Siapakah Uwais Al-Qarni?

Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut sebagai pemuda terkenal dilangit tetapi tidak terkenal dibumi. Mari kita ikuti selanjutnya siapakah pemuda yang hebat ini?




Siapakah Uwais Al-Qarni?


Uwais Al-Qarni adalah seorang lelaki yang dilahirkan dalam keadaan berpenyakit sopak iaitu sejenis penyakit kulit. Beliau adalah seorang yang beriman dan juga seorang anak yang soleh kerana menjaga ibunya yang tua, unzur dan lumpuh. Bapanya telah meninggal dunia sejak dia kecil.

Suatu hari, ibunya berkeinginan untuk menunaikan ibadah haji di Makkah. Lalu ibunya memberitahu kepada Uwais tentang hajatnya agar Uwais mencari jalan untuk membawanya menunaikan haji di Makkah. Mereka tinggal di Yaman maka mereka memerlukan kelengkapan untuk berjalan jauh seperti binatang tunggangan (unta). Malahan ibunya adalah seorang yang lumpuh. Uwais tidak dapat untuk memiliki binatang tunggangan untuk ke Makkah kerana mereka adalah keluarga miskin.

Namun, Uwais mendapat satu idea ikhtiar untuk membawa ibunya ke Makkah. Beliau membeli seekor anak lembu yang sudah habis menyusu dengan dan membuat rumah anak lembu itu di atas bukit.

Pada setiap hari, Uwais akan mendukung anak lembunya dari atas bukit kebawah untuk diberi makan diwaktu pagi. Apabila menjelang petang, beliau mendukung anak lembunya naik ke atas bukit untuk masuk kedalam kandangnya semula.

Orang sekeliling melihat hal ini mengatakan bahawa Uwais seorang yang gila kerana perbuatannya tidak masuk akal dan menyusahkan diri sendiri. Uwais tetap dengan ikhtiarnya kerana beliau ada matlamatnya sendiri.

Lama kelamaan anak lembunya semakin besar dan berat. Dahulu anak lembunya berat 20kg tetapi membesar sehingga mencapai berat 100kg. Maka dengan rutin harian membawa beban sehingga 100 kg telah memberikan Uwais kekuatan otot yang luar biasa.

Apabila tiba musim haji dibulan Zulhijjah, Beliau memangku ibunya diatas dua tangannya dan dibelakangnya membawa barang-barang bekalan seperti makanan, minuman dan pakaiannya. Beliau memangku ibunya dari Yaman hinggalah sampai ke Makkah. Bila tiba di Makkah dia juga memangku ibunya mengerjakan haji. Selepas selesai, maka Uwais memangku ibunya membawa pulang ke Yaman.

Setelah pulang ke Yaman, Ibunya bertanya "Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Makkah?"

Uwais menjawab "Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu."

"Bagaimana dengan dosa kamu?" tanya ibunya lagi.

"Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga."

"Ibu ingin supaya kamu berdoa agar allah hilangkan sakit sopak kamu ini." kata ibunya.

"Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allay yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta'ala." kata Uwais

Ibunya berkata "kalau ingin masuk kesyurga mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan kamu berdoa."

Akhirnya Uwais A-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa agar penyakit sopaknya sembuh. Maka Allah menyembuhkan penyakitnya kecuali sedikit dibahagian tengkuknya. Tanda setompok sopak pada tengkuknya atas permintaanya kerana Uwais menganggapnya sebagai satu anugerah.

sekian sebarang perkongsian sila komen dibawah :)


*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.

Ulasan

Catat Ulasan

Artikel Lain