman tentang dokumentari pasukan solar boat.

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan rakan seperti dia. Dia telah memberi perubahan yang besar dalam hidup aku. Dan kami berdua akan menubuhkan satu badan teknikal yang tidak wujud di SBP Integrasi Sabak Bernam seperti Bestari Brigade di sekolah lain. Kami belum ada nama rasmi lagi tetapi berdasarkan nama yang Ustaz Nordin (PK Hem) bagi ialah Technical Crew atau Tech Crew.

Promotion~
Sesiapa yang berminat untuk mengangotai Tech Crew sila hubungi kami.

Ulasan

Artikel Lain