Tuntutan berdakwah untuk setiap individu muslim

Sejak kebelakangan ini, banyaknya muncul golongan - golongan yang membawa fahaman dan ideologi sendiri yang menyimpang daripada agama Islam yang sebenar. Oleh itu, saya akan kupaskan kepentingan berdakwah untuk setiap individu muslim.

Dakwah dilapangan



Tuntutan berdakwah untuk setiap individu muslim


Menyahut seruan dakwah dalam firmanNya;

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar ; merekalah oran - orang yang beruntung"
(Surah Ali Imran : 104)

Apakah pengertian dakwah menurut Islam?


 Dari segi bahasa, dakwah bermaksud menyeru dan memanggil samada kepada yang baik atau yang batil.

Dari segi istilah, Dakwah bermaksud menyeru dan memanggil ke jalan Allah S.W.T

Friman Allah :

"Katakanlah inilah jalan (agama) ku, aku adan orang ynag 
mengikutiku`mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik......." 
(Surah Yusuf : 108)


Dalil - Dalil tututan berdakwah


Syarak menuntut dakwah di laksanakan atas beberapa sebab di antaranya:

1. Untuk menyelamatkan diri dari azab Allah

Firman Allah:

Maksudnya: sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri ( kepada mreka) malaikat bertanya “ dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab, adalah kami orang yang tertindas di bumi ( Mekah) para malaiat berkata bukankah Bumi Allah itu luas sehingga kamu dapa t berhijrah ke bumi itu? Orang itu tempatnya di neraka Jahannam dan jahannam itu seburuk-buru tempat kembali”
(an-nisa‟ 97)

2. Untuk menyelamatkan Ummah
Tujuan musuh-musuh islam adalah untuk melemahkan umat islam sendiri.mereka sentiasa berusaha menutup kebenaran dan menegakkan kebatilan.sekiranya tidak ditentang, maka akan meluaslah kerosakan kepada seluruh ummat. Apabila Allah menurunkan azabNya ke atas kaum yang zalim dan ingkar, ia akan meliputi seluruhnya tanpa membezakan di antara yang zalim dengan yang soleh.

Firman Allah:

Maksudnya: “dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya”
(al anfal :25)

Usrah santai


3. Untuk memenuhi sifat mukmin sejati

Allah menyifatkan orang yang berimn seagai umat yang teraik dilahirkan di kalangan manusia.

Firman Allah:

Maksudnya: “kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, menyerah kepada yang ma‟aruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah”
(Ali-Imran 3:110)

4. Untuk membezakan diri dari golongan munafik

Allah menjelaskan hakikat orang munafik dalam firmanNya:
Maksudnya : “orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh berbuat mungkar dan melarang berbuat ma‟aruf…”
(At-Taubah 9:67)

5. Untuk mewarisi jalan Rasulullah

Allah telah memuliakan Rasulullah s.a.w dengan meberikan kepadanya beberapa sifat utama diantaranya, firman Allah:
“Hai Nabi, kami telah mengutus engkau sebagai saksi dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan untuk menjadi penyeru (da‟ie) kepda (deen) Allah dengan keizinannya untuk menjadi cahaya yang menenangi”
(Al-Ahzab 33:45-46)

Gambar sekadar hiasan


6. Untuk memenuhi keutuhan ummah

keutuhan umat islam akan terjamin sekiranya mereka tolong menolong untuk mencapai kebaikan, pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran, berpegang kepada yang haq serta Bantu membantu antara satu sama lain agi membanteras kejahatan.

Kurang ilmu agama bukan satu alasan untuk tidak berdakwah


Jika kita merasakan kekurangan dari segi ilmu agama, jangan jadikan ianya sebuah alasan untuk tidak berdakwah tetapi gunakan ilmu yang sedia ada untuk berdakwah.

Takkan pernah rasa cukup apabila kita menuntut ilmu Allah yang sangat luas. Tetapi kita hendaklah perkasakan ilmu asas tentang agama agar dapat disampaikan sekurang-kurangnya kepada orang yang tersayang (orang sekeliling kita) seperti keluarga dan sahabat sekeliling.

Peringkat berdakwah menurut Rasulullah


Hadis Rasulullah S.A.W :

"Sesiapa di antara kamu melihat kepada kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tanganya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubahnya dengan menggunakan lidah (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya (iaitu dengan membenci atas kemungkaran tersebut) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tiada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi" 
(Hadis Riwayaat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).


Akibat jika tidak berdakwah


Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah:
Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 
(Surah Al-Asr, Ayat:1 - 3).

Merujuk kepada ayat kedua dan ketiga iaitu sesungguhnya manusia dalam kerugian jika tidak berdakwah (berpesan-pesan). Adakah kita mahu jadi manusia yang rugi? kerana hanya yang berdakwah sahaja menjadi hambanya yang beruntung.

Gambar sekadar hiasan


Kita boleh lihat situasi hari ini. Banyak permasalahan yang berlaku seperti golongan Islam Liberal yang sudah tentu salah kerana ideologi ini menyesatkan umat manusia. Apabila kita tidak berdakwah dengan peringkat menggunakan kuasa, golongan ini terus menyebarkan fahaman mereka dan bakal merosakkan masyarakat dan generasi akan datang.

Seharusnya walaupun kita tidak mampu menangani diperingkat tersebut,kita hendaklah berdakwah semampunya seperti sebaran dakwah disekeliling kita dan jiga dilapangan. Janganlah hanya dengan selemah-lemah iman dengan membenci didalam hati kerana cara ini hanya menjaga iman diri sendiri dan tidak dapat menyelamatkan umat islam.

Kita tidak boleh memandang remeh terhadap masalah yang kita hadapi ini kerana apabila Allah s.w.t murka, bala azan diturunkan bukan hanya kepada golongan kemungkaran sahaja tetapi golongan yang baik juga turut terkena. Bukan bermakna Allah itu tidak ada kasih sayang terhadap hambanya yang taat, tetapi andai kita berusaha menjadi hambanya yang taat dan mati ketika dalam keimanan tersebut, maka inshaAllah kita akan diredhai Allah dan mendapat balasan syurga.

Sebarang perkongsian boleh komen dibawah :)


*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.

Ulasan

Artikel Lain