Yamaha YZF R7 (2022) - Layakah dipanggil supersport?

Assalamualaikum guys

    Kemunculan Yamaha Yzf R7 mengejutkan para perminat permotoran teruamanya bila melihat pada spesifikasinya yang kurang memberansangkan.... Dan Yamaha juga tidak akan mengeluarkan model baru untuk Yamaha YZF R6 sebaliknya R7 inilah menggantikkan R6 didalam kelas supersport. So, Layakkah R7 (2022) dipanggil supersport? 




1. Engine berasal daripada Yamaha MT07, Tenere 700, XSR700

    Engine CP2 bersesaran 689cc sejukkan cecair, 2 silinder sebaris, Dual OverHead Camshaft (DOHC) dengan suntikan bahan api. Bore x Stroke (80mm x 68.6mm). Kuasa yang dihasilkan sebanyak 72.4 hp (8,750rpm) dan 67 Nm (6,500rpm). 


    Kuasa daripada engine ini sebenarnya cukup banyak untuk berada diatas jalan. Untuk enjoy di highway dan jalan mendaki bukit (tork tinggi). Tetapi bila kita bandingkan dengan Engine R6, terlalu ketara berbezaan power dengan R7 (2022)

Yamaha YZF R6 (2017-2022) = 599cc, inline 4, 116 hp (14,500rpm), 61.7 Nm (10,500rpm). 

2. 6-kelajuan dengan Assist and Slipper Clutch yang diperbaharui

    Dikatakan bahawa gear ratio untuk Yamaha YZF R7 akan memberikan lebih topspeed berbanding dengan model lain sepert MT07 dan Tenere700. Tetapi setakat ini masih belum ada rider yang buat video topspeed untuk R7 (2022). 


    Topspeed Yamaha MT07 = 222kmh. So, saya menjangkakan Yamaha YZF R7 (2022) akan mendapat lebih tinggi topspeed untuk melayakkan dipanggil supersport.


3. Posisi memasa menunggang (Riding Position) dan Aerodynamic

    Walaupun Yamaha YZF R7 bernadikan engine yang kurang power, tetapi Yamaha masih memberikan 'feel' sukan pada posisi tunggangan motor. Boleh lihat rajah dibawah, dimana posisi Yamaha R7 (2022) hampir kepada supersport seperti R6. Berbanding dengan Yamaha R3/R25 (Malaysia) riding position lebih menegak. 



    Ini menjadikan handling Yamaha YZF R7 (2022) lebih sukan, lebih fokus semasa di jalan lurus mahupun selekoh.




    Yamaha YZF R7 merupakan sportbike yang paling 'slim' berbanding dengan R1 dan R3/R25. Dengan rekaan DNA R series yang optimalkan aerodynamics untuk mendapat kelajuan yang lebih tinggi walaupun bernadikan engine MT07.

4. Fork dan Suspension

    Tidak kurang juga dengan fork hadapan KYB yang boleh laras dan juga Mono-shock belakang yang juga boleh laras. 



    Dengan adanya sistem fork dan suspension yang boleh laras, menjadikan motor ini boleh disesuaikan dalam pelbagai jenis jalan dan perjalanan. Setting lebih sharp untuk enjoy perjalanan semasa di kaki bukit dan setting confort untuk cruising di highway.

5. Brake



    Motor ini masih dilengkap dengan sistem brake yang berpadanan dengan prestasinya. Brembo master pump dan juga radial brake calipers. Brake ini bukan terbaik tetapi saya percaya ia memadai dengan keperluan motor ini.

Kesimpulan

Secara keseluruhan Yamaha YZF R7 tidak setanding sebagai model pengganti Yamaha YZF R6. Seolah-olah Yamaha R7 (2022) adalah MT07 yang ditambah 'fairing'. 



    Tetapi pandangan saya, Yamaha YZF R7 masih menarik untuk dimiliki. Saya menjangkakan harganya jauh lebih murah berbanding R6, maintainance juga bakal lebih murah kerana 2 silinder engine. R7 ini lebih 'friendly' untuk berada di jalan raya, ride jauh dan ride harian kerana peak tork mudah dicapai tak perlu selalu high rev, engine lebih santai. 

    Saya juga rasa Yamaha membuat decision yang tepat memandangan jualan R6 sangat rendah. Kita jarang dapat lihat motor R6 dijalanan berbanding dengan motor2 mid-class seperti MT07 dll. Saya kategorikan Yamaha YZF R7 didalam segmen Street Supersport seperti persaingnya iaitu Aprillia RS660. Dan saya menjangkakan kan banyak lagi Pengeluar lain akan mengeluarkan model didalam segmen Street Supersport.





Ulasan

Artikel Lain