Modenas Dominar 400.... berbaloi atau tidak?

Assalamualaikum semua

Post ini adalah sambungan daripada post yang lepas iaitu 'Modenas Dominar 400 bakal masuk Malaysia'



Saya menanti Modenas mengeluarkan model Dominar 400 sejak tahun lepas (2017). Menanti untuk melihat harga jualan motosikal tersebut.

Dan...... Harganya sekitar RM 14 615.00 . Harga yang menarik bukan?

Mari kita lihat pada design Modenas Dominar 400 ini.



Mosikal ini dalam kategori Naked Cruiser. kiranya seperti abang kepada Modenas NS200. Design actually sangat subjective bagi saya design Dominar ini level sederhana. Tidaklah terlalu gempak tetapi mampu memikat hati setiap kali memandang. Orang kata sejuk mata memandang dan poket tidak rabak kerana harganya paling murah dalam kelasnya.



Dari pandangan belakang, motosikal ini memang nampak gagah perkasa cumanya pelana belakang tidak tinggi (tak tonggek). so kurang sporty bagi pandanga sesetengah pihak. Tapi.... bagi lelaki yang ingin bawa 'isteri' naik moto sekali, motosikal ini sesuai untuk anda... takdelah isteri anda 'belanja' sepanjang perjalanan nanti.


Mari kita lihat spesifikasi motosikal ini.


Dikuasakan dengan Engine silinder tunggal bersesaran 373cc dan menghasilkan kuasa sebanyak 35hp pada 8000 rpm manakala tork sebanyak 35 Nm pada 6500 rpm. (Engine ini sama digunakan pada KTM Duke dan RC 390). Berteknologi Triple spark Ignition (DTSi), empat injap, sekan cecair serta sistem suntikan minyak (fuel injection).



Untuk engine bersesaran 373cc dengan kuasa 35hp tidaklah hebat mana kerana kuasa sama seperti Yamaha R25 yg cuma 250cc tetapi kita lihat pada harganya yang sangat tidak masuk akal saya boleh mengatakan motosikal ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan Brek yang menggunakan sistem ABS sebagai standard untuk semua variasi model.

Topspeed motosikal ini agak mengecewakan iaitu pada 148 kmh. Agaknya kenapa ye? Motosikal ini adalah didalam kategori cruiser bike. So.... motosikal ini hakikatnya tidak selaju Yamaha R25 yang boleh mencecah kelajuan 180+ kmh.

Tapi......
Jangan putus asa dengan motosikal ini. hehehe.... topspeednya yang rendah adalah disebabkan cut off engine pada 8000 rpm sahaja. Maka.... Anda hanya perlu menukar sprocket ratio atau ECU motosikal ini sahaja... hehehe mudahkan... hasilnya topspeed boleh mencecah 190 kmh (bolehlah bersaing dengan R25)

Kelemaahan motosikal ini...


1. Disebabkan motosikal ini 373cc maka anda perlu upgrade lesen B2 anda menjadi B1 atau B.
2. Motosikal ini pickup dia slow berbanding R25 walaupun mempunyai kuasa engine yang sama.
3. Bagi peminat motosikal ada fairing (sportbike), motosikal ini tiada variasi sportbike. ambil contoh seperti Modenas NS200 ada variasi sportbike iaitu Modenas RS200.
4. Motosikal ini adalah moto santai, maka jangan harapkan prestasi kelajuan seperti sportbike.

Pandangan  Saya

Motosikal ini sangat sangat sangat murah didalam kelasnya. Sangat berbaloi untuk memilikinya. Dominar ini mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dengan sedikit ubah suai (sprocket atau ECU) mungkin anda boleh cecah 200 kmh. Gaya tunggangan yang santai kerana handle motosikal ini agak tinggi maka anda akan duduk secara tegak.

Bagi yang ada niat nak beli RS200, fikir2lah untuk beli Dominar 400 kerana harganya tak jauh dan dapat engine yang padu. (exhaust standard pun bunyi padu).

Setakat nak upgrade lesen B full tu jangan risau lah... orang kata, beli je dulu.. pakai tenang2 dah lama sikit baru buat lesen B. Buat lesen nanti pakai motosikal sendiri lagi senang kan... sebab dah biasa dengan handling moto sendiri...

Hehehe... Doakan saya ye guys... target nak angkat Dominar 400 tahun depan (2019).


Ulasan

Artikel Lain