My 18th Birthday

Assalamualaikum
Maaflah saya busy sejak kebelakangan ini. Haha... (busy la sangat) Busy tanam anggur je. Yela banyak benda kowt nak fikir. Nak siram, baja, kawalan serangga... haha... tak ada lah.. saya menganggur je.

Birthday kali ini saya buat sedikit kelainan. Saya tukar tarikh lahir saya di facebook daripada yang sebenar 20 April kepada 16 April. Ok, bunyinya macam jahat sikit tetapi sebenarnya saya sengaja buat begitu untuk melihat siapakah sahabat saya yang betul-betul tahu tarikh lahir saya yang sebenar. Yela kan, biasa orang malas nak ingat. Tengok je kat News Feed tu, hari ini birthday siapa.... haha~



Bila sampai sahaja tarikh 16 April tu, ramai lah 'friend facebook' saya yang wish 'Happy Birthday'. haha... Kelakar pun ada juga. Semua semangat wish. Ade just 'HB' je tapi ade jugak yang siap bagi ayat panjang lagi... hehe... maaflah ye. Saya tak bermaksud hendak mengenakan diorang semua, saya cuma nak tahu siapakah manusia yang mengetahui hari lahir saya.

Dalam ramai-ramai sahabat saya la kan, ade la seorang ney dia betul-betul ingat birthday saya. Tak kesah la bagaimana dia ingat tapi yang bestnye dia tak tertipu dengan tarikh yang saya ubah ke 16 April tu.
Huhu~ terharu kowt. Nama dia Nabihah. Nur Nabihah Binti Mohd Fauzi (rasenye la). Bagi sahabat lelaki pula yang ingat ialah Asyaf Bin Azizan.  Terima kasih la korang ye.. hehe.. saya amat menghargainya.

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya… -Hujan-


Pada hari itu ada Hari Anugerah Kecemerlangan di SBPI Sabak Bernam. Huh, saya kena bangun awal sebab kena hadir disekolah seawal jam 7.30 pagi.
Suasana agak meriah. Walaupun ramai yang datang tetapi tidak semua yang hadir. Huhu~ Syamil Salim dan Sheikh Naim tidak hadir. Sedih~ Yang bestnye saya dapat dua anugerah. Anugerah SPM dan Kepimpinan 'Multimedia Brigade' yang saya baru tubuhkan pada tahun 2012 yang lepas. ;D


Petang tu pula saya ada meeting dengan member-member sekolah rendah. Sejurus sahaja tamat majlis HAK ini, saya terus bergegas untuk ke rumah. Sampai sahaja di Sg. Besar, saya pun singgah di Kedai Kek Aisyah Amna. Saya pun belilah kek sponge untuk dimakan bersama member sekolah rendah. Meeting kami di Chalet A'la D'tona (lebih kurang la). Meeting buat apa tu post yang lain lah saya cerita....




Haha... siap masih pakai tie lagi. Rushing punya pasal la kan.. ;D



Akhir sekali saya nak ucapkan terima kasih la kepada sahabatku yang bagi saya hadiah birthday. Saya tidak mengharap apa-apa pun. Yela kan, masing-masing tengah pokai sekarang ini.. haha... Walau apa pun yang diberi, insyaallah saya terima dengan hati yang terbuka... ;D

Terima kasih la ye Bieha n' Acap~ ;D

Ulasan

Artikel Lain