Usrah : pembentukan individu muslim

Assalamualaikum

Maksud Usrah dari segi bahasa Arab ialah keluarga. Pengertian dari segi istilah pula ialah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan berkerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.



Usrah terdiri daripada Naqib atau Naqibah iaitu sebagai 'ibu bapa usrah' dan disertai oleh Mad'u iaitu anak-anak usrah. Ahli usrah tidak sebegitu ramai, usrah hanya membentuk kumpulan kecil (sedikit ahlinya).

Tempat usrah boleh dilakukan dimana-mana sahaja tempat yang baik dan sesuai seperti rumah anggota usrah, masjid, surau dan sebagainya.

Jadi apakah tujuan usrah ini? Usrah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman ahli-ahli usrah tentang Islam dan bersama meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. Naqib dan Naqibah akan membuat liqa' (bulatan) untuk membuat penyampaian dan perkongsian ilmu agama Islam kepada Mad'u mereka.

Dengan penyampaian ilmu menyebabkan peningkatan kefahaman tentang islam pada ahli-ahli usrah dan membina generasi Islam. Pelaksanaan Usrah itu sendiri menepati tuntutan Maratib Amal yang pertama iaitu membentuk individu muslim.

Terbentuknya individu muslim maka akan terbentuklah baitul muslim, masyrakat muslim, negara muslim dan membentuk sistem khilafah Islam dan akhirnya membentuk Ustaziatul Alam. (bahagian Maratib Amal akan diterangkan pada article lain)

Perlaksanaan usrah mestilah berterusan dan berkala seperti seminggu sekali atau dua minggu sekali. Usrah tidak terhad hanya pada perkongsian ilmu tetapi ia juga boleh melakukan ibadah bersama seperti solat berjemaah, bacaan Al-Quran berjemaah. Usrah juga boleh diselitkan dengan perkara santai seperti rehlah (berjalan-jalan) dan riadah (bersukan).

Rukun Usrah terbahagi kepada 3 rukun iaitu

Taaruf yang bermaksud berkenalan secar amendalam hingga menimbulkan kasih sayang kerana Allah. Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yg bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"...
(surah al-hujurat; ayat 10)

Yang kedua ialah Tafahum yang bermaksud bersefahaman. saling bersefahaman antara satu sama yang lain dalam melaksankan gerakan dakwah Islamiah. Memahami tujuan sebenar untuk berusrah iaitu kerana Allah s.w.t.

Dan yang ketiga ialah Takaful yang bermaksud saling membantu dan membela nasib sesama sendiri. Anggota usrah mestilah mengambil tahu tentang masalah-masalah anggota yang lain dan sama-sama menyelesaikannya. Ia tidak tertakluk kepada permasalahan sahaja bahkan ahli usrah mesti saling membantu dan melaksanakan gerakan dakwah Islam.


Ulasan

Artikel Lain