Teknik simpanan wang mengikut warna

Teknik ini menyebabkan anda buat simpanan tanpa sengaja. InshaAllah saya cuba kongsikan sesikit sebanyak teknik yang saya pakai ini untuk anda.

Teknik simpanan wang mengikut warna


Teknik simpanan ini seperti didalam tajuk diatas iaitu mengikut jenis warna wang kertas kita. Biru muda untuk RM 1, Hijau muda untuk RM 5, Merah untuk RM 10, Jingga untuk RM 20, Biru Tua untuk RM 50 dan Ungu untuk RM 100.

Caranya dengan memilih satu jenis warna wang untuk dijadikan simpanan. Misalnya pilih warnah hijau (not RM 5), setiapkali menerima wang baki yang terdapat RM 5 terus asingkan dibahagian lain dalam dompet anda.



Ikut kemampuan diri


Anda hendaklah memilih not wang yang bersesuaian dengan pendapatan anda. Bagi saya not hijau RM 5 sudah memadai dengan kewangan saya. Mungkin ada juga yang menggunkan not jingga RM 20. Ada juga yang menggunakan not biru muda RM 1 secara harian (sehari simpan 3 keping jika ada dalam dompet).

Kelebihan teknik simpanan wang mengikut warna


Teknik ini sesuai dengan orang yang boros berbelanja (macam saya). Semakin banyak berbelanja, semakin banyak simpanan anda. Secara tidak langsung sikap boros anda boleh digunakan untuk menyimpan wang anda.

sekian untuk entri kali ini. sebarang perkongsian boleh komen dibwah :)


*Sila click iklan di blog ini
Terima kasih atas sumbangan anda. Setiap klik anda menyumbang 10 sen kepada kami.

Ulasan

Artikel Lain