U.B.M. : solusi kepada Couple a.k.a bercinta

Assalamualaikum


Entry ini khas untuk mereka yang belum berkahwin. Sebelum saya menghurai tajuk diatas, Adakah anda pernah bercinta atau ber-couple? Jika jawapannya belum, Alhamdulillah kerana Allah masih menjaga hatimu daripada terjebak dengan maksiat ini. Jika jawapannya pernah, maka segeralah bertaubat.

Cinta (antara lelaki dan perempuan) adalah fitrah kehidupan manusia yang telah ditetapkan oleh melahirkan generasi yang baru untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.
Allah. Tanpa cinta ini, manusia tidak bisa berkeluarga dan

Firman Allah didalam surah Ar-Rum ayat 30 bermaksud ; "Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu."





Jadi salahkah kita untuk bercinta sedangkan memang Allah jadikan kita berfitrah sebegitu? Cinta sebelum nikah adalah haram hukumnya kerana Allah s.w.t telah berfirman didalam surah Al-Isra' ayat 32 bermaksud ; "Dan janganlah kamu mendekat zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang kej dan suatu jalan yang buruk".

Allah telah melarang kita untuk 'mendekati' zina. Adakah cinta sebelum nikah (couple) ini mendekati zina? Ya, cinta sebelum nikah atau couple ini adalah jalan-jalan mendekati zina. Kita boleh lihat sendiri hakikat yang berlaku di negara kita. Kes hamil sebelum nikah banyak berlaku diikuti dengan kes buang bayi. Semuanya adalah hasil daripada kes zina dan bermula dengan bercinta atau couple.

Jadi apakah pula dengan U.B.M. ini? adakah ia betul-betul solusi kepada bercinta sebelum nikah?

U.B.M adalah singkatan daripada Unit Baitul Muslim. Baitul Muslim ini dari segi bahasa bermaksud rumah umat islam. Dari segi istilah ialah rumah tangga (keluarga) umat islam yang terdiri daripada muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan).

Unit Baitul Muslim inilah yang menguruskan hal-hal pembinaan rumah tangga muslim. Biasanya UBM ini disertakan sekali dengan gerakan-gerakan usrah (click disini untuk lebih lanjut). Tujuan UBM ini adalah untuk membina Baitul Muslim sejajar dengan Maratib Amal yang kedua selepas membina individu muslim.

Sebagai umat islam, kita pasti menginginkan pasangan hidup yang baik, soleh/solehah yang sama-sama berjuang mencari redha Allah diatas dunia dan setia hingga ke jannah (syurga). UBM sendiri tidak menjanjikan kesempurnaan pasangan anda kerana firman Allah s.w.t didalam surah An-Nur ayat 26 bermaksud ; “Perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji pula. Perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik pula.”

Seperti mana hadis Rasulullah s.a.w bersabda “Wanita biasanya dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, karana keturunannya, kerana kecantikkanya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang baik agamanya (Islam). Kalau tidak demikian, nescaya kamu akan rugi.” (HR. Bukhari-Muslim)

Sebab itu lah Unit Baitul Muslim ini berada sekali didalam Gerakan Usrah kerana untuk melaksanakan Martib Amal yang kedua iaitu membina Baitu Muslim sebagai tapak perjuangan yang seterusnya untuk membentuk masyarakat muslim. InshaAllah saya akan huraikan berkenanan hal ini didalam tajuk ' Rumah tangga sebagai tapak perjuangan Islam'.

Apakah procedure untuk kearah Baitul Muslim? Sebelum kearah Baitul Muslim, anda mestilah mengikuti Usrah untuk membentuk individu Muslim yang faham tentang Islam secara syumul (menyeluruh) kerana Baitul Muslim itu sendiri terdiri daripada Muslimin (lelaki) dan Muslimat (perempuan) yang faham akan Islam dan akan membentuk sebuah keluarga yang berfahaman Islam.

Seterusnya, mengisi borang Unit Baitul Muslim. Didalam borang tersebut, anda mestilah mengisi butiran selengkapnya dan sejujurnya. Jika anda mempunyai calon pasangan, sertakan nama penuh calon dan jika tidak ada calon pasangan, tuliskan ciri-ciri pasangan yang anda inginkan. Selepas itu Unit Baitul Muslim akan menguruskannya.

Jika anda sertakan nama calon, pihak UBM akan pergi bertanya kepada calon tersebut sama ada belum berpunya atau sudah bercalon pilihan sendiri. Jika sudah bercalon, nama anda akan dirahsiakan makan anda tidak akan menanggung rasa malu kerana ditolak lamaran. Jika belum berpunya, pihak UBM akan mengemukan nama anda dan hasrat untuk menjadikan pasangan hidup. Urusan seterusnya akan dirahsiakan dari orang ramai demi menjaga air muka dan maruah kedua-dua belah pihak sehinggalah ke sesi pernikahan.

Seterusnya ialah persetujuan. Pihak UBM akan memberi khidmat nasihat dan masa untuk calon membuat keputusan dan istikharah. Jika keputusan calon tersebut setuju untuk menjadi pasangan hidup anda, anda akan ke tahap seterusnya iaitu sesi taaruf (berkenalan). Didalam sesi taaruf, pihak UBM akan menjadi orang tengah. Jadi tiada istilah berdating atau berdua-duaan untuk sesi taaruf.

Setelah sesi berkenalan, jika kedua-dua pihak iaitu anda dan si dia setuju, maka sesi seterusnya ialah berkenalan bersama ibu bapa (keluarga) kedua-dua belah pihak. Pada tahap ini, anda boleh memilih untuk menguruskan sendiri atau meminta untuk pihak UBM bersama sekali dalam sesi berkenalan dengan ibu bapa.

Apabila sesi berkenalan bersama ibu bapa kedua-dua belah pihak selesai dan mendapat persetujuan, anda akan ke peringkat seterusnya iaitu pertunangan dan pernikahan.

Secara ringkas :
1. Sertai Usrah.
2. Isi borang UBM.
3. Taaruf antara muslimin dan muslimat bersama UBM.
4. Berkenalan bersama dua-dua pihak keluarga.
5. Pertunangan.
6. Pernikahan.

Secara asasnya inilah cara Unit Baitul Muslim membantu menguruskan hal-hal berkenaan pembinaan rumah tangga.

Jika anda ditolak ketika langkah ke 3 dan seterusnya, anda akan kembali ke langkah mengisi borang UBM untuk mengisi nama calon yang baru atau menyerahkan sepenuhnya kepada Pihak UBM untuk mencarikan calon untuk anda. InshaAllah, ada calon lebih baik yang seterusnya untuk anda. Sesungguhnya jodoh adalah ketentuan Allah.


Nasyid : Inteam feat Edcoustic - Kau ditakdirkan Untukku.... sekadar hiburan :)

Sebarang perkongsian boleh tulis diruangan komen dibawah.

Ulasan

Artikel Lain