Overclock graphics card Nvidia untuk lebih prestasi dalam game

Overclock adalah konfigurasi komputer untuk lebih prestasi daripada yang asal daripada kilang. Dengan erti kata lain ia membuatkan komputer anda akan lebih pantas daripada yang asal. Menarik bukan?

Cara overclock Graphics card Nvidia


Amaran : Overclock akan menyebabkan peningkatan haba graphics card, jangan aplikasikan pada laptop. Komputer desktop sahaja disarankan untuk overclock. Overclock juga menyebabkan waranti component hilang.

Langkah 1


Download Aplikasi MSi AfterBurner. Ianya percuma untuk semua jenama Nvidia card.

Langkah 2


Search google berkenaan graphics car overclock beserta dengan model card anda.
contoh : 'Overclock Nvidia GTX 550Ti'


Baca comment-comment di website dan forum-forum internet berkenaan model graphics card anda.


Secara asasnya perkara yang anda perlu setkan semula ialah 'Core Clock' dan 'Memory Clock'.

Ambil contoh graphics card saya Nvidia GTX 550Ti Core clock 900 Mhz dan Memory clock 2050 Mhz.

Cuba jaya orang lain di internet ialah Core clock 990 Mhz dan Memory clock 2200 Mhz. Tetapi kita ambil sedikit penurunan untuk keselamatan ambil contoh konfigurasi core clock 950 Mhz dan Memory clock 2100 Mhz.


secara asasnya setkan :

Core Clock : 900 Mhz kepada 950 Mhz (perningkatan 50 Mhz)
Memory Clock : 2050 Mhz kepada 2100 Mhz (peningkatan 50 Mhz)

Langkah 3


Buat temperature test semasa main game. Pastikan temperature Graphics card semasa main game dibawah takat maksimum mengikut spesifikasi graphics card.

Nvidia GTX 550Ti 
max temp. 100 °C 
idle temp. 50 °C 
in game temp. 80 °C

Overclock in game 85 °C

Apabila anda dapati overclock anda stabil, maka anda boleh setkannya setiap kali ingin main game.


Perbezaan standard vs Overclock 


Konfigurasi Standard. Perhatikan pada Graphics test 1019 fps
 
Perhatikan Graphics test 1082 fps

 Perningkatan daripada 1019 fps kepada 1082 fps bermakna oveclock anda berjaya... Yeay.


Konklusi



Overclock secara selamat tidak lah begitu banyak peningkatan dalam game dan sebagainya tetapi ia masih satu peningkatan kan? Boleh cuba untuk naikkan lagi cuma pastikan temperature graphics card dalam keadaan yang selamat.

Secara asasnya overclcok akan meningkatkan prestasi sebanya 1% hingga 10% bergantung kepada kofigurasi graphics card anda.

sebarang perkongsian boleh komen dibawah :)


*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.

Ulasan

Artikel Lain